Isnin, 6 Februari 2012

Perbezaan Kita Dengan Kerajaan

Secara individu kita perlu mengumpul wang terlebih dahulu sebelum kita dapat berbelanja. Dan kita mengumpul wang ada berbagai cara. Ada yang berkerja dengan sektor swasta atau awam. Ada yang juga berniaga. Dan ada pula yang mencuri......hehehe. Pokoknya sebagai rakyat atau penduduk tetap kepada sesebuah negara, keperluan untuk menggumpul wang terlebih dahulu adalah menjadi kepastian sebelum perbelanjaan dapat dibuat.

Kenapa begitu? Kenapa kita mesti menggumpul wang terlebih dulu?

Ini kerana kita bukan monetari berdaulat. Ertinya kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau mencetak wang sendiri. Bayangkan jika semua orang dalam dunia ini mempunyai kuasa untuk membuat wang mereka sendiri! Wang siapa yang boleh kita pakai? Berapa jumlah Anak Watan Dollar diperlukan untuk membeli sebuah kerita? Lagi pun jika semua orang boleh membuat wang mereka sendiri, siapa pula nak buat kerita, rumah, jual beras, jual ikan dan sebagainya? Kenapa perlu berkerja jika boleh buat wang sendiri?

Oleh disebabkan kita secara individu terpaksa menggumpul wang terlebih dahulu maka kita pun membuat andaian yang sama bahawa sesebuah negara juga perlu melakukan penggumpulan wang terlebih dahulu sebelum membuat perbelanjaan. Kita beranggapan bahawa negara kita perlu mengeksport minyak dan gas, membuat berbagai perindustrian pengeksportan dan berjimat cermat terlebih dahulu untuk mendapatkan wang sebelum negara kita dapat berbelanja. Bukankah begitu?

Jika kita mempunyai tanggapan sedemikian, saya menganjurkan untuk memahami semula kewangan dengan membaca coretan saya dalam blog ini dan juga blog saya yang satu lagi iaitu - http://brunei2035.blogspot.com/

Akhirnya inigin saya tinggalkan coretan cerita ini sebagai renungan bersama - http://www.brudirect.com/index.php/Local-News/family-faces-hardship-as-man-loses-leg-in-accident.html