Kelamarin negara telah menyambut hari antarabangsa membasmi kemiskinan buat julung-julung kalinya. Di dalam pembukaan resmi sambutan tersebut, salah seorang pegawai atasan negara telah sempat mempersoalkan mengenai kemampuan negara dalam menyediakan segala subsidi yang sedia ada dan pada waktu yang sama menyediakan sumber kewangan yang mampan untuk generasi yang akan datang. Selain daripada itu pegawai berkenaan juga berkata negara perlu menumpukan kepada rancangan pembangunan sendiri yang mengalakan mereka-mereka yang kurang bernasib baik untuk keluar dari kancah kemiskinan. Laporan penuh boleh dibaca di
sini.
Apabila mengimbas text ucapan yang dibuat, ianya telah membuatkan satu pertanyaan untuk timbul di dalam permikiran. Adakah semua orang tahu ataupun faham (sedar) apa itu wang ataupun nya orang Brunei si Matussin ani? Pada pandangan jika semua orang faham apa itu wang yang sebenarnya adalah dapat diagak jika isu kemiskinan di negara ini akan dapat di atasi sepenuhnya dan lebih-lebih lagi jika semua orang tahu bahawa wang itu adalah percuma!
Oleh itu di bawah dipaparkan beberapa gambar dan siapa boleh meneka yang mana si Matussin yang sebenar?
|
Emas - Adakah ini wang? |
|
ATM - Adakah ini wang? |
|
ETF - Adakah ini wang? |
|
Buku Hutang - Adakah ini wang? |
|
Buku Simpanan - Adakah ini wang? |
|
Note - Adakah ini wang? |
|
Kad Kredit - Adakah ini wang? |
|
Cek - Adakah ini wang? |
|
Kerbau - Adakah ini wang? |
|
Sira - Adakah ini wang? |
Susahkan hendak menentukan yang mana wang! Tapi kesemua itu adalah wang. Pilih saja yang mana mahu ataupun suka. Apa-apa pun jua adakah susah bagi sesebuah negara untuk membuat benda yang dipaparkan dan seterusnya membasmi kemiskinan?
Renung-renungkanlah.......