1%... Itulah tajuk laporan suratkhabar tempatan mengenai kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua 2012. Berita sepenuhnya boleh dirujuk di sini.
Jika diperhatikan pada setiap laporan KDNK negara yang dikeluarkan oleh pihak JPKE, memang tidak dapat dinafikan bahawa negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang positif. Namun begitu apa yang dilihat selama ini ialah kadar pertumbuhan ekonomi tersebut tidak selari dengan kadar pertumbuhan yang dikehendaki iaitu 6 peratus setiap tahun seperti yang terkandung dalam Wawasan 2035.
Sesungguhnya perkara mengenai pertumbuhan ekonomi negara ini sudah pun diagak akan pencapaiannya seperti mana yang pernah tercoret di dalam blog selama ini. Pada pandangan selagi sebilangan orang masih mempunyai tanggapan bahawa kewangan negara sama seperti kewangan isi rumah maka selagi itulah kadar pertumbuhan ekonomi negara dicapai seperti mana yang dilaporkan oleh pihak JPKE.
Akurlah bahawa untuk mendapatkan kadar KDNK yang dihasratkan, kadar pertumbuhan wang juga perlu meningkat seiring. Perbelanjaan 5 ~ 6 billion setiap tahun sudah tidak lagi memadai dan mencukupi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara kepada 6 peratus setiap tahun. Ini telah dibuktikan dengan laporan KDNK yang dikeluarkan selama ini dan juga kenyatan yang dibuat oleh Pengerusi BEDB baru-baru ini.
Jestru itu, negara perlu mengubah haluan strategi untuk mendapatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang dihajati dan sebagai langkah pertama adalah dicadangkan untuk negara memahami apa dia sebuah negara monetari berdaulat.
Renung-renungkanlah...........