Sabtu, 7 Januari 2012

"Mencap" Wang Brunei

Rata-rata semua orang berpendapat bahawa sesebuah negara tidak boleh "mencap" wang sesukahatinya. Malahan juga kita selalu beranggapan bahawa untuk mencap usin, kita perlu mempunyai sokongan kepada wang yang dicap tersebut. Sokongan yang dimaksudkan adalah berbentuk aset atau benda yang bernilai seperti emas.

Dalam konteks negara kita, Brunei Darussalam, semua orang beranggapan bahawa kerajaan hanya mencap wang apabila negara kita telah menjual atau mengeksport sumber galiannya iaitu minyak dan gas. Tapi tahukah abiskita bahawa tanggapan atau pendapat tersebut adalah salah?

Untuk makluman semua, sistem kewangan dunia pada ketika ini sedang mengamalkan sistem kewangan FIAT. Ini telah berlangsung sejak 15 Ogos 1971. Apa dia sistem kewangan FIAT tersebut?

Wang FIAT adalah wang yang dibuat oleh sebuah negara yang berdaulat tanpa memerlukan sebarang dokongan atau sokongan emas kepada setiap wang yang dihasilkan. Wang FIAT yang dikeluarkan dan digunakan oleh setiap negara di dalam dunia ini hanya didokong oleh akikah atau kepercayaan. Untuk keterangan lanjut abiskita boleh merujuk sesawang IMF seperti berikut: 


Berpandukan dengan keterangan di atas maka jelaslah kepada kita bahawa pada dasarnya negara kita mampu, boleh, untuk mencap wang Brunei sebanyak yang diperlukan.

Maka tuan-tuan dan puan-puan, ubahlah paradigma kita mengenai kewangan. Alasan tiada wang atau tiada bajet atau tidak mampu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.