Ini hanya cetusan minda saya...
Hari ini saya ada terbaca dalam suratkhabar Brunei Times satu wawancara mereka bersama dengan Oxford Business Group (OBG) mengenai isu bank di negara kita. Kisah selanjutnya boleh kita baca di sini.
Hari ini saya ada terbaca dalam suratkhabar Brunei Times satu wawancara mereka bersama dengan Oxford Business Group (OBG) mengenai isu bank di negara kita. Kisah selanjutnya boleh kita baca di sini.
Pada pendapat saya sejak pengkuatkuasaan peraturan had pinjaman peribadi dan kad kredit beberapa tahun yang lalu oleh Kerajaan kita, pihak bank-bank di dalam negara kita sedang mengalami dilema dalam mencari keuntungan seterusnya.
Seperti yang kita maklum, meminjamkan wang adalah fungsi utama bank dan ianya merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan pihak bank. Dengan kurangnya orang meminjam wang, saya percaya ini telah membawa kesan yang agak serius kepada mereka. Selain daripada itu juga dengan adanya penubuhan biro kredit pada pertengahan tahun ini oleh Kerajaan kita, saya juga percaya pihak bank akan terus menerima bahangnya.
Oleh yang demikian sejak kebelakangan ini, saya telah mendapati pihak bank-bank di dalam negara kita begitu sibuk dalam mengungkayahkan beberapa siri kempen dan promosi untuk rakyat dan penduduk negara ini untuk terus berlanggan bersama mereka. Berbagai produk bank dan promosi telah dan sedang giat dijalankan. Kita boleh baca di sini, sini, sini, sini dan banyak lagi.
Jadi apakah ertinya semua ini? Dari sudut pandangan saya, jika pihak bank terus gagal untuk meningkatkan keuntungan mereka, maka beberapa perkara boleh sahaja terjadi dan diantara perkara-perkara yang saya fikirkan:
- Beberapa jenis "charges" baru akan diperkenalkan oleh pihak bank.
- Pengurangan cawangan bank atau menutup cawangan mereka di dalam negara.
- Taktik aggresif dalam mempromosi produk dan pinjaman.
- Melobi pihak Kerajaan untuk melonggarkan peraturan pinjaman dan kad kredit.
Saya rasa pihak bank tahu yang mereka akan menghadapi situasi yang kurang menyenangkan untuk masa-masa yang mendatang. Perkara ini akan dikeruhkan lagi dengan adanya pihak Kerajaan kita terus-menerus mengamalkan perbelanjaan berhemah (prudent).
Oiiii!!! pak Saloi, apa kita buaaat?!!!!!...