Sekarang mari kita buat pula longgokan kedua yang mempunyai harga yang sama dan kita gelar ianya sebagai longgokan B. Dengan harga US$9.6 trillion kita boleh memuatkan semua ladang tanaman di US (400 juta ekar dengan hasil penggeluaran sebanyak US$200 billion setahun) dan 16 buah syarikat Exxon Mobils (yang mencatat keuntungan sebanyak US$40 billion setiap tahun).
Dengan adanya dua longgokan "harta" tersebut, yang manakah abiskita akan beli jika mempunyai wang sejumlah US$9.6 trillion? Longgokan A atau B?
Apa yang ingin saya sampaikan melalui senario di atas ialah nilai sebenar emas. Jelas kepada kita meskipun harga emas melambong naik ianya tidak akan membawa sebarang hasil atau pulangan. Kita boleh cium, peluk dan "guris", emas tersebut namun ianya tidak akan menaikan nilai tambahnya. Malahan emas tersebut akan terus "duduk" di situ sambil diselubungi dengan habuk. Jika kita bandingkan pula dengan longgokan B, ianya sudah setentunya akan menambah nilai perlaburan.
Untuk mengetahui bibiran saya mengenai emas, sila baca di sini.
Untuk mengetahui bibiran saya mengenai emas, sila baca di sini.