Alhamdullilah Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang ke 8 telah pun bermula. Dalam keriangan dan harapan yang tinggi terhadap MMN, diam-diam saya juga amat berharap benar jika titah KDYMM dalam isu "berhemah" tidak disalah tafsirkan oleh sebahagian mereka-mereka yang mempunyai kuasa untuk menukar dasar negara terutama sekali dalam isu kewangan.
Apa yang dikhuatirkan ialah apabila kita "berhemah" maka sebilangan daripada kita akan memikirkan dan mencadangkan langkah-langkah seperti:
- Memotong perbelanjaan.
- Memotong atau mengurangkan subsidi.
- Memperswastakan perkhidmatan kerajaan.
Jika perkara tersebut berlaku, maka kita sebagai pengguna wang Brunei sudah tentu akan merasa bahangnya. Sebagai contoh sahaja dengan penjimatan B$20 juta dari subsisdi lektrik maka kita terpaksa pula menampong B$20 juta tersebut dengan wang kita sendiri melalui kenaikan bil lektrik. Bayangkan sahaja jika menteri-menteri kita mengambil bulat-bulat makna "berhemah" dalam konteks belanjawan negara, di mana lagi kita nak korek duit?
Jestru itu saya amat mengharapkan belanjawan negara kali ini akan mampu:
- Meningkatkan pendapatan rakyat dan penduduk.
- Meningkatkan KDNK negara kepada 6 peratus seperti yang dianjurkan dalam wawasan 2035.
- Meningkatkan peluang perkerjaan dengan pendapatan yang bermakna kepada rakyat dan penduduk negara.
Saya begitu berharap kiranya belanjawan negara pada tahun ini adalah sekitar B$9~10 billion. Pada pandangan saya jika kita masih lagi memperuntukan belanjawan sebanyak B$4~5 billion setahun, saya yakin KDNK negara tidak akan berganjak lebih daripada 2~3 peratus setahun. Buktinya sahaja boleh kita lihat sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Dengan belanjawan B$4~5.5 billion setiap tahun, KDNK negara masih jua dibawah 3 peratus setiap tahun! Malahan pada tahun 2008 dan 2009 sahaja, negara kita telah mengalami resessi!!
Maka dalam kesempatan ini, ingin saya mencadangkan YB-YB yang sepatutnya mewakili rakyat dan penduduk negara ini, untuk bersuara lebih dengan memohon atau mengusulkan kenaikan dalam belanjawan negara. Saya mencadangkan agar YB-YB yang berkenaan untuk mengusulkan seperti berikut:
- Memberi elaun atau gaji kepada semua anak-anak sekolah bermula dari peringkat pra hingga kedoktoran.
- Melaratkan segala elaun-elaun yang terima oleh sektor awam ketika ini kepada rakyat dan penduduk tetap negara ini yang berkhidmat dalam sektor swasta.
- Mengawal kenaikan harga makanan dengan mengurangkan atau mentiadakan cukai makanan atau menggantongkan TAP dan SCP sementara waktu atau memperluaskan subsidi kerajaan atau mengawal langsung harga makanan.
- Memberikan "grant" kepada rakyat dan penduduk dalam menjana kuasa lektrik mereka ataupun menggantikan alat-alat lektrik yang kurang effisyen kepada yang lebih effisyen.
Saya yakin dengan adanya peningkatan belanjawan negara, serba sedikit masalah kemiskinan, beban hutang, pengangguran, dan kelembaban ekonomi negara yang kita hadapi sekarang, insyallah akan dapat kita atasi sepenuhnya.