Khamis, 18 Oktober 2012

Jaminan Keselamatan Makanan

Menurut laporan akhbar kelmarin, negara memerlukan jaminan keselamatan makanan jangka panjang. Perkara ini disentuh oleh Timbalan SUT MIPR semasa pembukaan resmi Bengkel Applikasi Bio Teknologi di Brunei Darussalam. Menurut beliau lagi negara perlu ada strategi jangka panjang dalam membangun Bio Teknologi Pertanian Kebangsaan (National Agriculture Bio-technology) agar keupayaan dan kapasiti negara dalam sara diri pertaniaan dan pembuatan makanan  itu dapat bertahan lama. Laporan penuh dapat di baca di sini.

Dalam membaca laporan tersebut terlintas di dalam pemikiran apakah terjadi jika negara berbuat seperti berikut?

1.  Mengadakan Pertanian Kontrak. Sebagai contoh jika negara mengumumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk barang siapa mahu menanam lada hidup, negara akan membalinya dengan harga B$10 sekilo? Bolehkah itu membantu negara dalam menjamin adanya lada hidup di dalam negara secara jangka panjang?

Atau

2.  Negara meningkatkan subsidi baja, racun, banih dalam membantu para petani negara meningkatkan hasil pengeluaran pertanian mereka seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara maju pada ketika ini?

Atau 

3.  Negara melaburkan wangnya dalam sektor pertanian seperti mana negara melabor diluar negara seperti stesen lembu di Australia?

Rasanya jika negara mengambil langkah-langkah di atas, isu jaminan makanan negara tidak akan timbul. Malah ianya boleh sahaja membuatkan negara menjadi pengeluar barang makanan yang terkemuka di rantau ini. Pokoknya negara mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk berbuat apa saja jika ia mahu kerana negara adalah sebuah negara monetari berdaulat.

Renung-renungkanlah........