Menurut laporan akhbar Brunei Times, negara kita telah mendapat lebihan dangangan atau lebih dikenali sebagai Trade Surplus dengan negara Taiwan. Dagangan di antara kedua buah negara telah mencatatkan peningkatan sebanyak 117 peratus dari tahun 2010 hingga 2011, di mana lebihan dagangan telah berpihak kepada negara kita. Berita sepenuhnya boleh kita baca di sini.
Pada pandangan umum, laporan tersebut adalah amat membrangsangkan dan boleh kita anggap sebagai satu kejayaan buat negara kita. Tapi apakah itu satu perkembangan positif yang sebenarnya?
Bagi saya lebihan dagangan bukanlah satu perkara yang patut menjadi kebanggaan kita. Ini disebabkan pada pandangan makroekonomi, eksport merupakan satu beban kepada sesebuah negara dan semantara itu pula, import adalah merupakan satu manafaat.
Pada dasarnya, sebuah negara yang mengamalkan polisi lebihan dagangan tidak ubah seperti hamba atau kuli kepada negara lain. Siang malam rakyat dan penduduk negara yang terlibat terpaksa berusaha keras untuk menyediakan barang atau perkhidmatan untuk dieksport. Dalam waktu yang sama negara yang mengimport hanya perlu menekan beberapa kekunci komputer untuk membayar import mereka. Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut lagi, kita boleh membaca mengenainya di sini.
Pada kesimpulannya, lebihan dagangan boleh kita anggap sebagai kurang minat sesebuah negara untuk menggumpul aset kewangan rakan niaganya. Dalam hal negara kita dengan Taiwan, kita boleh saksikan dan baca sendiri di mana negara Taiwan tidak begitu berminat untuk menggumpul aset kewangan negara kita (wang Brunei) malahan mereka lebih berminat kepada hasil bumi negara kita iaitu minyak dan gas. Satu-satunya aset negara yang kita yang tidak boleh membaharui (non renewable asset).
Sekian untuk kali ini.
Sekian untuk kali ini.