Hari ini kita telah dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Perkerja (TAP) akan memberikan 2.5 peratus dividen kepada para pemegang akuan TAP. Berita selanjutnya boleh kita baca di sini.
Berita ini menunjukan ada sedikit penurunan dalam pembahagian dividen sebanyak 0.5 peratus jika dibandingkan dengan tahun kewangan 2009/2010 di mana pemberian dividen adalah 3 peratus. Kita boleh baca di sini.
Pada amnya saya amat bersyukur dengan pemberitahuan yang dikeluarkan dan dalam waktu yang sama saya juga resah dengan kadar pemberian dividen tersebut. Memang tidak dapat dinafikan kadar pemberian dividen bergantung sepenuhnya dengan hasil perlaburan yang dibuat oleh TAP. Malahan kadar dividen yang diberikan adalah jauh lebih besar jika kita bandingkan dengan kadar yang diberikan oleh pihak-pihak bank kita.
Akan tetapi jika kita bandingkan dengan kadar inflasi negara, dividen yang diberikan tidak begitu membawa kesan besar kepada jumlah simpanan pemegang akuan TAP. Menurut laporan JPKE, kadar infalasi negara bagi tahun 2011 adalah ditahap 2 peratus (secara purata). Kita boleh baca laporan JPKE mengenai IHP di sini. Jadinya, jika kita faktorkan kesan infalsi, kadar dividen TAP sebenar (real) adalah 0.5 peratus.
Dalam waktu yang sama, baru-baru ini pihak Kerajaan telah mengumumkan mengenai pengeluaran wang simpanan Elaun Sara Hidup termasuk dengan dividennya sekali. Dari apa yang saya baca dan lihat di dalam halaman sosial seperti Facebook saya mendapati pulangan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kewangan adalah sehingga 5 peratus setahun.
Dari itu saya berpendapat alangkah baiknya jika pihak Kerajaan sahaja yang memberikan dividen tanpa pihak pengurusan TAP bersusah payah mencari pelaburan yang boleh membawa keuntungan yang besar. Maksud saya biarlah kadar divdien TAP itu ditentukan dan diberikan oleh pihak Kerajaan kita sendiri dan ianya hendaklah "diindekskan" kepada kadar infalsi negara. Pada pandangan saya, pihak Kerajaan kita mampu untuk memberikan pulangan yang lebih baik dan ianya tidak akan menjejaskan walaupun sedikit kedudukan kewangan negara. Dengan cara ini, apabila seseorang itu bersara dikemudian hari kelak, apa yang bakal diterima oleh mereka masih mempunyai "nilai" dan tidak "terhakis" oleh pengaruh inflasi.
Pada hakikatnya sebagai sebuah Negara Monitari Berdaulat, keperluan TAP mencari pulangan atau dividen sebenarnya tidak wujud. Ini disebabkan negara kita mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebanyak mana yang ia mahu wang Brunei. Perkerjaan ini dipermudahkan lagi dendan adanya sistem TAFIS yang digunapakai ketika ini. Tekan saja beberapa kunci di atas papan kekunci komputer..presto, wang sudah dibuat. Nak dividen 10 peratus setiap tahun boleh, no problem, tekan saja komputer tersebut.
Asasnya Kerajaan kita berkemampuan untuk membiyayai segala keperluan TAP tanpa mencacatkan kewangan negara. Kerajaan kita tidak perlu menunggu hasil pendapatan seperti minyak, gas, pelaburan atau cukai untuk berbelanja. Ini disebabkan negara kita menggunakan sistem kewangan FIAT dan ianya tidak memerlukan sebarang dokongan kepada benda-benda berharga dalam membuat wang Brunei.