Hari ini Brunei Times ada mengeluarkan dua artikel mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Majlis Mesyuarat Negara (MMN) tahun lepas. Diantara isu-isu yang telah dibentangkan oleh MMN pada tahun lepas ialah isu hutang penduduk negara ini kepada Kerajaan dan juga isu pengganguran serta kemiskinan. Berita penuh boleh kita baca di sini dan sini:
Saya amat tertarik dengan laporan tersebut kerana ianya menunjukan betapa kita secara umumnya begitu kurang faham dan yakin akan kewangan negara. Dapat saya simpulkan di sini bahawa penulis dan juga ahli-ahli MMN kita mempunyai tanggapan yang kurang tepat apabila membincangkan isu kewangan negara. Selain daripada itu juga, rata-rata yang terlibat mempunyai tanggapan bahawa kewangan negara adalah sama seperti dengan kewangan isi perumahan.
Kepada mereka-mereka yang pernah membaca nukilan saya dalam blog ini dan blog lama saya - sudah pun mengetahui bahawa negara kita tidak mempunyai masalah dalam penyediaan perbelanjaan untuk membangun negara serta menyediakan perkerjaan. Malahan isu-isu yang dibangkitkan boleh sahaja di atasi dengan mudah sekali jika Kerajaan kita mahu saja berbelanja lebih.
Bagi pandangan saya, peruntukan yang ada (B$5 - 6 billion setahun) belum lagi mencukupi untuk mengatasi perkara yang telah dibentangkan. Pada hemah saya, negara perlu mengeluarkan perbelanjaan pada sekitar B$8 - 10 billion setahun untuk memberikan peluang kepada rakyat dan penduduk negara ini mengatasi permasalah mereka seperti tunggakan hutang-piutang, pengganguran dan kemiskinan.
Kepada para pembaca yang masih keliru dengan bibiran saya mengenai makroekonomi negara dan cadangan-cadangan pembaikan, saya sarankan untuk abiskita membaca semua nukilan saya sama ada dalam blog ini atau blog yang lama.
Ingatlah bahawa untuk sesebuah ekonomi sentiasa berkembang ianya juga memerlukan perkembangan kewangan yang seiring. Pengurangan belanjawan tidak akan mendorong atau memangkin pertumbuhan ekonomi. Perlu juga kita ketahui bahawa tiada sebuah negara yang boleh mencukai dirinya sendiri untuk kemakmuran.
Ingatlah bahawa untuk sesebuah ekonomi sentiasa berkembang ianya juga memerlukan perkembangan kewangan yang seiring. Pengurangan belanjawan tidak akan mendorong atau memangkin pertumbuhan ekonomi. Perlu juga kita ketahui bahawa tiada sebuah negara yang boleh mencukai dirinya sendiri untuk kemakmuran.
Fikir-fikirlah......