Baru-baru ini, sejumlah B$55,000 telah didermakan kepada 6 buah pusat amal di dalam negara kita bersempena kejohanan amal perlawanan golf Bank Baiduri 2012. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Pada asasnya saya amat berbangga dengan sikap perhatin masyarakat kita terhadap badan-badan amal yang ada di dalam negara. Saya merasakan usaha sedemikian haruslah sentiasa dilaratkan dari semasa kesemasa agar ianya dapat menyuntik semangat pemudulian dan sayang kita terhadap sebilangan masyarakat kita yang kurang bernasib baik ataupun yang berkeperluan khas.
Namun begitu dalam saya membaca laporan tersebut, ianya membuat saya bertanya kepada diri saya sendiri, dari manakah wang derma yang diberikan itu datang? Maksud saya dari mana pihak dermawan tersebut mendapatkan wang untuk dijadikan derma mereka? Apakah ianya gugur dari kayangan atau pun adakah para dermawan tersebut membuat wang Brunei sendiri untuk dijadikan derma?
Satu persoalan yang menarik bukan?
Apa yang ingin saya bangkitkan di sini adalah di manakah pihak Kerajaan kita dalam semua ini? Setahu saya wang Brunei yang dijadikan sumber derma tersebut hanya datang dari satu sumber dan ianya adalah pihak Kerajaan kita. Bagi saya, hanya Kerajaan kita sahaja yang mempunyai kuasa untuk membuat wang Brunei dan tidak ada entiti lain sama ada di dalam ataupun di luar negara yang mempunyai kuasa untuk membuat wang Brunei.
Sejak dunia meninggalkan sistem emas pada pertengahan tahun 1971, semua wang di dalam dunia ini termasuk negara kita tidak lagi memerlukan emas untuk dibuat. Dan jika kita mengamati sistem kewangan yang digunapakai sejak 1971 itu, semua wang yang diterbitkan adalah free. Lebih hebat lagi pada zaman ini, tekan saja beberapa butang papan kekunci komputer, wang sudah boleh di buat. Tak perlu pakai buku 555 bah....
Sayangkan dengan kuasa yang ada, kita masih sahaja tidak mahu menggunakannya malahan kita melakukan perkara sebaliknya. Jikalah kita menggunakan kuasa yang ada, saya percaya kita boleh sahaja memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam dunia ini kepada mereka-mereka yang memerlukan. Kita boleh sahaja membina pusat kecemerlangan yang terunggul di dalam dunia bagi kegunaan oleh mereka-mereka yang istimewa terutama sekali dalam aspek penjagaan dan bimbingan. Malah kita boleh memberikan mereka gaji sebagai kegunaan untuk menyara kehidupan seharian.
Tapi apakan daya, kita masih lagi mempunyai kefahaman yang salah dalam semua aspek kewangan negara. Meskipun kita mempunyai ijzah sama ada serjana, kedoktoran dan falsfah yang bergulung-gulung, tapi masih juga kita "kurang bijak" dengan kewangan semasa. Masih juga kita beranggapan yang kita perlu "menjual" sesuatu untuk mendapatkan wang ringgit Brunei. Sedihkan!
Yatah nya orang..bukan salah ibu mengandung.....