Ahad, 12 Februari 2012

Beban Kerajaan?

Hari ini saya ada terbaca berita yang dipaparkan dalam suratkhabar Brunei Times, mengenai pembukaan Pusat Dialisis yang baru di daerah Tutong. Dalam upacara pembukaan tersebut, tetamu kehormat iaitu YB Menteri Kesihatan telah menyentuh akan beban yang ditanggung oleh keluarga dan masyarakat oleh pesakit buah pingang dan juga Kerajaan kita dalam memberikan rawatan dialisis secara percuma. Berita selanjutnya boleh kita baca di sini.

YB Menteri Kesihatan berkata bahawa Kerajaan kita telah berbelanja diantara B$22,000 hingga B$40,000 bagi setiap seorang pesakit buah pinggang. Pada tahun 2009/2010 sahaja, Kerajaan kita telah berbelanja sebanyak B$7.3 juta dan ini telah meningkat kepada B$8.6 juta pada 2010/2011, menurut YB Menteri Kesihatan.

Kepada mereka-mereka yang telah membaca nukilan saya sama ada dalam blog ini dan blog lama saya, akan mengetahui bahawa sebuah negara monetari berdaulat seperti negara kita, tidak mempunyai masalah dalam menanggong rawatan yang dimaksudkan. Malahan rawatan yang diberikan secara percuma tidak akan pernah menjadi "beban" kepada negara kita.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan kenyataan YB Menteri Kesihatan bahawa kita mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kesihatan kita. Tanpa mempunyai kesihatan yang baik, ianya setentunya akan menghalang perkembangan dan kemajuan negara kita. 

Maka dalam kesempatan ini, sekali lagi ingin saya menganjurkan untuk pihak Kerajaan kita untuk mentiadakan pemberian kesihatan percuma dan beralih kepada skim kad kredit kesihatan seperti yang saya sarankan di sini.

Saya percaya anjuran saya itu boleh membantu Kerajaan kita untuk mencapai wawasan negara iaitu - Bersama Ke Arah Warga Sihat.