Isnin, 13 Ogos 2012

Tertinggal Kapal Labuan...

Agak menghairankan kenapa kebanyakan orang masih mempunyai pendapat yang duit itu bukannya percuma ataupun free. Tidakah mereka tahu bahawa pada 15 Ogos 1971, dunia telah mengalami perubahan yang amat drastik. Mulai dari tarikh tersebut, dunia tidak lagi memerlukan dokongan emas untuk membuat duit. Jestru itu bagi mereka-mereka yang tertinggal kapal Labuan dan masih sangsi akan perkara yang dibentangkan sila rujuk di sini.

Berasaskan kepada fakta di atas, negara juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang telah dinyatakan. Malah negara sendiri telah menerbitkan poster mengenai tatacara Kerajaan membuat duit bagi kemudahan orang ramai untuk memahami proses pembuatan duit negara. Meskipun poster itu dibuat dan jalak-jalak terpapar, masih terdapat mereka-mereka yang buta hati untuk memahami poster tersebut lantas mereka pun tertinggal kapal Labuan.

Selain daripada itu ada sebilangan mempunyai pendapat bahawa membuat duit itu adalah sama seperti mencap atau mencetak duit. Walhal perkara yang sebenarnya, pembuatan duit itu tidak memerlukan mencap ataupun mencetak duit secara fizikal. Duit kebanyakannya dibuat secara digital ataupun dawat (buku lejar ataupun buku 555). Dengan menekan beberapa punat di atas papan kekunci komputer, duit dengan sekelip mata sudah dibuat - seperti TAFIS. Contoh terbaik adalah apabila seseorang itu menyemak baki duitnya melalui mesin ATM. Mana ada orang pernah nampak duit fizikal yang terpapar, kan?!. Yang ada pun cuma nombor dalam skrin komputer dan sekeping kertas resit. Itu pun masih juga ada yang tertinggal kapal Labuan.

Impak orang yang tertinggal kapal Labuan ini telah banyak membawa kesan yang mendalam kepada kehidupan rakyat dan penduduk negara. Dari isu kemiskinan hingga membawa kepada ESH. Dari lektrik pra bayar hingga kepada pemberian duit raya. Dan duit free menjadi susah....ini semuanya kerana gara-gara sebilangan orang tertinggal kapal Labuan.

Khamis, 9 Ogos 2012

Kawalan Harga - Cara Kita?

Semua orang tahu yang kebanyakan barang yang terjual di dalam negara, semakin hari semakin menaik. Naik gaji ataupun tidak, harga barang masih juga naiknya. Dapat durian runtuh - seperti pengeluaran ESH ataupun tidak, harga barang tetap juga naik. Perkara ini boleh dilihat sendiri dengan laporan yang dibuat oleh JPKE mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) negara - Mei 2010 sehingga Mei 2012 sahaja, IHP terutama sekali untuk makanan dan minuman telah meningkat dari 109.0 kepada 115.2.

Jadinya apabila pihak JPKE memaklumkan mengenai kawalan harga pada awal bulan lepas ianya bagaikan pucuk dicita ulam yang mendatang. Kenapa? Kerana perkara ini pernah dibangkitkan di dalam blog pada awal bulan April tahun ini di mana dalam coretan tersebut, kawalan harga merupakan salah satu cadangan yang dibuat. Sila rujuk di sini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Abdul Amin bin Haji Hashim dengan adanya kawalan harga yang dibuat, negara berharap ianya akan dapat meningkatkan lagi keyakinan para pengguna dan juga mengalakan mereka untuk membeli-belah di dalam negara.  Dengan adanya rakyat dan penduduk berbelanja di dalam negara ianya akan dapat meningkatkan suasana ekonomi negara - begitulah harapan pihak JPKE. Sila baca selanjutnya di sini.

Namun begitu apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah jangka tempoh yang diberikan dalam pengawalan harga tersebut. Menurut laporan sebelum ini, kawalan harga ini adalah sementara sahaja dan ianya akan berakhir pada hari raya nanti. Perkara ini boleh dirujuk di sini. Persoalannya, kenapa buat sementara waktu sahaja jika negara boleh melakukan kawalan harga? Selain daripada itu jika kawalan harga ini membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara kenapa ianya tidak biarkan sahaja tempohnya? Begitu juga kenapa hanya terhad sahaja barang yang dikawal?

Yang pastinya perkara kawalan harga ini membawa banyak kebaikan kepada semua pihak. Jika tidak, mana mungkin negara dan terutama sekali JPKE akan mengambil tindakan sedemikian. Tapi yang sedihnya tahu perkara itu membawa banyak keuntungan tapi ianya masih sahaja dihadkan...mmmm.

Iatah diri nda paham tu....huhuhu

Rabu, 8 Ogos 2012

ESH dan Ekonomi

Hari ini terpapar dalam suratkhabar tempatan mengenai impak pengeluaran ESH terhadap ekonomi negara baru-baru ini. Menurut laporan yang dibuat, pihak JPKE menjangkaan ada perkembangan postif terhadap perekonomian negara. Namun begitu pertumbuhan ini merupakan secara pendek sahaja dan diramalkan ekonomi negara akan menjadi sedia-kala apabila wang ESH mula susut. Laporan sepenuhnya boleh dibaca di sini.

Mmmmm....apa yang dimaklumkan oleh pihak JPKE tersebut sama seperti apa yang dicoretkan selama ini. Untuk memangkin pertumbuhan ekonomi, wang juga perlu tumbuh seiring. Oleh kerana rakyat dan penduduk negara ini tidak mempunyai kuasa untuk membuat wang Brunei maka Kerajaan terpaksa (sama ada suka ataupun tidak) membuat wang dan memberikan wang tersebut kepada rakyat dan penduduknya - melalui perkerjaan, bantuan, tender dan sebagainya.

Membaca laporan yang dibuat, apa perlu dinafikan lagi akan hubungan wang dengan ekonomi? Sesungguh negara mempunyai kemampuan untuk terus menerus serta meningkatkan pertumbuhan ekonominya tanpa perlu gusar akan kedudukan kewangan yang ada. Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara monetari berdaulat. Negara boleh membuat wangnya sendiri dan berbelanja dalam ekonominya sendiri tanpa perlu menunggu hasil jualan minyak dan gas. Semua itu boleh dilakukan sejak dunia meninggalkan standard emas pada tahun 1971.

Nah!..sekarang bayangkan sahaja jika negara memberi peluang kepada rakyat dan penduduknya untuk mempunyai wang lebih di dalam tangan mereka. Setentunya perkara ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara seperti di dalam laporan akhbar. Jestru itu bagi menentukan yang rakyat dan penduduk negara ini sentiasa mempunyai wang lebih di dalam tangan mereka, adalah disarankan untuk negara:
  • Melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh para pekerja sektor awam kepada semua pekerja sektor swasta (rakyat dan penduduk tetap sahaja).
  • Memberi gaji atau elaun kepada semua anak-anak sekolah dari peringkat pra lagi.
  • Memberi wang saku B$2,000 kepada setiap rakyat dan penduduk pada setiap tahun.
  • Mempertingkatkan lagi subsidi negara.
  • Mentiadakan potongan TAP dan SCP kepada para perkerja yang berpendapatan B$1,200 kebawah.
  • Menggurangkan cukai pendapatan kepada 10 peratus.
  • Mentiadakan cukai ke atas semua barangan import.
Pada kesimpulannya, mempunyai wang lebih seperti pengeluaran ESH baru-baru ini, telah memberikan kesan yang postif kepada ekonomi negara meskipun ianya dalam jangka masa pendek. Dan jika negara mengambil saran di atas, sudah pastinya ekonomi negara akan berkembang secara pesatnya. Negara tidak perlu menunggu 2035 untuk menjadi di antara 10 negara teratas di dunia.

Renung-renungkanlah.........

Selasa, 7 Ogos 2012

Ironi Kehidupan

Apakah ini disebabkan terlepas pandang atau kerana gagal untuk memahami kewangan negara. Itulah persoalan yang timbul apabila membaca laporan yang terdapat di dalam suratakhbar tempatan hari ini. Negara masih mempunyai sebilangan keluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan paling menyedihkan ialah apabila ada diantara mereka itu tidak mempunyai kemudahan asas seperti air bersih dan api lektrik. Berita sepenuhnya boleh di baca di sini.

Sedih itu adalah luahan rasa hati. Lebih kesal lagi apabila dikenang-kenang semula, perkara seumpama ini tidak perlu lagi timbul di dalam negara. Sebagai sebuah negara monetari berdaulat perkara kedaifan ini tidak sepatutnya masih ada dalam kamus negara. Tapi apa akan daya, sebilangan masyarakat lebih rela dan suka melihat sebilangan rakyat dan penduduknya untuk merasa kedaifan kehidupan. Malahan ada yang sudah berceramah untuk tidak terlalu meminta-minta.

Kerana gagal untuk berfikir diluar kotak (outside the box), sebilangan daripada masyarakat sanggup membiarkan negara untuk bakal kehilangan saintis, guru cemerlang dan bermacam-macam lagi. Kerana begitu taksub akan kewangan, sebilangan daripada masyarakat sanggup membiarkan sebilangan rakyat dan penduduknya untuk hidup dalam kegelapan. Kerana takut wang kehabisan, sebilangan masyarakat sanggup membiarkan setengah rakyat dan penduduknya untuk hidup dalam kepayahan.

Yang membawa tragis mengenai semua ini adalah apabila 99 peratus rakyat dan penduduk negara ini merelakan dengan apa yang telah berlaku. Mereka berasa bersyukur dengan apa yang terjadi disekeliling mereka. Malahan, ada sebilangan rakyat dan penduduk sanggup mempertahankannya dengan rasa penuh bangga akan kepincangan yang ada. Sungguh tragis.

Begitulah ironi kehidupan............

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kehidupan Tanpa Perkerjaan

Kenapa orang mahu berkerja? Dan Kenapa semua Kerajaan di dalam dunia ini menggalakan orang berkerja? Persoalan yang menarik, kan?!

Bagi kebanyakan orang, berkerja itu adalah kewajipan dan dituntut oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak berkerja bererti orang itu gagal dalam kehidupan mereka. Sering juga didengar leteran keluarga - "Belajar kuat-kuat wang/dang, sanang berluirh keraja kemudian ari!". Begitu juga iklan radio yang sering didengar menyuruh anak bangsa untuk tidak memilih perkerjaan.

Tapi apa-apa jua pun alasan yang diberikan mengenai keperluan untuk berkerja, pokok pangkalnya orang berkerja mempunyai satu tujuan - mendapatkan wang. Dengan cara berkerja seorang individu mempunyai keupayaan untuk mengumpulkan wang dan seterusnya berkeupayaan untuk mengumpulkan segala kemewahan dunia. Dengan adanya wang, seseorang boleh sahaja menbina mahligai, melancong, membeli itu dan ini, kahwin, dan sebagainya. Dengan adanya wang hampir apa sahaja yang boleh dilakukan.

Jika perkerjaan itu adalah satu kemastian dalam menjamin kualiti kehidupan, jadinya kenapa orang-orang berlumba-lumba untuk menghilangkan perkerjaan? Bingung? Berikut adalah beberapa laporan yang dibuat mengenai kepintaran manusia pada ketika ini.
SCIENTIFIC AMERICAN
Machines that think for themselves

New techniques for teaching computers how to learn are beating the experts
By Yaser S. Abu-Mostafa | June 20, 201
Machine learning is a branch of computer science that combs through data sets to make predictions about the future. It is used to identify economic trends, personalize recommendations and build computers that appear to think.
A couple of years ago the directors of a women’s clothing company asked me to help them develop better fashion recommendations for their clients. No one in their right mind would seek my personal advice in an area I know so little about—I am, after all, a male computer scientist—but they were not asking for my personal advice.
They were asking for my machine-learning advice, and I obliged. Based purely on sales figures and client surveys, I was able to recommend to women whom I have never met fashion items I have never seen. My recommendations beat the performance of professional stylists.
Advances in machine learning over the past decade have transformed the field. Indeed, machine-learning techniques are responsible for making computers “smarter” than humans at so many of the tasks we wish to pursue. Witness Watson, the IBM computer system that used machine learning to beat the best Jeopardy players in the world.
Komputer boleh befikir dan perkerjaan seorang profesional telah dapat diambil alih.
My New Scientist
Robots move into the mining business

30 July 2012 by Michael Moore and Michael Reilly
The dirty, back-breaking work of extracting minerals from the Earth is being taken over by machines. Trucks nearly as tall as three-storey buildings are a common sight rumbling through the dusty, red-hued landscape of the Pilbara region in Australia.
But look carefully at some of them: the cabs are empty of human occupants. The trucks are part of mining giant Rio Tinto’s Mine of the Future initiative. The firm is betting $500 million that robots are the future of mining.
South Africa’s famously deep gold and platinum mines are still mostly worked by people. Each day after blasting is complete, a foreman descends into the fresh tunnels, tapping the roof and listening for a hollow thud that could indicate a hanging wall is in danger of collapsing.
But entry inspections are often rushed, because miners’ pay is tied to hitting benchmarks in a timely fashion. Some 14 miners have died already this year in such “ground falls”, according to the country’s Department of Mineral Resources.
To keep miners out of harm’s way, Declan Vogt of the Council for Scientific and Industrial Research in Auckland Park, Johannesburg, South Africa, and colleagues have built a robot that can navigate the 1-metre-high tunnels on tank-like treads and scan rock faces for weaknesses with a thermal camera. “Rock that is firmly attached to its surroundings will cool more slowly than rock that is broken,” says Vogt.
When weaknesses are spotted, the robot can tap on them with a long arm, and use microphones to listen to the sound it makes. On-board neural network software trained by mine inspectors will recognise if the area is safe.
“Our vision is of a fleet of small robots doing various tasks,” including mining and hauling ore, Vogt says.
Swedish firm Sandvik has deployed a mixture of autonomous heavy equipment and robot vehicles in several mines around the world over the last few years. If all goes as planned, within the next decade some mines will be designed not to suit people, but to accommodate the needs and abilities of robots.
Ramai pekerja lombong akan selamat tapi tidak mempunyai perkerjaan.
ScienceNews
Paralyzed woman grips, sips coffee with robot arm
Human brain-computer interface enables useful movement
By Rachel Ehrenberg June 16th, 2012.

Directing a robotic arm with her thoughts, a paralyzed woman named Cathy can pick up a bottle of coffee and sip it through a straw, a simple task that she hasn’t done on her own for nearly 15 years. The technology that brought about the feat is a brain-computer interface system: A computer decodes signals from a tiny chip implanted in the woman’s brain, translating her thoughts into actions that are carried out by the robot arm.
Bayangkan jika seorang itu boleh menggunakan pemikiran mindanya untuk mengawal sebuah kilang. Perkara tersebut boleh sahaja dibuat semasa dalam bilik termenung.

Itu baru diluar negara, sekarang negara juga sedang mengikut langkah sedemikian. Kalau dulu pakai lektrik menggunakan meter sekarang sudah tidak lagi. Semua orang mesti pakai meter pra-bayar. Jadinya pembaca meter dan perkerja kaunter sudah tidak diperlukan lagi kerana perkerjaan mereka telah pun digantikan dengan kad dan komputer. Begitu juga perkerjaan kepolisan. Tidak lama lagi 110 CCTV akan dipasang diseluruh kawasan pusat bandar dan ini akan menggurangkan keperluan untuk tenaga manusia. Kalau dulu ada operator menjawab telefon sekarang mesin otomatic yang menjawabkan. Keperluan jawatan operator sudah tidak ada lagi. Nampaknya masa hadapan kebanyakan orang adalah pengangguran.

Tapi semua orang melihat pengangguran itu sebagai satu masalah. Ini kerana kebanykan orang tidak mampu untuk membayangkan sebuah dunia di mana orang tidak bekerja untuk wang. Maka, kebanyakan para pengubal dasar merangka satu plan tindakan untuk membuatkan semua orang bekerja untuk wang. Ianya seolah-olah menjadi satu moral kehidupan bahawa membuat kerja untuk wang adalah baik dan tidak bekerja untuk wang adalah buruk.

Kalau dulu, itu mungkin benar. Tetapi sekarang tidak lagi. Jestru itu negara perlu merangka rancangan untuk menjangka masa depan - membantu rakyat dan penduduk dalam mendapatkan wang tanpa perlu berkerja.

Bagaimana? Dengan menyediakan perkara yang kebiasaanya dibeli dengan wang atau dengan menyediakan wang itu sendiri.

Bayangkan akan semua perkara yang perlu dibayar sekarang - makanan, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, umrah, haji, hiburan. Bagaimana jika semua itu diberikan kepada setiap orang atau mempunyai wang untuk membayarkannya. Boleh sahaja kehidupan itu akan lebih baik dan bermakna, kan?

Suka atau tidak mengenai kenyataan ini tapi apa yang pasti manusia itu sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya sendiri. Dan setiap kemajuan itu adalah untuk mendapatkan cara yang terbaik dan termudah bagi menikmati kehidupan ini. Kalau dulu hendak pergi dari A ke B terpaksa berjalan kaki, sekarang tak perlu lagi, lambai saja, bus purple sedia membawa - janji ada wang. Oleh yang demikian berusahalah untuk memahami apa dia erti sebuah negara monetari berdaulat kerana ianya adalah pemangkin kepada kehidupan takala dunia tidak memerlukan orang untuk berkerja lagi.

Renung-renungkanlah.......................

Khamis, 2 Ogos 2012

Di Mana Kau Duit?

Nampak gayanya tidak semua penerima-penerima elaun sara hidup (ESH) merasa gembira. Menurut laporan yang dibuat oleh suratkhabar tempatan, ada sebilangan penerima langsung tidak menerima apa-apa akan hasil simpanan mereka selama ini gara-gara pemotongan tunggakan hutang kepada pihak Kerajaan. Perkara ini telah membuatkan sebilangan daripada mereka yang terlibat berasa agak terkilan dan kecewa. Perkara ini boleh dibaca selanjutnya di sini.

Membaca laporan ini telah mengingatkan kepada dua coretan yang pernah dikeluarkan di dalam blog ini. Ianya mengenai duit itu free dan apa dia ringgit Brunei. Jika difahami dengan betul kesemua duit yang terdapat di dalam dunia ini adalah free ataupun percuma. Duit sekarang ini tidak memerlukan apa-apa untuk dibuat ataupun diterbitkan. Semua ini adalah disebabkan dunia telah menggunakan sistem kewangan FIAT sejak  15 Ogos 1971. Itu adalah tarikh apabila President Nixon menamatkan kaitan wang US dengan emas.

Dengan kewangan fiat, duit boleh sahaja dibuat tanpa memerlukan sebarang dokongan kepada benda-benda yang berharga. Sekarang, duit tidak lagi memerlukan emas, minyak, gas, timah, intan atau apa-apa pun jua. Begitu juga halnya dengan wang negara. Ringgit Brunei tidak memerlukan hasil jualan minyak ataupun gas untuk dibuat. Tekan saja beberapa butang di atas papan kekunci komputer, duit sudah pun tercipta. Tak percaya, tanyakan bahagian TAFIS di Kementerian Kewangan.

Selain daripada itu, duit kertas yang sering bertukar tuan itu pun bukan duit yang sebenarnya. Seperti yang pernah dicoretkan sebelum ini, ianya hanya satu kertas atau polymer yang mengatakan si pemilik wang kertas itu mempunyai wang yang tertera di atas kertas atau polymer tersebut. Maksudnya jika wang kertas itu berwarna merah dan terulis 10 ringgit bererti si pemilik wang kertas itu mempunyai wang B$10 dalam akuan simpanan Kerajaan. Sejujurnya duit kertas itu adalah IOU Kerajaan!

Perkara ini boleh disamakan dengan pemilikikan kerita, tanah, rumah dan sebagainya. Semua pemilik tersebut itu tahu yang mereka memiliki kerita, tanah, rumah dan sebagainya dengan hanya memiliki sekeping kertas. Itu saja. DUIT ITU CUMA NOTASI PERAKUANAN dan realitinya, ia tidak dapat dipegang apatah lagi dicium-cium - seperti yang sering dilihat di kawasan-kawasan ATM..hehehe. Tak percaya - tanyakan di bahagian galleri AMBD, kemana perginya duit-duit Begawan, siri 1972, 1989 ataupun kenapa sebilangan kedai tidak mahu menerima duit yang koyak/pudar jika duit kertas itu adalah duit sebenarnya ataupun kenapa ada duit B$1,000 dalam bentuk syling?!!!!

Secara ilmiahnya, kesemua orang yang memiliki duit itu sama ada secara fizikal ataupun alam maya, sebenarnya memiliki akikah negara. Kerana semua orang ingin bernaung dan ditadbir di dalam Negara Brunei Darussalam, maka kesemua orang telah bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan. Dan untuk mentadbir negara terutama sekali dari segi aspek ekonomi maka, Kerajaan terpaksa memudahkan urusan rakyat dan penduduk negara dengan membuat duit Brunei. Itulah sebab utama kenapa tidak ada orang pernah membawa 50 ekor kerbau ke NBT untuk ditukarkan dengan sebuah kerita Toyota Prado!

Persoalanya sekarang, kenapa harus disusahkan dan dilokekkan dalam mendapatkan duit Brunei? Sayang tekala duit/usin Brunei itu masih lagi laku ianya tidak digunakan dalam membantu dan memakmurkan rakyat dan penduduk negara. Sesungguhnya raykat dan penduduk negara perlu memaksimakan penggunaan duit Brunei dalam kehidupan seharian mereka. Tiada gunanya duit Brunei itu disimpan kerana negara masih boleh sahaja membuat duit di masa hadapan. Yang penting sekarang, negara memerlukan duit yang banyak untuk mengalir ke dalam ekonomi agar sasaran KDNK negara dalam wawasan 2035 tercapai.

Renung-renungkanlah...

Rabu, 1 Ogos 2012

Membasmi Kemiskinan

Satu berita yang agak menarik telah terpapar di dalam suratkhabar tempatan mengenai hasrat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) untuk membasmi kemiskinan di dalam negara. Perkara ini telah didedahkan semalam dalam siaran media oleh pihak YSHHB. Menurut kenyataan yang dibuat oleh Penolong Pengurus Am YSHHB, Haji Musthapa bin Haji Matahir, pihak YSHHB telah menjalankan satu kajian mengenai kemiskinan di dalam negara. Sejauh ini 17 buah keluarga dari Mukim Pengkalan Batu telah dikenalpasti, menurut beliau lagi. Berita selanjutnya boleh didapati di sini.

Menyentuh mengenai kemiskinan ini, ianya telah membuka berbagai persoalan mengenai kemiskinan. Antara perkara yang dipersoalkan ialah apakah sebenarnya kemiskinan tersebut - Apakah ianya bererti tidak mempunyai wang? Apakah miskin ertinya tidak mempunyai perkerjaan? Atau, adakah miskin itu mempunyai jumlah hutang yang besar? Persoalan sedemikian perlu dihuraikan dengan lebih jelas kerana penyelesaian kemiskinan bergantung sepenuhnya kepada erti sebenar miskin itu sendiri dan juga kemampuan sesebuah organisasi ataupun individu untuk membantu.

Dalam cubaan merungkai permasalahan kemiskinan ini, telah didapati rata-rata ianya mempunyai satu tema yang sama - tidak mempunyai wang yang mencukupi di dalam tangan. Suka ataupun tidak untuk mengakui hakikat tersebut, kenyataannya orang memerlukan wang untuk keluar dari kancah kemiskinan. Perkara ini jelas dilihat apabila pihak YSHHB sendiri memberikan sedekah diantara B$200 ~ B$400 kepada setiap individu yang telah dikenalpasti miskin.

Berasakan kepada fakta ini dan juga berbalik kepada persoalan yang dikemukan sebelum ini, maka jelas kepada semua bahawa untuk menggeluarkan seseorang itu dari lembah kemiskinan adalah mudah sekali - dengan mempunyai wang yang mencukupi. Cukup bagi dirinya dan tanggongannya (jika ada) untuk menikmati kemanisan kehidupan. Mudahkan!

Namun begitu perkara ini adalah mudah bagi sebuah entiti yang bergelar monetari berdaulat seperti sebuah negara dan susah bagi yang bukan monetari berdaulat seperti YSHHB. Perbezaan di antara keduanya ialah keupayan mereka untuk menjana kewangan yang mencukupi. Sebagai sebuah negara monetari berdaulat, negara mempunyai keupayaan untuk membuat wang free pada bila-bila masa dan pada jumlah yang diperlukan. Manakala YSHHB tidak mempunyai keupayaan untuk membuat wang free kerana ketiadaan kuasa untuk berbuat demikian.

Jestru itu, negara boleh sahaja membasmi kemiskinan di dalam negara jika ianya mahu. Kalau keluarga itu tidak mempunyai wang, negara boleh berikan wang saku ataupun memberi gaji kepada semua anak-anak sekolah bermula dari peringkat pra lagi. Kalau ketua keluarga itu tidak mempunyai perkerjaan, negara boleh menjaminkan perkerjaan ataupun laratkan segala kemudahan yang diterima oleh pihak perkerja awam kepada semua perkerja swasta. Jikalau keluarga itu miskin disebabkan hutang, negara boleh melupuskan hutang tersebut sama seperti yang dilakukan dengan wang ESH baru-baru ini.....mudahkan!

Semua itu boleh negara lakukan tanpa perlu risau akan kedudukan kewangannya. Negara tidak akan pandai kehabisan wangnya meskipun sampai hari kiamat. Negara tidak akan pandai jatuh muflis di dalam matawangnya sendiri. Dan tiada siapa yang boleh melarang atau menghalang negara dalam membasmi kemiskinan di dalam negaranya sendiri.

Fikir-fikirlah.........