Dua cerita yang agak menarik perhatian terpapar di dalam suratkhabar tempatan. Kedua cerita ini mengisahkan kejadian kelembaban ekonomi dunia yang sedang melanda. Cerita pertama mengisahkan angka pengangguran di zone Euro, di mana menurut laporan yang ada pada ketika ini sejumlah 25.5 juta orang sedang menganggur. Perkara ini boleh dibaca selanjutnya di sini.
Dalam waktu yang sama, para pengusaha Asia kini sedang menghadapi kelembaban dalam pengeksportan hasil barangan mereka. Menurut laporan yang ada, kelembaban ini berpunca kepada permintaan yang berkurangan dari negara-negara Europa dan US. Berita selanjutnya boleh di baca di sini.
Bayangkan sahaja 25.5 juta orang tidak mempunyai perkerjaan di negara-negara Europa. Itu baru negara EU, sementara itu pula, US kini mempunyai 12.5 juta orang yang menganggur. Secara kasar, kedua-dua benua ini mempunyai 38 juta orang yang tidak mempunyai perkerjaan. Tidak perlu menjadi Albert Einstein untuk memikirkan kenapa eksport negara-negara Asia kini merundung.
Tapi dalam semua perkara ini, masih juga orang berpendapat bahawa perkara ini boleh diatasi dengan melakukan penghematan berbelanja. Tak percaya?! Baca sahaja laporan ini, ini, ini, ini. Siumankah tu? Jestru itu apabila membaca laporan yang dibuat ianya sama seperti lagu Bangau Oh Bangau. Jika bandingkan lagu tersebut dengan apa yang sedang berlaku di dunia ini, seorang akan nampak betapa ceteknya pemikiran sebilangan manusia yang ada.
Perkara di atas boleh sahaja di atasi jika para penganggur tersebut diberikan jaminan perkerjaan ataupun wang yang mencukupi untuk mereka berbelanja. Sesungguhnya negara berdaulat mempunyai kuasa untuk membuat wang dan berbelanja demi menjana pertumbuhan ekonomi yang mantap. Tidak perlu mengharapkan wang asing (pelaburan asing) dalam membangun negara kerana matawang negara juga yang digunapakai dalam membayar tender negara, memberi gaji, membeli barangan dan bukannya wang negara asing.
Perlu diketahui sebuah negara monitari berdaulat, tidak akan pernah kehabisan wang negara. Sejak 15 Ogos 1971, pembuatan wang negara tidak lagi berasaskan kepada emas ataupun hasil jualan minyak dan gas. Zaman sekarang, hanya perlu tekan sahaja papan kekunci komputer untuk membuat wang sebanyak mana yang diperlukan dan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan.
Renung-renungkanlah...........