Baru-baru ini Sekolah Perdagangan telah menganjurkan pesta perdagangan tahunan buat kali tiganya. Ianya telah diadakan di Sekolah Nusa Laila Puteri, Jangsak. Pesta tersebut telah dilancarkan oleh pemangku pengetua sekolah perdagangan, Haji Abdul Ishak bin Haji Idris. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Apa yang menarik perhatian saya ialah tema bagi pesta tersebut pada tahun ini - Kurang Pergantungan Kepada Kerajaan Serta Berdikari Dalam Meraih Kejayaan Berniaga. Suka banar ku tema yang dianjurkan oleh sekolah tersebut. Tapi apakah mereka ini sebenarnya tahu apa yang mereka ungkapkan?
Dalam merungkai paradigma ini, saya teringat kepada satu tulisan yang dibuat di dalam suratkhabar The Guardian mengenai perkembangan serta kemajuan ekonomi negara China baru-baru ini. Menurut laporan yang ditulis, pihak Kerajaan China pada suku pertama tahun 2012 telah memperbelanjakan berbillion-billion ringgit, program stimulus untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Suruhanjaya Pembangunan Negara dan Reformasi negara tersebut telah meluluskan sebanyak 868 projek perlaburan pada empat bulan pertama 2012. Dan sehingga 21 Mei ini sahaja, lebih daripada 100 projek telah pun diluluskan. Menurut laporan itu juga, sejak program stimulas ini dilancarkan pada 4 tahun yang lalu, ekonomi negara China telah berkembang sebanyak 40 peratus. Kalau kita bandingkan dengan negara kita, sejak 4 tahun lalu, ekonomi kita telah berkembang sebanyak 1.1 peratus. Kita boleh baca sepenuhnya laporan The Guardian di sini.
Mungkin ada sebilang kita akan bercakap yang kita tidak boleh samakan negara kita dengan negara China. Negara kita kecil dan penduduknya pun juga kecil jika kita bandingkan dengan negara China yang semuanya besar. Akan tetapi kita perlu memahami bahawa prinsip eknonomi adalah tetap sama - Growing economy needs growing supply of money.....economic 101.
Dalam memperkukuhkan coretan saya mengenai keperluan perkembangan kewangan, saya sertakan rajah di sebelah. Jika kita perhatikan rajah tersebut, kita akan nampak bahawa kebanyakan negara-negara di ranatu Asia Pasifik ini telah berbelanja lebih sehingga kesemuanya mempunyai hutang lebih dari pendapatan negara masing-masing. Namun begitu KDNK mereka masih sahaja dapat mengatasi KDNK negara kita dan yang lebih hebatnya lagi, negara-negara tersebut tidak mengalami ancaman kemuflisan. Nah, kita bandingkan sahaja dengan negara kita yang tidak mempunyai hutang negara langsung. KDNK negara kita bagaikan enggang dengan pipit dengan negara-negara yang terdapat di dalam rajah tersebut.
Saya bukan hendak menganjurkan supaya negara kita untuk berhutang demi kemajuan. Dengan sistem kewangan fiat negara kita boleh berbelanja besar tanpa berhutang kerana negara kita mempunyai kuasa untuk membuat wangnya sendiri. Sebenarnya, negara-negara di dalam rajah tersebut hanya menyusahkan diri mereka sendiri dengan berhutang. Walhal, negara-negara tersebut adalah negara monitari berdaulat (mempunyai kuasa untuk membuat wang mereka sendiri) dan mereka boleh sahaja berbelanja tanpa berhutang. Dalam konteks belanjawan negara, berhutang ini (pengeluaran bon dan sukuk) hanya rupakan relik standard emas.
Di negara kita, lain pula halnya. Sebilangan daripada kita menganjurkan untuk kita tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan. Kita dianjurkan untuk lebih berdikari. Tapi persoalannya, kalau Kerajaan kita tidak mahu berbelanja, dari mana kita nak mendapatkan wang Brunei? Bagi saya, kita boleh sahaja untuk tidak bergantung ataupun mengharapkan pihak Kerajaan akan tetapi, ini bermakna kita terpaksa pula bergantung kepada pihak Bank. Ini bererti kita terpaksa berhutang! Entahlah di mana silapnya. Penduduk disuruh jangan berhutang tapi dasar ekonomi kita pula "memaksa" peduduk kita untuk terus berhutang.
Jestru itu, kita tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa perbelanjaan pihak Kerajaan ke dalam ekonomi negara adalah pembawa rahmat kepada semua. Setiap kali Kerajaan kita mengeluarkan wangnya bererti kita berpeluang untuk "mengumpul" wang tersebut. Bak pepatah kita - "Kalau inda pacah ruyungnya, maka kan dapat sagunya".....