Rabu, 13 Jun 2012

Akuarium Kebangsaan - Dilema Negara?!

Cuba kita baca laporan ini yang dibuat oleh Brunei Times baru-baru ini. Secara jujur saya agak kecewa dengan pernyataan yang dibuat oleh YB Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Haji Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (MIPR) mengenai kemampuan negara kita untuk membina sebuah bangunan akuarium negara.

Patutkah sebuah negara yang mempunyai kemampuan untuk "membuat" wangnya sendiri akan menghadapi kesukaran untuk membiayai sebuah akuarium kebangsaan? Tidakah kita tahu bahawa negara kita tidak memerlukan hasil dari minyak dan gas atau yang seumpamanya untuk berbelanja? Kewangan negara kita tidak sama dengan kewangan isi rumah, tahukah kita itu?

Apabila membaca kenyataan yang dipaparkan ianya telah memperkukuhkan lagi pendapat saya bahawa kemungkinan negara kita untuk:
  • Mempunyai kadar KDNK 6 peratus setiap tahun adalah agak tipis.
  • Mencapai Wawasan 2035 adalah satu mimpi indah di siang hari.
  • Membuka peluang perkerjaan seterusnya adalah agak terhad sekali.

Semua ini gara-gara kita tidak mahu memahami apa ertinya menjadi sebuah Negara Moniteri Berdaulat. Kita masih sahaja beranggapan yang kita masih lagi melalui era 70'an sedangkan dunia sudah lama meninggalkannya. Bayangkan sahaja jika kita membuat "tia" akuarium kebangsaan tersebut tanpa memperdulikan peruntukan yang ada. Pada pandangan saya, ianya sudah setentunya akan:
  • Membuka peluang perkerjaan kepada penduduk kita seperti saintis, jaga, pembersih, pembantu teknik, mandur, pemandu, jurupandu pelancong, pegawai pentadbir dan sebagainya.
  • Menjadi tarikan ramai pelancong lagi untuk berkunjung ke negara kita.
  • Menjadi pusat kaji selidik rantau ini atau antarabangsa mengenai kehidupan marin.
  • Menjadi pusat hiburan kepada kita dan anak-anak dan keturuanan kita.
  • Membuat tugu Churchill akan kembali semula...hehehehe...peace.

Tapi apakan daya, kita terpaksa membuat kaji selidik dulu (pakai konsultan lagi!). Kita terpaksa "cari" duit dulu. Pokoknya, kita terpaksa itu dan ini dulu (bercakap-cakap lagi)....entahlah sampai bilakah kita akan sedar!