Baru-baru ini pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah menganjurkan pesta Regatta di Sungai Brunei bersempena pernukaran nama Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan.
Sebenarnya bukan perkara itu yang ingin saya bangkitkan akan tetapi ialah inisiatif pihak Kerajaan untuk menganjurkan pesta tersebut. Dalam blog saya yang terdahulu - http://brunei2035.blogspot.com/ , saya telah seringkali menganjurkan agar pihak Kerajaan kita untuk berbelanja.
Dengan adanya pihak Kerajaan berbelanja maka berbagai aktiviti perekonomian akan dapat dijana dan perkara ini dapat dilihat dengan sendirinya. Hasil penganjuran pesta Regatta tersebut, kita telah mendapati banyak pengeusaha tempatan mendapat kehasilannya secara langsung. Ini boleh kita baca melalui laporan akhbar Brunei Times seperti berikut:
http://www.bt.com.bn/news-national/2012/01/23/regatta-can-help-boost-tourism
http://www.bt.com.bn/news-national/2012/01/23/more-events-should-be-made-breathe-life-bsb
http://www.bt.com.bn/news-national/2012/01/23/more-events-should-be-made-breathe-life-bsb
Jelaskan kepada kita apabila Kerajaan berbelanja, kebanyakan orang akan mendapat keuntungannya. Maka dengan itu janganlah segan dan silu untuk berbelanja. Lagipun bukankah duit itu free!