Saya baru sahaja membaca perkembangan Masyuarat Majlis Negara (MMN) ke 8. Dalam saya membaca perkembangan MMN tersebut, saya terbaca cadangan atau usulan yang dibuat oleh Menteri Kewangan II, YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Hj Abdul Rahman Hj Ibrahim mengenai peruntukan negara kita bagi 2012/2013. Dari laporan yang dibuat oleh suratkhabar Brunei Times, perbelanjawan negara kita untuk 2012/2013 adalah dijangkakan sekitar B$5.9 billion. Kita boleh baca laporan tersebut di sini.
Hmmm, nampak gaya KDNK bagi negara kita untuk 2012/2013 akan terus masih berada dibawah 3 peratus setahun. Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, belanjawan B$5 billion masih belum cukup untuk menaikan KDNK negara kita seperti yang dianjurkan dalam wawasan 2035 iaitu 6 peratus setahun.
Selain daripada itu juga, kebanyakan usulan atau perbincangan yang dibangkitkan dalam MMN tidak begitu banyak menyentuh akan kenaikan taraf pendapatan rakyat dan penduduk negara ini. Begitu juga cara-cara untuk mengatasi isu pengagguran negara. Malahan apa yang kita dapat dengar dan baca kebanyakanya menjurus kepada pengkukuhan perbelanjaan kerajaan.
Sebagai contoh sahaja dengan perbelanjaan B$5.9 billion, kita perlu bertanya:
- Berapa banyakkah peluang perkerjaan yang akan timbul daripadanya?
- Apakah perbelanjaan tersebut akan menaikan pendapatan rakyat dan penduduk negara?
- Apakah isu kemiskinan dapat diatasi dengan sepenuhnya?
- Apakah belanjawaan tersebut akan melonjakan KDNK negara kepada 6 peratus dalam tempoh 2012/2013?
Apa yang saya coretkan di atas bukan untuk menyakitkan sesiapa akan tetapi ianya berpandukan kepada wawasan yang kita buat. Negara kita cuma mempunyai 23 tahun lagi untuk mencapai wawasan 2035 nya!
Oleh yang demikian saya menyeru kepada YB-YB kita untuk mempertimbangkan semula belanjawaan yang diusulkan. Dari sudut pandangan saya, cadangan belanjawan B$5.9 billion belum lagi mencukupi dan jika perkara ini kita pertahankan ditahun-tahun berikutnya, harapan kita untuk mencapai wawasan 2035 adalah agak tipis. Jestru itu, saya sarankan kepada semua untuk memahami apa dia Negara Monetari Berdaulat.