Membaca berita tersebut membuatkan saya bertanya mengenai keperluan negara kita untuk mengeluarkan sukuk. Dalam mencari jawapannya kepada pertanyaan tersebut, saya telah menemui dua "jawapan" dari pihak atasan kita. Satu daripadanya Kementerian Kewangan dan satu lagi daripada blog tempatan yang diungkayahkan oleh salah seorang SUT kita. Kita boleh membaca mengenainya di sini dan sini.
Jika kita mengamati penjelasan yang diberikan terutama sekali dari pihak Kementerian Kewangan iaitu sebagai perintis dalam membina pasaran modal di dalam negara kita, saya amat menyokong akan tindakan yang telah diambil. Memang diakui pasaran modal di dalam negara kita adalah amat terhad dan kebanyakannya dikuasai oleh pihak bank. Seperti kita maklum meminjam wang dari bank bukanlah satu perkara yang mudah dan menyeronokan. Silap-silap langkah, alamat nama kita akan menjadi "famous" di dalam media masa kita - muflis.
Namun begitu pada pandangan saya, perbuatan mengeluarkan sukuk atau yang seumpamanya bagaikan bermain dengan api. Kurang bijak dalam penyeliaan, kawalan dan peraturan, ianya akan membakar diri kita. Bak pepatah orang kita - kecik-kecik jadi kawan, sudah besar jadi lawan. Kenapa saya mempunyai pendapat sedemikian?
Berhutang bukanlah satu perkara yang senang. Kita sendiri lagi maklum bahawa berhutang memang manis pada mulanya akan tetapi menjadi racun dikemudian hari. Meskipun negara kita berhutang dalam matawangnya sendiri dan boleh sahaja membayar hutang tersebut dengan "membuat" wangnya sendiri tetapi kenapa perlu kita berbuat demikian. Bukankah lebih senang jika kita "buat" sahaja wang yang diperlukan tanpa perlu membuat hutang? Bukankah kita ada kuasa untuk membuat wang sendiri?! Jika kita tidak ada pasaran modal, kita bukakan/berikan grant kepada mereka-mereka yang memerlukan sama seperti kita memberikan pinjaman modal SME dan sebagainya.
Seperkara juga dengan mempunyai hutang, negara kita akan mudah terdedah kepada penarafan oleh pihak agensi penarafan (rating agencies) seperti Moody's, Fitch dan S&P. Seperti yang pernah saya tulis di dalam blog lama (sila rujuk di sini), agensi-agensi penarafan ini adalah angkuh dan ianya tidak membawa sebarang kebaikan terutama sekali kepada sebuah negara yang berdaulat seperti negara kita. Malahan pihak agensi penarafan ini mudah sahaja dimanupulasi oleh mereka-mereka yang mempunyai pengaruh besar seperti bank-bank besar, kuasa-kuasa besar, badan perusahaan besar dan lain-lain dengan "meyogok" agensi yang berkenaan. Contohnya, kita boleh lihat sendiri apabila agensi-agensi penarafan ini memberikan penarafan AAA kepada hutang collaterlised debt obligations (CDO). Walhal mereka (agensi-agensi penarafan) sendiri tahu bahawa hutang tersebut adalah toksik. Kita boleh baca mengenai perkara ini di sini, sini dan sini. Akibatnya dunia telah menghadapi ressi 2008/9 - yang paling buruk dalam sejarah dunia! Bayangkan jika negara kita dimanupulasi penarafan kedaulatannya (sovereign rating), apa kita akan talipon CEO-CEO agensi berkenanan dan "komplen" mengenainya?
Selain daripada itu juga, berhutang akan mendorong kita untuk berhutang dalam matawang asing - satu-satu perkara yang perlu kita elakan sama sekali. Namun begitu setelah kita mengeluarkan sukuk yang pertama, negara kita telah berjinak-jinak mengeluarkan sukuk dalam matawang asing. Perkara ini telah didedahkan di sini. Apabila membaca perkara ini, saya telah membuat tulisan ke dalam suratkhabar Brunei Times mengenai tentangan saya bagi negara kita untuk berhutang dalam matawang asing. Kita boleh baca mengenainya di sini. Kita boleh lihat sendiri bagaimana keadaan negara-negara di dalam dunia ini yang mempunyai hutang dalam matawang asing mengenai kehidupan dan kemakmuran negara mereka. Apakah itu yang kita hajati?
Melihat perkara di atas, itulah sebabnya kenapa saya mengatakan ianya (sukuk atau yang sebanding denganya) umpama kita bermain dengan api. Jika tidak bijak dan mudah terpedaya dengan kemanisan berhutang ianya boleh sahaja menjahanamkan kita sendiri. Perlu juga kita ketahui, sebenarnya keperluan untuk membuat hutang bagi sesebuah negara yang berdaulat adalah merupakan kefahaman yang salah dan ianya merupakan relik lama dalam sistem emas. Jestru itu bagi saya, sebagai sebuah negara monetari berdaulat, janganlah kita bersusah payah "belajar" untuk berhutang. Buat sahaja duit yang diperlukan untuk berbelanja - itu saja dan lagi senang!