Apa kata jika negara memberikan setiap rakyat dan penduduk di negara ini B$1,000,000 dengan syarat-syarat berikut:
a. Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
b. B$1 juta hanya diberikan kepada mereka-mereka yang telah berkerja di dalam negara selama 30 tahun. Bagi mereka-mereka yang berkerja diluar negara ianya mestilah di atas keperluan negara itu sendiri.
c. Jenis perkerjaan adalah terbuka kepada apa sahaja seperti petani, nelayan, pelukis, buruh dan lain-lain. Pokoknya mestilah halal dan tidak menyelahi segala undang-undang negara sama ada sivil ataupun syariah.
d. Wang B$1 juta hanya boleh digunakan untuk membeli rumah, membayar hutang dan pelaburan.
e. Pelaburan akan diungkayahkan oleh pihak Kerajaan di mana hasil pelaburan akan dicuramkan ke dalam akuan si pelabur itu sendiri sama ada cara bulanan ataupun tahunan.
Selain daripada itu, mereka-mereka yang memperolehi pekerjaan akan menerima keistimewaan seperti berikut:
a. Pencen bulanan minima B$2,000.
b. Skim pinjaman perumahan B$150,000 dengan bayaran B$150 sebulan untuk selama 30 tahun. Baki hutang akan dipotong apabila menerima wang B$1 juta itu nanti.
c. Dan segala kemudahan yang lain seperti mana yang terdapat pada ketika ini.
Rasional bagi cadangan ini adalah seperti berikut:
a. Memberikan peluang kepada rakyat dan penduduk negara untuk menikmati hari-hari tua mereka dengan penuh bermakna lagi seperti berbuat amal kebajikan, umrah, haji dan sebagainya.
b. Memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk memperolehi perkerjaan tanpa ada monopoli oleh warga tua.
c. Mengalakan rakyat dan penduduk negara untuk lebih produktif and innovatif.
d. Memberi peluang kepada rakyat dan penduduk untuk memiliki rumah sendiri.
e. Mengurangkan jurang diantara rakyat dan penduduk negara yang mampu dan tidak mampu.
f. Memangkin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan dan berdaya saing.
f. Memangkin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan dan berdaya saing.
Renung-renungkanlah...........