Banyak orang suka gigiran. Belum apa-apa lagi sudah terkinjat. Makin diatil makin kuat lagi gigirannya. Malah ianya menjadi sebagai bahan jenaka kepada sebilangan orang. Gigiran itu bagaikan satu budaya kepada sebilangan orang. Kenapa perkara ini dibangkitkan?
Kerana belum lama blog ini ada menyuarakan ataupun mencadangkan agar setiap rakyat dan penduduk di negara ini diberikan B$1 juta ringgit. Belum apa-apa lagi, bermacam-macam gigiran dapat dibaca dan diterima - dari harga durian hingga nasi katok B$10 sebungkus. Nda gigiran di mana tu. Itu kalau bukan gigiran ndatah tahu tu lagi. Yang lucunya tidak ada seorang yang membaca sepenuhnya akan cadangan tersebut. Cuma sekadar membaca tajuk.
Jika dibaca semula cadangan tersebut, ianya tidak mengatakan untuk Negara memberikan wang B$1 juta begitu sahaja. Cadangan tersebut mengatakan untuk Negara memberikan wang B$1 juta SETELAH rakyat dan penduduk negara berkerja 30 tahun. Tidak percaya rujuk semula di
sini. Jadinya di mana blog ini menganjurkan pemberian B$1 juta begitu sahaja??. Iatah ertinya orang mudah gigiran. Belum apa-apa sudah terkinjat.
Selain daripada itu, cadangan yang diutarakan juga memerlukan wang yang diberikan untuk dibayarkan hutang, membeli rumah dan pelaburan. Tidak ianya mengatakan, "Nah! wang kudil ambil tia duit B$1 juta ani!". Tidak adakan?!! Cadangan tidak menyuruh setiap orang di dalam negara ini untuk menjawat duit B$1 juta.
Kenapa mesti ada syarat untuk mendapatkan wang B$1 juta?
Apabila blog ini membuat cadangan ianya bukan bererti ianya cadangan hentam keromo. Setiap cadangan yang dibuat telah dikaji dan selidiki terlebih dahulu agar cadangan yang dibuat itu masuk akal dan tidak menjahanamkan negara. Sepertimana kata-kata yang terdapat di dalam blog ini, Tanpa data atau fakta, abiskita hanya seorang yang mempunyai pendapat.
Berbalik semula kepada pemberian B$1 juta dan syarat-syarat yang diberikan bersama. Tujuan setiap warga negara ini berkerja 30 tahun adalah agar tidak ada orang yang malas. Selain daripada itu ianya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti negara. Kalau ganya memberi B$1 juta seorang dengan begitu sahaja, papat kuku ani, kalau ada orang yang mahu berkerja! Dengan adanya dorongan B$1 juta ini, negara boleh sahaja mempunyai ramai perkerja. Negara boleh sahaja ada petani yang boleh memberikan setiap rakyat dan penduduk makan. Negara boleh sahaja ada guru yang membolehkan mendidik setiap anak bangsa. Negara boleh sahaja mempunyai polis yang membolehkan menjaga keselamatkan rakyat dan penduduk dari jenayah. Dan berbagai lagi perkerjaan yang boleh dilakukan oleh setiap anak bangsa demi kemajuan bangsa, agama dan negara.
Selain daripada itu dengan adanya setiap rakyat berkerja dan berusaha, ianya akan menjana pertubuhan ekonomi yang sihat dan mampan. KDNK negara boleh naik. Lihat sahaja contoh negara China. Apabila Kerajaan memobilisasi rakyatnya untuk berkerja, bukankah KDNK negara itu melonjak sampai 8~11 peratus setiap tahun. Nah bandingkan dengan negara ketika ini. Baru naik
1 peratus, semua orang bertepuk gemuruh.
Yang sedihnya semua ini, blog ini sudah memberikan fakta sebelum cadangan B$1 juta dibuat bahawa
membuat wang yang banyak tidak akan membawa inflasi. Malah cukup dengan formula matematik bahawa membuat wang itu tidak membawa inflasi. Namun masih juga orang gigiran. Masih juga orang membuat kurafat yang bukan-bukan. Masih juga ada orang percaya akan tahyul dengan membuat perbandingan seperti negara Zimbabwe.
Sebilangan orang tidak sedar bahawa negara Zimbabwe menghadapi hiperinflasi adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Di antaranya:
a. Produksi negara Zimbabwe jatuh menjunam apabila President Mugabe merampas tanah pertanian. Ini membuatkan produksi agrimakanan jatuh sehingga 80 peratus.
b. Pasarana negara Zimbabwe seperti landasan keritapi juga menghadapi krisis kerana negara tersebut gagal untuk memelihara dengan baik pasarana tersebut. Ini membuatkan kos penggankutan tinggi.
c. Zimbabwe telah mengalami kemarau yang panjang membuatkan kebanyakan hasil pertanian negara tersebut gagal.
d. Kekacauan politik dan peperangan yang dimulakan oleh Mugabe dan kaum orang putih telah membuatkan negara Zimbabwe kurang stabil. Korupsi telah menjadi-jadi.
Itulah adalah diantara faktor-faktor kenapa negara Zimbabwe mengalami hiperinflasi. Kerana kegagalan negara itu menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan membuat harga melonjak naik. Bukan kerana negara itu mencetak wang berjuta-juta! Negara sendiri pernah mengalami perkara yang serupa apabila negara telah menghadapi kekurangan bekalan bawang tidak lama dahulu. Ingat semua? Harga bawang melonjak naik sehingga ada yang sampai B$8 sekilo. Apakah itu berpunca daripada pembuatan wang yang melulu? Tidakkan!!!
Berbalik kepada analogi durian dan wang, apakah semua orang tahu bahawa kejatuhan harga durian itu bukan kerana inflasi. Tapi ianya digelar deflasi. Apabila ada kejatuhan harga barangan ianya adalah deflasi seperti mana yang terjadi kepada negara Jepun pada ketika ini. Dan ini juga menunjukan kepada semua kenapa setiap rakyat dan penduduk negara itu perlu berkerja 30 tahun agar banyak benda dan perkhidmatan dapat diungkayahkan dan harganya tidak akan melambong naik! Itu sebab kenapa orang suka melabur di negara China sebab penduduknya ramai dan tenaga kerjanya murah. Bukan pasal wang bergantang-gantang!
Seperkara juga, apabila memperkatakan pemberian wang B$1 juta, ada orang yang gigiran mengatakan bahawa harga nasi katok akan naik sampai B$10 sebungkus! Tapi buat apa dibeli nasi katok harga B$10 sebungkus. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh?. Ini boleh disamai dengan tindakan sebilangan rakyat dan penduduk yang suka berbelanja keluar negara seperti Miri dan Limbang. Kerana apa? Kerana barangan yang terjual di Limbang dan Miri adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga di dalam negara. Bayangkan minyak Buruh 5 kg. Di sini harganya B$14 sebotol di sana lebih kurang B$6~7 sebotol. Jadinya patutkah membeli nasi katok yang berharga B$10 sebungkus?
Itulah kenapa orang suka gigiran. Belum apa-apa sudah pot-pet-pit. Tidak mahu menilai dan memahami. Suka membuat andaian. Last-last diucapkan tidak pandai bersyukur. Sesungguhnya semua orang bersyukur tapi agama juga meyuruh setiap orang berusaha. Kalau tidak silap agama menyuruh semua orang berusaha dahulu dan jika usaha itu berjaya ataupun gagal, agama menuntut semua orang bersyukur. Bukan sebaliknya.
Begitu juga halnya, kenapa blog ini ada. Ianya adalah bertujuan untuk memberi wadah kepada semua lapisan masyarakat agar semua orang dapat membuat tindakan yang berasaskan kepada fakta dan data. Bukannya mengikut naluri. Kesian kalau negara mempunyai kemampuan untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat dan penduduk tetapi tidak mahu menggunakannya ataupun mengambil kesempatan dengan apa yang ada.
Renung-renungkanlah..........