Ahad, 24 Jun 2012

Siapa Pelanggan Anda?

Kelmarin pihak BINA telah meletakan batu asas kepada bangunan baru koperasi Mukim Amo. Menurut laporan akhbar, banganun tersebut akan siap dalam tempoh 8 bulan dengan harga B$888,000. Pembinaan bangunan koperasi tersebut merupakan projek di bawah RKN ke 9. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.

Dalam majlis perletakan batu asas tersebut, pemangku Pengarah BINA, Haji Metassan bin Haji Abdul Salim telah menerangkan bahawa pembinaan bangunan tersebut adalah bertujuan untuk memangkin pertumbuhan aktiviti perekonomian di daerah Temburong. Menurut beliau lagi pembinaan tersebut akan membuka peluang perniagaan dan perkerjaan. Satu harapan yang patut disanjung. Akan tetapi, apa yang selalu kita lupa ialah "SIAPA PELANGGAN ANDA!".

Maju dan mundurnya sebuah perniagaan adalah bergantung sepenuhnya kepada pelanggan yang datang untuk berurusan jual-beli. Tanpa pelanggan sebaik mana niat, bangunan dan perlaburan yang dibuat ianya tidak akan membawa sebarang hasil. Bayangkan sahaja setelah siap bangunan tersebut dibuat dan tidak ada orang yang datang untuk membuat urusan (membeli), apakah para perniaga di sana akan dapat terus bertahan? Jangan tah lama, sebulan sahaja orang tidak datang ke sana.

Bukan kita hendak mengatakan yang tidak ada orang akan datang ke sana dan membeli tetapi masalahnya kebanyakan kita tidak mempunyai kuasa membeli yang cukupi. Setelah ditolak dengan keperluan asasi (makanan), hutang dan sebagai, kebanyakan daripada kita mempunyai baki yang tidak membrangsangkan. Malahan, ada sebahagian daripada kita mempunyai negative equity (tiada wang). Jadinya, apabila berlakunya perkara tersebut, apakah ianya cukup untuk memangkin pertumbuhan perekonomian dan seterusnya membuka peluang perkerjaan?

Perkara yang kita bentangkan di atas bukan hanya tertumpu kepada daerah Temburong sahaja. Daerah-daerah lain pun juga menghadapi perkara yang serupa. Para penduduk kita tidak mempunyai kuasa membeli yang mencukupi. Ada pun cuma cukup-cukup makan. Tak percaya?! Lihat sahaja kadar KDNK negara yang agak terbantut. Kes mencuri yang semakin menjadi-jadi yang dilakukan oleh penduduk kita. Pemohon "anugeraha" yang sentiasa meningkat setiap tahun. Adanya orang miskin dan daif yang melarat di dalam negara. Semua itu menunjukan kepada kita semua yang penduduk di negara ini sedang menghadapi krisis aliran kewangan.

Jadi apa harus yang kita buat?

Bagi pandangan kita, negara perlu memberi peluang kepada rakyat dan penduduknya untuk mendapatkan wang dengan secukupnya. Jika ianya memerlukan perlupusan sebahagian atau kesemuanya hutang-hutang penduduk maka lakukanlah ia. Atau jika itu tidak boleh dilakukan, maka laratkan segala kemudahan yang diperolehi oleh perkerja awam ketika ini kepada semua perkerja swasta. Dan jika itu tidak boleh dilakukan jua, maka berilah elaun kepada semua anak-anak sekolah kita dari peringkat pra hingga ke doktoran. Mun atu pun tidak dapat jua dilakukan, gantunglah dulu TAP dan SCP agar memudahkan penduduk kita untuk mengurangkan hutang piutang mereka.

Kesemua cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penduduk kita untuk berbelanja. Keupayaan penduduk kita untuk berbelanja adalah pemangkin sebenar kepada peningkatan aktiviti perekonomian dan juga penjana perkerjaan di dalam sektor swasta. Tanpanya, apa yang kita lakukan dan cakapkan umpama mencurah air di daun keladi....

Fikir-fikirlah.....