Bida'ah Pertama - Wang perlu "dicap". Ini adalah kefahaman semua orang bahawa membuat wang itu perlu "dicap" ataupun dicetak. Tapi kenyataanya adalah sebaliknya. Membuat wang tak perlu dicap ataupun dicetak. Zaman sekarang wang dibuat dengan hanya menekan kekunci di atas papan kekunci komputer. Itu saja. Contoh terbaik adalah sistem TAFIS negara. Gaji ataupun pembayaran perkhidmatan tidak memerlukan wang dipaksa masuk ke dalam komputer untuk pihak Kerajaan membuat pembayaran. Sesorang hanya perlu memeriksa ke dalam mesin ATM untuk menentukan jika pembayaran telah dikreditkan ke dalam akuan.
Bida'ah Kedua - Wang itu adalah polymer. Semua orang mempunyai kepercayaan apabila menerima kertas polymer daripada sesiapa sahaja bahawa dia telah menerima wang yang sebenarnya. Tapi tahukh semua bahawa kertas polymer itu cuma resit hutang Kerajaan. Wang itu sebenarnya adalah notasi dan nombor. Makusdnya wang itu tidak boleh dicium, dipegang atau diramas-ramas oleh sesiapa pun. Ianya tidak wujud sepertimana yang disangkakan. Kurang yakin? Sekarang bayar bil letkrik dan air boleh dilakukan secara on-line - tidak memerlukan polymer untuk membayar, betul kan!
Bida'ah Ketiga - Wang adalah hasil jualan minyak dan gas. Rata-rata orang mempunyai pendapat bahawa untuk Kerajaan mempunyai wang, negara terpaksa menjual sesuatu seperti minyak. Tapi tahukan semua bahawa kepercayaan tersebut adalah lapok. Ini kerana pada 15 Ogos 1971, seluruh negara di dalam dunia ini sudah tidak lagi mengamalka sistem matawang yang berasaskan komoditi. Tidak percaya? sila rujuk di sini. Sekarang wang dunia sedang mengamalkan sistem wang fiat. Satu sistem yang berasaskan kepada akikah dan kepercayaan. Contoh terbaik, cuba buat pembayaran sayur yang dibeli di Tamu Kianggeh dengan menggunakan matawang US dollar.
Bida'ah Keempat - Wang yang banyak membawa inflasi. Kebanyakan orang mempunyai pandangan bahawa wang yang banyak membawa inflasi. Tapi tahukah semua, sampai sekarang tidak ada sebarang bukti yang kukuh menunjukan bahawa wang yang banyak boleh membawa inflasi. Contoh yang membawa banyak kemajuan dan kesenangan ada pulang. Perhatikan sahaja pada ketika ini, tanpa perbelanjaan yang banyak dibuat oleh pihak Kerajaan, inflasi negara masih juga meningkat dari sebulan ke sebulan. Sana sini orang berkunyayang pasal harga barangan dapor semakin naik.
Bida'ah Kelima - Wang perlu disimpan untuk generasi masa hadapan. Sebilangan orang begitu taksub bahawa sebuah negara perlu menyimpan wang untuk kegunaan generasi akan datang. Tapi orang tidak sedar bahawa negara adalah pengeluar utama wang. Hanya dia yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Kenapa simpan wang jika sendiri yang membuat wang tersebut? Dibuat selapas atu disimpan. Lojikah tu? Apakah generasi akan datang tidak mempunyai kepandaian untuk membuat wang mereka sendiri?
Renung-renungkanlah...........