Selasa, 28 Februari 2012

Beban Hutang

Kebanyakan orang hari ini sedang dibebani dengan hutang yang berat dan ada yang pula bergelut untuk membuat pembayaran balik. Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kewangan dalam menghadkan pinjaman peribadi serta kad kredit beberapa tahun yang lalu adalah satu tindakan yang positif. 

Bagi saya, tindakan yang diambil oleh Kementerian Kewangan bagai serampang bermata dua. Dari satu sudut, negara kita telah proaktif dalam menghadkan dan melindungi penduduk dari beban hutang dan dalam masa yang sama, ianya juga melembabkan aktiviti perekonomian  negara seperti yang terpapar di sini dan sini.

Persoalannya sekarang adalah bagaimana hendaknya kita memangking semula ekonomi negara untuk bergerak lagi? Apakah patut Kerajaan "membayar" semua hutang penduduk untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi negara?

Mencetak wang untuk melupuskan hutang sektor swasta atau persendirian pada dasarnya adalah satu rancangan yang baik. Walaubagaimanapun, ianya tidak mengambil kira bahawa kebanyakan hutang yang ditanggung adalah untuk membiayai usaha yang tidak produktif, seperti mengspekulasi aset. Dalam erti kata lain, rancangan sedemikian sama sahaja seperti mencetak wang tanpa meningkatkan keupayaan produktiviti. Dan besar kemungkinan ianya akan membawa kepada situasi inflasi.  

Jestru itu adalah lebih baik jika kita mencetak wang sebagai pertukaran untuk kerja-kerja yang boleh membawa kepada peningkatan produktiviti. Lagipun, membayar hutang-hutang yang terlibat adalah tidak adil. Apa pula pendapat orang? Bahawa adalah berbaloi untuk berhutang? Dan apa pula akan terjadi di masa hadapan jika rakyat dan penduduk negara ini berhutang secara berlebihan untuk memajukan dirinya kehadapan, iaitu dengan membida harga aset dan dalam waktu yang sama cuba mengondol semua aset-aset dalam ekonomi negara. Akhirnya, kita akan mendapati ada orang mempunyai semua aset dan tidak mempunyai hutang, dan ada orang yang tidak pernah berhutang tetapi tidak mempunyai apa-apa jua aset. Setentunya perkara ini adalah tidak adil, dan ianya boleh membawa kepada salah peruntukan sumber dan seterusnya situasi krisis.

Namun begitu saya juga melihat di mana wang yang baru dicetak itu dimusnahkan bersama-sama hutang tersebut, dan jestru itu, ianya tidak akan menyebabkan sebarang keadaan inflasi. Ianya juga akan membebaskan sektor swasta atau persendirian daripada beban hutang, dan seterusnya memangking semula pertumbuhan ekonomi negara.  

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa kita perlu ada unsur-unsur elemen tertentu dalam melupuskan hutang-hutang yang ada.  Dalam waktu yang sama hendaklah juga terdapat sesuatu peraturan yang mengatakan bahawa mana-mana yang telah diampunkan hutang mereka untuk tidak menggunakan ekuiti mereka dalam membuat sebarang spekulasi. Ini kerana besar kemungkinan dengan adanya hutang mereka terpadam, mereka boleh saja membuat hutang yang baru. 

Akan tetapi jika tidak ada orang yang MEMINJAM lagi, bagaimana pula KDNK negara hendak sentiasa berkembang? Seperti apanya orang kita berkata....."nda berharta nyamu wang mun kalau nda berutang!"