Sepanjang perbahasaan (itupun jika ada) MMN, saya merasakan kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah agak koservatif. Dari segi soalan yang diajukan hingga kepada jawapan yang diberikan. Rata-rata YB-YB yang terlibat nampaknya cukup teliti dalam "perbahasaan" mereka.
Pada pendapat saya, perkara ini terjadi kerana kita gagal untuk memahami apa yang sebenar yang kita perlukan dari MMN tersebut. Sebagai contoh sahaja, rata-rata YB-YB yang terlibat begitu taksub apabila isu kewangan kerajaan dibangkitkan. Dapat kita dengarkan dan perhatikan bahawa disebalik hujah-hujah yang dibangkitkan mengenai belanjawan negara kebanyakan kita masih beranggapan isu perbelanjawaan negara sama dengan isu kewangan persendirian.
Untuk makluman semua, wang atau usin Brunei tidak akan pandai habis walaupun hingga ke hari khiamat. Dan itu adalah hakikatnya. Kerana realitinya konsep wang bukan semestinya bercorak fizikal. Pembuatan wang tidak seharusnya mencetak wang di atas sesuatu media seperti kertas polymer.
Tahukah kita semua, pada saat ini kebanyakan wang yang dibuat adalah dalam alam maya (virtual world). Ianya berbentuk 1 dan 0. Kalau kita kurang yakin, kita boleh lihat sendiri apabila pihak Kerajaan membayar gaji, pencen, elaun, tambang, perkhidmatan dan sebagainya, tidak memerlukan berderet-deret kerita kebal untuk membawa wang ke bank setiap bulan. Secara jujurnya kita tidak pernah melihat perkara tersebut berlaku! Apa yang kita tahu, masukan kad atm ke dalam mesin atm dan tekan kata laluan, zap! kita sudah nampak baki wang kita. Mudahkan!
Dengan sistem TAFIS yang digunapakai oleh Kementerian Kewangan ketika ini, perkerjaan membuat dan memasukan wang sekarang lebih mudah dan cepat. Nak B$1, tekan saja angka satu di atas papan kekunci komputer. Nak B$1 trillion, tekan saja 1 dan 12 kali angka 0. Itu saja. Tidak perlu Menteri Kewangan II bersusah payah menekan, kerani sulit pun boleh buat. Tak perlu juga kita memasukan emas ke dalam komputer untuk dijadikan ringgit Brunei. Tak perlu BSM hantar minyak atau gas ke Kementerian Kewangan untuk memasukannya ke dalam komputer untuk dijadikan ringgit Brunei. Tak percaya, tanya Kementerian Kewangan, setiap berapa kali tanker minyak datang ketempat mereka!
Pada hakikatnya duit itu adalah free. Ianya tidak memerlukan sesuatu benda yang berharga untuk membuat wang atau duit kerana kita menggunakan wang fiat. Kurang yakin dengan kenyataan tersebut? Kita boleh baca di sini.
Jadinya saya agak terkilan apabila YB-YB kita tidak menyuarakan untuk menaikan belanjawan negara. Dan kebiasaannya mereka akan menyokong bulat-bulat belajawan yang dicadangkan tanpa megupas lebih mendalam erti belanjawan tersebut. Yang sedihnya lagi apabila belanjawan telah diluluskan, sebilangan daripada mereka akan "raung-raung" kerana ketiadaan bajet atau habis bajet atau tidak cukup bajet! Walhal kita boleh saja menaikan bajet tersebut kepada B$8 - 10 billion dengan mudah.
Sebenarnya apa yang saya coretkan selama ini tidak memerlukan kepintaran seorang pakar saintis roket. Ini disebabkan pada zaman ini, segala informasi boleh kita cari dan perolehi dengan begitu mudah sekali. Malahan jika kita mengambil iktibar dari kemelut kewangan sekarang, kita boleh sahaja membuat kesimpulan yang tepat dan mudah. Sebagai contoh sahaja kenapa negara PIIGS menghadapi masalah beban hutang sedangkan USA mempunyai hutang US$14 trillion, Jepun mempunyai hutang dua kali ganda KDNK nya dan Singapura mempunyai hutang 98 peratus KDNK dan sebagainya?
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua untuk membaca dan memahami apa ertinya menjadi sebuah Negara Monitari Berdaulat. Dengan kefahaman tersebut kita boleh saja memantapkan lagi negara kita, menghilangkan kemisikinan, menyediakan perkerjaan, mempunyai pasarana yang terbaik, malahan kita boleh capai Wawasan 2035 kita lebih awal tanpa menunggu tahun 2035.