Ianya cuma notasi perakuanan. "Wang" yang terdapat dalam bank hanya kita ketahui melalui percetakan
nombor dalam buku akuan kita. Ianya menyatakan yang kita memiliki
sejumlah ringgit Brunei. Pada asanya Ringgit Brunei tidak dapat kita rasa, pegang atau cium.
Perkara ini boleh kita samakan dengan pemilikan sebuah kerita. Contohnya, macam mana kita tahu bahawa kita memiliki kerita? Kita hanya mengetahui yang kita memiliki kerita melalui "Blue Kad" yang dikeluarkan oleh JPD. Tetapi blue kad tersebut bukan kerita dan kita tidak boleh memandu dengannya. Blue kad inilah merupakan bukti yang kukuh bahawa kita memiliki sebuah kerita.
Begitu juga dengan RM, S$, USD, Rupiah, Bath, Yen, Pound, Euro dan sebagainya. Semuanya bukan wang yang sebenarnya. Ianya cuma notasi perakunan.
Jadi apa yang sebenarnya yang kita miliki apabila memegang wang Brunei?
Sebenarnya kita memegang kepercayaan atau akikah Kerajaan KDYMM. Mungkin bunyi tidak seberapa akan tetapi ianya satu yang amat berharga. Dengan adanya kepercayaan atau akikah tersebut, ianya bermakna bahawa:
a. Kerajaan akan menerima matawang Brunei sebagai "pembayaran" kita seperti cukai, bil air, lektirk, saman dan sebagainya.
a. Kerajaan akan menerima matawang Brunei sebagai "pembayaran" kita seperti cukai, bil air, lektirk, saman dan sebagainya.
b. Ia boleh membayar segala hutang dalam matawang Brunei.
c. Ia boleh memaksa si penghutang dalam negara untuk menerima matawang Brunei sebagai penyelesaian hutang.
d. Kerajaan akan sentiasa menyediakan suasana yang kondusif untuk matawang Brunei dalam urusan jual-beli di dalam Negara Brunei Darussalam.
e. Semua matawang Brunei adalah bersaling; lima keping nota B$1 sama dengan satu nota B$5.
Kesimpulannya, matawang Brunei cuma notasi perakunan dan tidak lebih daripada itu.