Baru-baru ini Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (MIPR) telah mengadakan satu bengkel keusahawanan dan konsultasi selama 3 hari. Tajuk bengkel tersebut adalah "Changing Strategic and Sustainable Business Model -To Achieve Business Performance Result". Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mengkaji semula strategi yang ada dan sambil merangka yang baru dalam membantu pihak MIPR mendapatkan output kasar B$4.5 billion menjelang 2023. Kita boleh membaca selanjutnya di sini.
Kita kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh pihak MIPR dalam usaha mereka mensasarkan output kasar B$4.5 billion menjelang 2023 tapi apa yang pasti MIPR memerlukan 11 tahun untuk menjana B$4.5 billion. 11 tahun beb!!! Kenapa tidak 20 tahun? Kenapa tidak 5 tahun atau Kenapa tidak 1 tahun? Seperkara juga, kita bertanya, kenapa B$4.5 billion sahaja? Apa negara tidak mampu untuk menjana pulohan atupun jutaan billion? Ke mana menghilangnya "Brunei Yakin" kita selama ini?
Pada pandangan kita jika pihak MIPR betul-betul serius dalam menjana perekonomian negara kita perlu belajar untuk mempunyai kepercayaan terhadap matawang kita. Seperti yang pernah dicoretkan sebelum ini, matawang kita tidak ada bezanya dengan matawang negara lain. Sama juga dengan negara lain sejak 15 Ogos 1971, negara kita mempunyai kuasa terhadap matawangnya sendiri. Dengan kuasa yang ada, negara kita boleh membuat wang sebanyak mana yang diperlukan tanpa memerlukan sebarang dokongan emas mahupun hasil dari jualan minyak dan gas. Kita boleh berbelanja sebanyak mana yang kita mahu kerana negara kita dan mana-mana jua negara di dalam dunia ini sedang mengamalkan sistem kewangan fiat.
Jestru itu kita tidak perlu menunggu 2023 untuk menjana B$4.5 billion dari ekonomi negara kita. Negara boleh menjana B$4.5 billion dalam tempoh setahun jika ia mahu. Apa yang perlu dibuat ialah dengan negara kita membuat pelaburan di dalam negara dengan menggunakan wangnya sendiri. Nak bina loji penapisan minyak di Pulau Muara Besar, boleh bah. Tidak perlu kita menunggu negara China untuk melabor. Nak industri perikanan yang mantap, buat kolam ikan banyak-banyak dengan melabor dalam peralatan, teknologi dan tenaga manusia. Tak perlu tunggu negara Taiwan untuk melabor. Nak sara diri dalam beras, bina rumah hijau yang terbesar dalam dunia dan tanam padi di dalamnya. Kita boleh menuai padi 4 kali dalam setahun jika kita mahu. Nak tanam anggur, oren, buah lai dan berbagai buah lagi, semuanya boleh bah. Janji kita mahu melabor dalam pasarana dan teknologinya.
Pokoknya, ada duit semuanya boleh kita buat. Selagi wang kita mempunyai nilai maka ambilah kesempatan yang ada terutama ditengah-tengah ekonomi dunia sedang dilanda kemelesetan. Dengan hampir kesemua negara di dalam dunia ini berusaha keras untuk mengeksport (menjual) apa-apa sahaja dalam usaha membina ekonomi mereka semula, maka ini adalah peluang keemasan kita untuk membuat pelaburan dan membangun ekonomi negara yang lebih mantap lagi.
Brunei Yakin!
Brunei Yakin!