Pemberitahuan tersebut merupakan satu khabar yang amat mengembirakan terutama sekali bagi mereka-mereka yang berkerja di sektor minyak dan gas. Sesungguhnya penubuhan jawatankuasa tersebut adalah satu langkah yang bijak dan bertepatan terutama sekali apabila negara sedang rancak dalam membangun industri minyak dan gasnya. Dengan adanya jawatankuasa tersebut serba sedikit ianya akan dapat mengimbangi segala ketidakadilan dalam bayaran papasan (gaji dan elaun) yang terdapat lebih-lebih lagi bagi anak bangsa Brunei.
Namun begitu di dalam keghairahan membangun sektor minyak dan gas ini, negara seakan-akan lupa dengan anak-anak bangsa yang lain yang tidak terlibat secara langsung dengan sektor minyak dan gas. Pada asasnya kesemua anak-anak bangsa Brunei yang berkerja di dalam sektor swasta dan juga informal memerlukan pembelaan dari pihak Kerajaan. Sudah tiba masanya negara untuk membuat garispandu mengenai gaji, elaun, rangka kerjaya, latihan dan kebajikan bagi semua para perkerja swasta di dalam negara.
Orang perlu akur bahawa para perkerja sektor swasta dan informal mempunyai peranan yang amat penting di dalam pembangunan negara. Tanpa mereka ini apa yang pasti ekonomi negara tidak akan bergerak dan begitu juga segala perancangan negara. Bayangkan jika negara tidak mempunyai pakar ICT, apakah negara akan mempunyai rangkaian jalur internet? Tentu tidak. Begitu juga jika tidak ada buruh pembinaan, apakah semua orang akan sanggup tinggal di dalam gua atau atas pokok kayu ataupun membina istana sangkut (cerita Do Re Mi)?
Jika dilihat dan dibandingkan dengan negara-negara luar, kebanyakan mereka sudah pun menyediakan berbagai insentif kepada para perkerja swasta seperti peraturan gaji minima. Lihat sahaja laman sesawang ini. Menurut laporan tersebut hampir 197 negara di dalam dunia ini mempunyai undang-undang ataupun peraturan mengenai gaji. Tapi di dalam negara ianya masih lagi ditahap soalan di dalam MMN dan jestru tidak mempunyai jawapan yang konkrit mengenainya.
Apa-apa pun jua jika negara mempunyai kurang berkeyakinan di dalam mengadakan peraturan gaji minima oleh kerana ditakuti akan menjejaskan pertumbuhan perniagaan di dalam negara, ianya tidak menghalang bagi negara untuk menyediakan kemudahan yang lain seperti melaratkan segala elaun dan kemudahan yang diterima oleh para perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja sawsta. Ini kerana negara mempunyai kemampuan untuk menghulurkan bantuan sedemikian dengan hanya perlu menekan beberapa kekunci di atas papan kekunci komputer.
Selain daripada itu negara perlu menimbangkan untuk tidak mengadakan pemotongan TAP dan SCP kepada mereka-mereka yang mempunyai gaji B$800 kebawah. Biarlah curaman TAP dan SCP itu ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan Kerajaan. Sesungguhnya mewajibkan mereka-mereka yang mempunyai pendapatan sedemikian adalah bagai satu penganiyaan. Bagi mereka yang terdiri di dalam golongan bergaji rendah, potongan 8.5 peratus adalah satu jumlah yang amat besar.
Ketahuilah apa-apa jua cadangan yang dikemukan ini, sesungguhnya tidak akan membawa beban negara lebih-lebih lagi kepada kedudukan kewangan negara. Segala data dan fakta sudah pun disampaikan dan dihuraikan di dalam blog ini bagi mengatasi segala kemusykilan kewangan negara. Gunakanlah kelebihan negara sebagai sebuah negara monetari berdaulat dan insyallah, segala permasalahan ketidakadilan dan penangguran akan dapat di atasi sepenuhnya.
Renung-renungkanlah...........