Khamis, 22 Mac 2012

Bantulah Kami

Kelmarin kita telah digemparkan dengan satu berita di mana seorang ibu tunggal telah didapati hidup melarat ditengah-tengah ibu kota. Meskipun mempunyai perkerjaan, beliau masih sahaja dihimpit dengan kemiskinan. Berita sepenuhnya boleh kita baca di sini.

Seperti yang mana saya coretkan selama ini, Kerajaan kita mempunyai keupayaan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat kita. KDYMM tidak lama dulu pernah bertitah, di mana baginda ingin melihat negara kita mempunyai kemiskinan sifar meskipun sehari. Titah tersebut adalah seruan untuk kepada mereka-mereka yang diberikan tanggungjawab untuk membuat perubahan dalam dasar dan hala tuju negara kita. Kita boleh baca seruan KDYMM di sini dan sini.

Itu sebabnya kenapa saya berasa agak sedih dan terkilan apabila dalam perbincangan MMN baru-baru ini, di mana tidak ada langkah-langkah konkrit yang diutarakan atau dibahaskan dalam menangani masalah kemiskinan, kenaikan pendapatan, pengangguran dan KDNK negara. Apa yang kita dengar adalah sebaliknya - pengkukuhan belanjawan negara, kemampuan kerajaan dan sebagainya.

Mungkin apa yang saya bangkitkan ini tercetus dari kisah ibu tunggal tersebut akan tetapi kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, berapa banyak lagi rakyat dan penduduk kita yang berada dalam keadaan sedemikian. Pada zahirnya kita boleh saja nampak rata-rata kita masih mampu - kerita 2-3 buah depan rumah, astro, talipon bimbit, komputer riba, melancong dan sebagainya, tetapi menangis dalam bilik tidur atau jamban mengenangkan di mana lagi nak korek wang untuk membayar hutang piutang?!

Kita boleh saja bercakap, kalau tidak mampu kenapa berhutang? Tapi apakah kita pernah menyelami lebih dalam lagi pertanyaan tersebut? Jika kita tidak berhutang atau membeli, siapa pula akan membeli barang-barang yang terjual di kedai tersebut? Macam mana pula ekonomi negara untuk terus berkembang jika tidak ada orang berbelanja? Contohnya kita boleh saja lihat beberapa banyak kedai-kedai yang dapat bertahan di Mall? Sejak ianya dibuka sudah beberapa banyak kedai-kedai yang pertama kali bertapak di sana tutup. Nak harapkan pelancong datang dan membeli-belah kedai kita? Berapa kerat pelancong yang datang ke negara kita?!

Saya memang akur dalam hal berbelanja kita perlu berhemah dan mengukur baju dibadan sendiri. Namun begitu jika semua berbuat demikian, saya yakin kebanyakan perniagaan di dalam negara kita akan gulung tikar. Buat apa bawa iPhone 4 atau iPad 3 ke Brunei jika tidak ada orang yang mahu membelinya? Buat apa membayar sewa kedai jika tidak ada orang yang datang berbelanja? Seperti perambahan orang inggeris, "Someone saving is someone pay cut".

Jestru itu dalam menangani isu kemiskinan, pendapatan rakyat, pengangguran dan sebagainya, kita perlu berbelanja lebih dan saya anjurkan untuk menggunakan kelebihan sebagai Negara Monitari Berdaulat untuk mengatasi permasalahan yang masyarakat kita hadapi. Sebagai contoh, lepaskanlah masyarakat kita dari beban hutang melalui bantuan "permaafan hutang" (debt forgiveness). Laratkan segala elaun-elaun yang diterima oleh pihak awam kepada semua perkerja swasta (rakyat dan penduduk tetap). Berilah elaun pelajaran kepada semua anak-anak sekolah kita dari peringkat pra hingga kedoktoran.

Fikir-fikirlah.....