Kelmarin dan hari ini ada saya terbaca lagi dalam suratkhabar Brunei Times mengenai usaha-usaha yang sedang dilakukan dalam mengatasi isu pengangguran di negara kita. Berbagai usaha telah difikirkan dan diungkayahkan dalam membantu mereka-mereka yang menganggur beroleh perkerjaan. Berita sepenuhnya boleh kita dapati di sini dan sini.
Persoalannya apakah usaha-usaha sedemikian akan membawa hasil yang diharapkan? Tepuk dada tanya selera.
Usaha yang dilakukan sekarang seperti penyediaan program-program kemahiran, motivasi dan sebagainya mengingatkan saya satu cerita inggeris mengenai anjing dan tulang. Cerita ini pernah saya bangkitkan dalam blog lama saya tahun lepas dan kita boleh baca mengenainya di sini. Kisahnya begini....
"Imagine we have 10 dogs and we bury 9 bones in a open field. We send out
the dogs to find the bones. At least one dog will come back without a
bone.
We decide the problem is lack of training and proper incentives. We put
that dog through rigorous training in the latest bone
finding techniques. After such intensive training, we continue to bury 9
bones and send the 10 dogs out again. The trained dog end up with a
bone, but some other dog comes back without a bone (empty-mouthed, so to
speak).
The problem, of course, is that there are not enough bones and jobs to
go around. It is certainly true that well-trained and highly motivated
jobseeker can easily find a job. But that is no evidence that aggregate
unemployment is caused by laziness or lack of training. Even there are
jobs available, many does not provide a person with a meaningful income......"
Saya bukan hendak menyamai para penganggur dengan anjing tetapi ingin menyampaikan bahawa walaubagaimanapun usaha kita dalam membantu namun jika tidak ada perkerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang bermakna, maka segala usaha yang kita lakukan akan menemui kebuntuan.
Oleh yang demikian, dalam kesempatan ini ingin saya mencadangkan seperti berikut:
a. Pihak kerajaan kita untuk menyediakan perkerjaan awam kepada mereka-mereka yang mampu untuk berkerja dengan gaji yang minima. Jenis-jenis perkerjaan yang boleh disediakan adalah seperti Penyelamat Pantai, Pembersih Pantai atau Pejabat, Pemeriksa Keselamatan Makanan, Perkerja Sosial, Rajer Hutan, Pembaca Meter, Peon dan sebagainya. Kita boleh baca dengan lebih lanjut lagi dengan cadangan ini di sini.
a. Pihak kerajaan kita untuk menyediakan perkerjaan awam kepada mereka-mereka yang mampu untuk berkerja dengan gaji yang minima. Jenis-jenis perkerjaan yang boleh disediakan adalah seperti Penyelamat Pantai, Pembersih Pantai atau Pejabat, Pemeriksa Keselamatan Makanan, Perkerja Sosial, Rajer Hutan, Pembaca Meter, Peon dan sebagainya. Kita boleh baca dengan lebih lanjut lagi dengan cadangan ini di sini.
b. Memberikan elaun sara hidup dan kurnia khas kepada mereka-mereka yang berkhidmat dengan sektor swasta dan juga melaratkan segala elaun-elaun yang diterima oleh perkerja awam seperti tambang percuma, elaun hitung batu, elaun anak sekolah, tambang haji, skim pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Kita boleh baca selanjutnya mengenai cadangan ini di sini dan sini.
Bagi saya, semua ini dapat kita usahakan kerana negara kita adalah sebuah negara monitari berdaulat dan jestru itu, Kerajaan kita mempunyai kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya. Kita boleh memahami konsep negara monitari berdaulat dengan lebih lanjut lagi di sini dan sini.
Fikir-fikirkanlah.....