Satu berita yang agak menarik telah terpapar di dalam suratkhabar Brunei Times baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah komen-komen yang diberikan mengenai perbelanjaan Kerajaan. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Komen-komen yang diutarakan terutama sekali "keperluan untuk mempertimbangkan peruntukan" adalah amat menarik. Dari segi perspektif saya, komen sedemikian menunjukan bahawa kita masih lagi keliru dengan perinsip kewangan Kerajaan.
Memang perancangan teliti perlu kita lakukan apabila ianya melibatkan kewangan Kerajaan. Akan tetapi jika kita masih beranggapan bahawa kewangan Kerajaan sama seperti dengan kewangan isi perumahan (persendirian) maka saya rasa "keperluan untuk mempertimbangkan peruntukan" tidak akan pernah selesai.
Sebagai contoh sahaja, stadium negara kita sudah sekian lama dibina namun begitu reka bentuknya masih jua tetap lama. Jika kita lihat dan bandingkan di negara-negara lain, hampir kesemua stadium-stadium mereka mempunyai reka bentuk yang baru dan yang lebih penting lagi, stadium mereka mempunyai bumbung!
Persoalanya apakah kita masih "perlu mempertimbangkan peruntukan" untuk mengubah suai stadium negara kita terutama sekali dalam menyediakan bumbung. Apa kita perlu memikirkan peruntukanya meskipun negara kita mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk membina 3 buah atau lebih stadium baru yang serba canggih?
Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, Kerajaan kita mempunyai kemampuan untuk berbelanja sebanyak mana yang perlu tanpa menunggu hasil eksport minyak dan gas mahupun cukai. Kerajaan kita juga mampu untuk berbelanja sebanyak mana yang ia mahu tanpa mengakibatkan resiko hiperinflasi. Semua ini gara-gara negara kita adalah sebuah negara monitari berdaulat.
Dalam menentukan kos pembiayaan, kita hanya perlu bertanya kepada diri kita sendiri, apakah setiap perbelanjaan Kerajaan akan:
a. Mewujudkan peluang perkerjaan yang produktif bagi orang-orang yang besar kemungkinan menganggur?
b. Membolehkan perkerja-perkerja yang baru diambil itu mendapatkan satu pendapatan yang bermakna di mana mereka boleh berbelanja balik ke dalam ekonomi negara?
c. Menambah kapasiti barangan/perkhidmatan yang diperlukan hasil dari peluang perkerjaan tersebut?
Menurut pendapat saya jika setiap perbelanjaan negara akan menjana peluang perkerjaan dan pendapatan kepada mereka-mereka yang menganggur, maka permintaan agregat akan naik. Dan jika ianya menambah kepada kapasiti yang diperlukan atau dituntut, maka tidak akan wujud inflasi. Dan seterusnya jika keluaran tersebut adalah diperlukan atau dituntut oleh semua orang, maka tidak akan wujud pembaziran.
Jestru itu, kita "perlu mempertimbangkan" jenis-jenis projek atau program pembangunan negara yang boleh meningkatkan lagi taraf pendapatan, kehidupan, sosial masyarakat serta kemajuan negara kita dan bukanya "perlu mempertimbangkan peruntukan".