Isnin, 18 Jun 2012

Geylang Si Paku Geylang....

Kita semua tahu bahawa wang negara kita terikat dengan wang negara Singapura. Dengan adanya perikatan ini, wang kita boleh digunapakai di negara Singapura dan begitu juga sebaliknya. Perikatan ini telah berlangsung sejak 12 Jun 1967 lagi. Pada ketika itu 3 buah negara telah bersetuju untuk mengikat matawang mereka - Brunei, Malaysia dan Singapura. Namun begitu pada 1971, Malaysia telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari perikatan tersebut.

Dengan perikatan ini, sebilangan kita mempunyai tanggapan yang negara kita mempunyai kuasa terhad dalam "pembuatan" wangnya sendiri. Ada pula sebilangan kita mempunyai pendapat yang kita perlu mempunyai "kebenaran" dari pihak Kerajaan Singapura untuk membuat wang kita. Ada pula yang beranggapan yang kita tidak boleh membuat wang kita banyak-banyak kerana ianya boleh mengugat nilai matawang kedua buah negara.

Secara jujur saya tidak tahu jika tanggapan tersebut adalah benar. Namun begitu apa yang saya tahu adalah ini.
  • Sehingga April 2012, negara Singapura telah "membuat" wang mereka sebanyak S$458,500.3 juta.
  • Sehingga tahun 2010, negara kita telah "membuat" wang kita sebanyak B$15,128.7 juta.
  • Sehingga April 2012, negara Singapura mempunyai S$25,268.4 juta nilai wang kertas dalam peredaran.
  • Sehingga tahun 2010, negara kita mempunyai B$1,023.7 juta nilai wang kertas dalam peredaran.
  • Sehingga April 2012, negara Singapura mempunyai hutang awam berjumlah S$140,800 juta.
  • Sehingga Jun 2012, negara kita mempunyai hutang awam berjumlah B$100 juta.
  • Sehingga April 2012, penduduk Singapura mempunyai hutang sebanyak S$10,163.4 juta.
  • Sehingga tahun 2010, penduduk kita mempunyai hutang sebanyak B$B$4,844 juta.
  • Peruntukan belanjawan Singapura 2012/13 adalah S$50.28 billion.
  • Peruntukan belanjawan negara kita untuk 2012/13 adalah B$5.2 billion.

Apa-apa pun jua, pada prespektif saya, data-data yang ada di atas menunjukan negara kita masih mempunyai ruang yang luas untuk meningkatkan keupayaanya negara kita terutama sekali dalam menyediakan pasarana, pendidikan, kesihatan, sosial yang lebih mampan lagi. Dalam erti kata yang lain, negara kita boleh menjadi di antara 10 negara teratas di dalam dunia sebelum 2035.

Fikir-fikirlah...........