Hari ini saya ada terbaca beberapa artikel dalam Brunei Times mengenai perbelanjaan Kerajaan. Satu artikel mengisahkan ketiadaan perbelanjaan Kerajaan dan satu lagi mengenai peningkatkan perbelanjaan Kerajaan. Apa yang ingin saya sampaikan adalah message atau pengajaran yang tersirat dari kedua-dua artikel tersebut.
Kita mulakan dengan kerunsingan penduduk Pekan Muara mengenai ketiadaan buruh dalam penjagaan keindahan Pekan Muara. Cerita sepenuhnya boleh kita baca melalui:
Dari cerita yang dipaparkan jelaslah kepada kita bahawa ketiadaan perbelanjaan Kerajaan telah membawa kesan negatif kepada para penduduk Pekan Muara. Sebagai salah satu "Pintu Laluan Utama" kemasukan pelancong ke dalam negara kita, ketiadaan perbelanjaan Kerajaan dalam menjaga alam persekitaran boleh memberikan pandangan atau tanggapan salah kepada para pelancong mengenai negara kita.
Selain daripada itu juga kegagalan kita untuk menjaga alam persekitaran yang bersih dan nyaman mata memandang boleh saja menjejaskan perkembangan perekonomian seperti halnya dengan Pekan Muara. Keadaan yang tidak terjaga boleh mematahkan semangat para pengunjung untuk datang ke Pekan Muara. Ini sudah setentunya akan menjejaskan para peniaga di sana dan juga sumber pendapatan mereka terutama sekali peniaga-peniaga tempatan kita. Ini belum lagi kita lihat impak yang terjadi dengan lebih jauh lagi seperti perkerjaan, sewa dan sebagainya.
Menyentuh pula mengenai peningkatan perbelanjaan Kerajaan, baru-baru ini pihak Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk melanjutkan dermasiswa ke peringkat serjana kepada beberapa penerima-penerima Skim Dermasiswa Pemerintah Tertinggi dan Skim Dermasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Cerita sepenuhnya boleh kita baca seperti berikut:
Dengan persetujuan yang dibuat dan juga peningkatan perbelanjaan Kerajaan dalam memberikan peluang kepada mahasiswa tersebut untuk melanjutkan pembelajaran mereka, setentunya Negara kita akan mendapat rakyat yang lebih berkelibar. Ilmu yang mereka tuntut boleh saja disalurkan ke dalam negara terutama sekali dalam hal pembangunan modal insan.
Kita boleh anggap saja bahawa peningkatan perbelanjaan Kerajaan ke atas mahasiswa ini sebagai perlaburan negara untuk jangka panjang. Dan ini adalah sesuai dengan usaha Kerajaan kita untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara zikir.
Dari kedua-dua kisah yang saya sampaikan maka jelaslah kita kenapa perbelanjaan Kerajaan adalah amat diperlukan. Bukan saja impaknya kepada individu atau perkumpulan akan tetapi impak besarnya secara keseluruhan kepada negara kita. Ini boleh kita lihat sendiri sebahagian daripada contoh perbelanjaan Kerajaan yang membawa impak positif kepada rakyat dan penduduk tetap negara kita:
http://www.bt.com.bn/news-national/2012/02/01/moh-gets-7-new-ambulances
http://www.bt.com.bn/news-national/2012/02/01/moh-gets-7-new-ambulances
Maka dalam kesempatan ini, sekali lagi saya menyeru agar pihak Kerajaan kita akan terus berbelanja dan jangan sama sekali kita segan silu untuk mengeluarkan peruntukan yang sewajarnya. Bukankah pada dasarnya wang Brunei itu adalah FREE kerana negara kita adalah sebuah Negara Monetari Berdaulat (Monetarily Sovereign Nation)! Jadi kenapa kita perlu resah dan gelisah untuk berbelanja.