Baru-baru ini satu kajian telah dibuat mengenai kenaikan kos produksi dalam pengeluaran padi di negara kita. Mengikut kajian tersebut, kos pengeluaran padi kian hari kian meningkat. Apa yang didapati pada ketika ini, pihak Kerajaan kita hanya meyediakan jumlah yang terhad bagi racun dan baja. Ini menyebabkan para petani padi kita terpaksa membeli sebahagian daripada keperluan mereka dari luar negara untuk mengurangkan kos penanaman padi mereka. Kita boleh baca selanjutnya di sini.
Mengikut laporan yang dibuat, pembelian B$1.60 sekilo oleh pihak Kerajaan terhadap beras yang dihasilkan di dalam negara kita adalah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pihak petani. Jestru itu, Dr Fadil seorang pakar tempatan kita mencadangkan agar Kerajaan kita untuk membeli (subsidi) beras yang dihasilkan pada harga B$2 sekilo kerana pada pandangan beliau dengan harga tersebut para petani mempunyai motivasi untuk terus meningkatkan hasil pengeluaran padi mereka. Menurut kajian beliau juga, pihak pembeli mempunyai "kesanggupan" untuk membeli beras pada kadar B$2 sekilo. Selain itu juga, Dr Fadil ada mencadangkan agar subsidi pihak Kerajaan dihentikan kerana ini akan mengalakan para petani kita untuk menjual terus kepada para pengguna pada harga yang tinggi.
Banar tu! Orang kita semuanya "mampu" untuk berbelanja besar - mampu tia karang! Baru naik 5 sen, ada sudah daripada sebilangan daripada kita yang krumut-krumut (komplain).
Seperti yang pernah kita coretkan sebelum ini, kebanyakan daripada kita begitu taksub dalam hal ehwal kewangan negara. Dari peringkat menteri, wakil dewan MMN, ketua kampong hingga ketua-ketua jabatan malah peon sendiri mempunyai pendapat yang sama bahawa kewangan Kerajaan sama seperti dengan kewangan isi rumah. Jestru itu, kebanyakan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berhemah dalam perbelanjaan Kerajaan. Tapi tidakah kita tahu bahawa Kerajaan boleh buat wang dan kita rakyat biasa tidak ada kuasa untuk buat wang sendiri?!
Memang tidak dinafikan membuat penjimatan dalam perbelanjaan merupakan satu kemestiaan JIKA ianya melibatkan perbelanjaan isi rumah. Kita sebagai pengguna wang terpaksa berhemah dalam perbelanjaan kita kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat wang kita sendiri. Tapi lain halnya bagi pihak Kerajaan. Sebagai pengeluar utama wang, Kerajaan boleh sahaja berbelanja besar dan pada bila-bila masa ia mahu - termasuk memberi subsidi yang lebih besar kepada petani kita. Semua itu boleh Kerajaan lakukan kerana Kerajaan boleh membuat wang tanpa perlu mempunyai sebarang dokongan ataupun menunggu hasil minyak dan gas.
Malahan jika kita kaji polisi pertanian negara-negara maju seperti US, UK, Jepun, EU, Korea dan banyak lagi negara, kesemua petani mereka menerima bantuan daripada pihak Kerajaan mereka. Bukan jutaan ringgit malah berbillion ringgit. Kerajaan US menyediakan US$20 billion setiap tahun. UK menyediakan 3 billion pound. EU menyediakan Euro 55 biliion setahun. Jepun memperuntukan US$46.5 billion dan sementara itu pula Korea Selatan memberi sekitar US$20 billion setahun.
Rajah sebelah menunjukan beberapa buah negara lain memberi subsidi kepada petani mereka sejak sekian lamanya. Mmmm...Negara lain sibuk-sibuk memberi subsidi, kita pula di sini sibuk-sibuk mengurangkannya. Untuk makluman, isu pemberian bantuan Kerajaan pernah kita sentuh sebelum ini di sini, sini, sini dan sini. Nah!...apa perlu kita mempertikaikan lagi bantuan Kerajaan?
Rajah sebelah menunjukan beberapa buah negara lain memberi subsidi kepada petani mereka sejak sekian lamanya. Mmmm...Negara lain sibuk-sibuk memberi subsidi, kita pula di sini sibuk-sibuk mengurangkannya. Untuk makluman, isu pemberian bantuan Kerajaan pernah kita sentuh sebelum ini di sini, sini, sini dan sini. Nah!...apa perlu kita mempertikaikan lagi bantuan Kerajaan?
Memberi subsidi pada pandangan kita tidak akan menjejaskan ataupun mengugat kemampuan Kerajaan kita untuk berbelanja. Kita pasti tanpa subsidi Kerajaan segala perancangan kita terutama sekali dalam isu keselamatan makanan tidak akan tercapai. Sesungguhnya pada ketika ini, pihak petani kita tidak mempunyai kemampuan untuk berdiri sendiri apatah lagi untuk bersaing dengan hasil pertanian dari luar negara.
Jestru itu ubahlah paradigma kita mengenai kewangan Kerajaan dan kita maksimakan keupayaan Kerajaan membuat wang dalam membantu negara untuk membangun serta memberi kesenangan hidup kepada rakyat dan penduduk kita.
Fikir-fikirlah.....