Hari ini berbagai berita yang menarik perhatian saya telah terpapar di dalam suratkhabar Brunei Times. Dari isu bantuan kebajikan hingga pengangkutan awam. Rata-rata sebilangan daripada kita sedang berusaha untuk menaikan taraf kehidupan penduduk serta kemakmuran negara kita. Dalam semua hal yang telah dibangkitkan, saya mendapati semuanya mempunyai satu tema yang sama (common theme) - KITA TERLALU BANYAK BERCAKAP!
Kelmarin YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), telah berucap mengenai pentingnya untuk memahami proses pemberian bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan agar bantuan tersebut dapat dipercepatkan. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Kalau ikutkan pendapat saya, berikan saja duit tersebut kepada mereka-mereka yang memohon dan berhajat. Kenapa perlu kita buat itu, ini dan berbagai kerenah lagi. Janji si pemohon itu mempunyai kad pintar kuning ataupun unggu, mereka "berhak" untuk menerima bantuan. Bukannya pandai habis duit Brunei ani! Begitu juga halnya dengan wang zakat. Selagi negara kita mempunyai penduduk islam, selagi itu tabung zakat tidak akan pandai kosong.
Kalau kita takutkan si-penerima bantuan itu terlalu bergantung kepada wang bantuan, berikan mereka perkerjaan. Kalau mereka tamak (menipu), biarkan tia sebab di akhirat nanti ada jua pembalasannya - itu janji tuhan. Asasnya kita telah menjalankan kewajiban dan ikhlas dalam membantu penduduk kita. Jangan sahaja kita terlepas pandang sehingga membuatkan ada sebahagian penduduk negara kita yang daif dan melarat, di mana di akhirat nanti kita pula yang akan dipertanggungjawabkan oleh tuhan.
Begitu juga halnya dengan industri pelancongan. Jika kita ingin benar-benar mahu melihat industri pelancongan berkembang di dalam negara kita, buat tia. Bina pusat tarikan pelancongan jika itu yang pelancong mahukan. Jadikan negara kita sebuah negara duty free jika kita mahu pelancong itu berbelanja di dalam negara kita. Permudahkan perjalanan para pelancong jika kita mahu berjuta-juta pelancong datang ke negara kita. Pokoknya kita mempunyai kemampuan untuk menarik lebih ramai pelancong. Jangan kita terus-menerus berangan-angan dalam memajukan industri pelancongan seperti yang diperkatakan di sini.
Seperkara lagi jua ialah tabiat kita yang sering kali menggunakan khidmat kosultan dalam memikirkan kemajuan negara kita. Buat itu, konsultan. Buat ini, konsultan. Last-last, ia jua nya kena marah seperti kisah lapangan terbang kita. Ngalih sahaja negara kita menghantar orang-orang kita ke luar negara untuk mendapatkan ijzah, serjana, kedoktoran, seminar, lawatan kerja dan sebagainya tapi akhirnya konsultan jua digunapakai seperti yang terjadi di sini. Kita sendiri tahu yang kita mempunyai isu dalam hal pengangkutan awam tetapi masih juga kita tidak mahu menyelesaikannya. Nak LRT, MRT, Underground (Tube) - buat saja tia. Kita mempunyai kemampuan untuk menyediakan pasarana penangkutan yang serba canggih dan modern tanpa memufliskan negara kita.
Mungkin ada sebilangan daripada kita akan berkata "membuat sesuatu ini, tidak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa. Bak pepatah - biarlah meranggak dulu sebelum kita berjalan dan seterusnya berlari..." Akan tetapi masalahnya, negara kita telah wujud 600 tahun yang lalu dan kita sudah pun merdeka 28 tahun. Mahu tunggu apa lagi? Tunggu kucing bertanduk?!
Apa-apa pun jua, kita perlu mengambil kesempatan yang ada pada masa ini iaitu ketika wang ringgit negara kita masih lagi laku. Pada asasnya kita perlu berbelanja besar jika kita ingin melihat orang kita mempunyai kehidupan yang bermakna serta memajukan dan memakmurkan negara kita. Tanpa adanya keinginan kita untuk merobah keadaan, maka kita akan terus sahaja bercakap sampai bila-bila masa pun.
Fikir-fikirlah..........