Saya ada terbaca dalam laman sosial Facebook mengenai isu harga barang. Yang membuat menarik perhatian saya ialah mengenai perkara berbezaan harga barang dulu dan sekarang. Memang diakui harga barang pada ketika ini adalah amat jauh berbeza jika kita bandingkan dengan dulu.
Saya masih ingat lagi dengan harga B$0.80 kita boleh membeli sepiring mee goreng mamak C A Mohammad di pekan Seria. Tapi sekarang harganya sudah mencecah B$4.50. Dulu B$1 begitu besar ertinya tapi sekarang B$1 macam 10 sen.

Kenapa demikian?
Pada pandangan saya berbezaan harga diantara yang dulu dan sekarang, kebanyakannya kerana 4 faktor iaitu:
Pada pandangan saya berbezaan harga diantara yang dulu dan sekarang, kebanyakannya kerana 4 faktor iaitu:
- Masa
- Inovasi
- Spekulasi
- Minyak
Jika kita bandingkan situasi dulu dan sekarang, sudah banyak peralatan dan kemudahan yang tercipta dalam memberi kita ruang untuk mempunyai masa yang lebih. Oleh kerana keinginan kita untuk mempunyai masa yang lebih dalam kehidupan kita maka kita sanggup (sama ada sedar atau tidak) "membeli" masa tersebut. Sebagai contoh - zaman dulu kita tidak ada mesin pencuci pakaian. Ibu kita terpaksa bersusah payah meyintal/membasuh pakaian dengan omo dan air. Tapi kini ibu, isteri, tunang, girlfriend malahan amah kita tidak perlu lagi berkerja keras untuk mencuci pakiaan. Sekarang kebanyakan mesin cuci pakaian sudah pun canggih. Masukan pakaian dan omo dan tekan punat, zup mesin sudah mula membasuh. Dan ianya akan menjimatkan kita masa. Dengan masa yang ada kita boleh lihat TV, baca buku, buat perkara lain sambil menunggu mesin pencucui itu berhenti.
Semua ini adalah kerana manusia itu mempunyai inovasi yang tinggi. Kita sentiasa berfikir bagaimana caranya untuk mempermudahkan kehidupan kita. Kalau dulu kita tak ada telefon bimbit, sekarang berlambak-lambak sudah telefon bimbit. Dulu tak ada iPad, sekarang iPad 3 pulang lagi kan keluar. Semua itu adalah inovasi kita yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Oleh sebab inovasi inilah kita terpaksa "membayar" lebih. Sebagai contoh dulu kerita kebanyakannya manual, tidak ada air-con, air bag, cd player, cruise control dan berbagai lagi. Tapi sekarang semuanya ada dan sekali lagi suka ataupun tidak kita terpaksa "membayar" lebih untuk inovasi tersebut.
Selain daripada itu juga, impak spekulasi terutama sekali dalam komoditi makanan telah banyak merubah keadaan. Perkara ini saya perhatikan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Saya pernah membahaskan perkara ini di dalam blog saya yang lain pada tahun lepas. Kita boleh membaca mengenainya di sini.
Seperkara lagi yang membuat kita membayar lebih pada ketika ini adalah pengaruh minyak dalam kehidupan kita. Sekarang minyak mempunyai peranan yang besar terutama sekali zaman sekarang - dari baja hingga membawa kepada permakanan kita. Dan apa yang saya amati-amati selama ini, pengaruh minyak begitu ketara sekali bermula dari tahun 2008 hinggalah sekarang. Dengan harga minyak dunia yang kini berada pada paras US$100 lebih setong, ianya telah banyak mempengaruhi harga barangan. Contoh sahaja, kos pengangkutan. Kini hampir kesemua syarikat penerbangan termasuk RBA kita mengenakan surcharge minyak dalam harga tiket penerbangan kita.
Tapi haruskah kita pasrah dengan keadaan sekarang?
Bagi saya, kita tidak perlu pasrah dengan keadaan yang ada pada ketika ini kerana kita masih mempunyai makanisma dalam mengawal keadaan. Diantara makanisma tersebut ialah melaratkan subsidi, meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan nilai matawang, mengurangkan atau mentiadakan cukai dan kenaikan gaji. Semua itu boleh kita lakukan tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara kita. Yakinlah kita sebagai sebuah negara monitari berdaulat.