Sesungguhnya rakyat dan penduduk negara ini memang amat bersyukur dengan segala keistemewaan yang telah diberikan. Malah semua rakyat dan penduduk amat berterima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh negara selama ini. Namun begitu apakah dengan bersyukur sahaja negara boleh meingkatkan "keistemewaan" yang sedia ada ataupun bergerak kehadapan? Apakah jangkaan (expectation) rakyat dan penduduk yang sentiasa meningkat sehari demi sehari perlu dibendung kerana mereka perlu mensyukuri apa yang ada?
Seperti yang semua maklum kehidupan pada era ini adalah amat berbeza dengan kehidupan yang lalu. Jika dulu gaya kehidupan lebih kepada gaya layback (santai) tapi sekarang ianya tidak. Hidup sekarang lebih cendrung kepada mengejar masa. Sekarang perubahan drastik sentiasa ada sebagai contoh sahaja kes pembuangan anak-anak damit. Dulu-dulu cerita sedemikian tidak pernah masyarakat di negara ini mendengarkannya tetapi sekarang ianya sudah semacam satu budaya. Begitu juga halnya kes curi yang semaikn hari menjadi-jadi. Duduk di dalam rumah pun sudah rasa tidak selamat. Pokoknya sudah berbagai jenis penyakit moden timbul di zaman ini.
Jika itu sudah terjadi apa pula halnya dengan jangkaan rakyat dan penduduk kepada keistemewaan yang ada pada masa ini. Apakah ianya masih menepati citarasa rakyat dan penduduk?
Membangkitkan perkara ini adalah disebabkan negara sering memperkatakan mengenai Wawasan 2035 iaitu untuk menjadi 10 negara yang terbaik di dalam dunia. Akan tetapi realitinya sebilang masyarakat yang dipertanggungjawabkan mempunyai pandangan yang terbalik dan bercanggah dengan jangkaan rakyat dan penduduk negara ini. Sebagai contoh sahaja mengenai isu perkerjaan. Sering didengar mengenai rakyat dan penduduk negara ini terlalu memilih perkerjaan. Malahan ianya pernah dibangkitkan baru-baru ini apabila dipersoalkan mengenai 5,000 orang rakyat dan penduduk negara ini yang gagal untuk memperolehi perkerjaan sedangkan negara pada ketika ini mengajihi 80,000 orang rakyat asing.
Adakah 5,000 orang yang dipersoalkan itu terlalu memilih perkerjaan ataupun pendapatan yang tawarkan gagal untuk memenuhi jangkaan masyarakat untuk hidup lebih bermakna di atas bumi bertuah ini? Jika mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan menangani isu pengangguran ini mengusulkan dasar di mana negara melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh perkerja awam pada ketika ini kepada semua para perkerja swasta, apakah negara akan masih menangani isu 5,000 orang tersebut?
Begitu juga isu kemiskinan - bolehkah kemiskinan dibasmi jika negara memberikan elaun ataupun gaji kepada setiap anak-anak sekolah bermula dari peringkat pra lagi. Ataupun meluputkan sebahagian hutang bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah kewangan yang kronik? Ataupun memberikan grant perniagaan dan laluan kepada mereka-mereka yang mempunyai hasrat untuk berniaga?
Begitu juga isu kemiskinan - bolehkah kemiskinan dibasmi jika negara memberikan elaun ataupun gaji kepada setiap anak-anak sekolah bermula dari peringkat pra lagi. Ataupun meluputkan sebahagian hutang bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah kewangan yang kronik? Ataupun memberikan grant perniagaan dan laluan kepada mereka-mereka yang mempunyai hasrat untuk berniaga?
Satu saranan yang agak mengejutkan malahan diluar daripada lunas-lunas ataupun norma bernegara! Tapi tahukah bahawa semua itu boleh sahaja dilakukan tanpa ianya melumpuhkan negara. Sesungguhnya negara adalah sebuah negara monetari berdaulat. Negara boleh membiayai semua itu tanpa mengugat kedudukan kewangan negara. Malah negara tidak akan pernah jatuh muflis di dalam matawangnya sendiri meskipun sampai hari khiamat. Negara mempunyai kuasa sedemikian apabila dunia mengamalkan sistem kewangan fiat bermula 15 Ogos 1971.
Sejak tarikh tersebut semua wang yang dibuat dan terdapat di dalam dunia ini, tidak memerlukan lagi dokongan emas ataupun hasil minyak dan gas. Negara boleh sahaja membuat wang Brunei sebanyak yang mana yang diperlukan bagi menampong segala jangkaan rakyat dan penduduk negara sama ada masa ini ataupun akan datang. Negara tidak perlu membuat simpanan seperti mana sebuah isi rumah lakukan untuk berbelanja. Fahamilah kewangan negara bukan sama seperti kewangan isi rumah sejak Ogos 1971.
Renung-renungkanlah...........
Renung-renungkanlah...........