Seperti yang kita semua maklum, pengangkutan awam di dalam negara kita bukanlah satu perkara yang dapat dibanggakan. Ianya bak pepatah - hidup segan mati tak mahu. Memandangkan perkara ini, berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kerajaan kita dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam kita sejak sekian lamanya.
Baru-baru ini pihak Kerajaan kita melalui Kementerian Perhubungan dengan kerjasama pihak Pusat Pengajian Stratejik dan Dasar (CSPS) telah melantik pihak konsultan SQW China untuk membuat kajian mengenai sistem pengangkutan awam kita. Mengikut keterangan Yang Mulia Timbalan Setiausaha Kementerian Perhubungan, Abdul Mutalib, negara kita kini sedang membuat kaji selidik mengenai sistem pengangkutan awam kita. Kajian ini akan berlangsung selama 12 bulan. Menurut beliau lagi, negara kita sedang berusaha untuk membangun sistem pengangkutan awam secara holistik. Kita boleh membaca sepenuhnya di sini.

Secara jujurnya isu pengangkutan awam di negara kita telah lama kita perbincangkan. Berbagai teguran, usulan, jerayawara, ceramah, cakap dan dialog telah kita buat. Selain daripada itu juga, berbagai pihak telah membuat cadangan dan kajian dalam usaha mengatasi kelemahan sistem pengangkutan awam kita. Kita boleh baca perkara ini di sini, sini, sini, sini, sini, dan banyak lagi (malas kan melink). Tapi akhirnya tinggal jua jadi cerita. Tinggal menjadi kajian. Pokoknya, satu pun tidak ada yang menjadi.
Kalau kita lihat dan membaca sistem penangkutan awam di luar negara, seperti yang ada di bandaraya New York, Paris, Moscow, Tokyo, Jakarta, Dubai dan mana-mana bandaraya utama di dunia ini, kita akan mendapati sistem penangkutan awam mereka boleh dikatakan berjaya dan menepati citarasa para penduduknya. Satu perkara yang kita dapati terhadap semua tempat-tempat yang dicatatkan itu, adalah kesemua sistem pengangkutan awam mereka dikendalikan dan diusahakan oleh pihak KERAJAAN mereka. Kita boleh baca perkara ini di sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Malahan, negara Singapura sendiri memberi subsidi kepada pengusaha sistem pengangkutan awam mereka. Cuba kita bandingkan semua itu dengan negara kita di mana ketika ini sistem pengangkutan awam kita dimonopoli oleh pihak swasta atau persendirian - dari bas hingga ke peringkat teksi sapu.
Pada asasnya sistem pengangkutan awam adalah untuk keperluan masyarakat umum dan oleh yang demikian ianya SEHARUS dilakukan, diusahakan dan diungkayahkan oleh pihak Kerajaan. Bukan pihak swasta. Pihak swasta melakukan atau mengusahakan pengangkutan awam bukan untuk kepentingkan kita tetapi untuk kepentingan dompet mereka. Bagi pihak swasta keuntungan adalah diutamakan dan bukanya kesenangan para penduduk. Tak percaya, cuba suruh pengusaha bus purple atu, membuat dan menjalankan LRT! Apa mereka akan mahu? Papat kuku ani dulu kalau mereka mahu melakukanya.

Seperti yang sering dicoretkan di dalam blog ini, untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada rakyat dan penduduk negara kita, Kerajaan perlu berbelanja besar. Dan jika ini memerlukan negara kita untuk berbelanja berbillion-billion ringgit bagi menyediakan sistem pengangkutan awam, maka lakukanlan ianya. Nak LRT, MRT, nak double decker, nak London Cab, nak Maglev - buat tah tia. Janganlah kita perlu berdolak-dalik mengenainya lagi. Kita tidak perlu menunggu pihak swasta untuk melakukannya. Sejujurnya, negara kita tidak akan menjadi muflis dalam menyediakan segala kemudahan awam kepada rakyat dan penduduknya sendiri.