Berapa hari yang lepas, negara telah menganjurkan satu bengkel mengenai statistik pelaburan langsung asing atau lebih dikenali dengan Regional workshop on Foreign Direct Investment Statistic (FDIS). Dalam pembukaan resmi bengkel tersebut, salah seorang pegawai kanan kerajaan telah berkata mengenai keperluan negara-negara ASEAN mengambil langkah-langkah penting dalam merobah struktur polisi agar rantau di sini mampu menarik lebih banyak lagi pelaburan asing. Laporan selanjutnya boleh dibaca di sini.
Satu saranan yang agak menarik. Tapi yang lebih menarik perhatian ialah Kenapa dengan wang bangsa sendiri?. Apa kurangnya wang sendiri kalau dibandingkan dengan wang asing? Kenapa wang sendiri tidak dapat dilaborkan di dalam negara? Inilah soalan yang selalu bermain dalam fikiran.
Mungkin sebilangan para pembaca akan mengatakan dengan adanya pelaburan asing, negara boleh sahaja mendapatkan teknologi atau kepandaian asing yang mungkin tidak terdapat di dalam negara. Dalam erti kata yang lain, sebuah negara boleh sahaja mendapat ganjaran melalui technology transfer ataupun know-how dengan adanya pelaburan langsung asing.
Jika perkara itu benar, jadinya kenapa negara melabur B$21 juta di negeri Sabah baru-baru ini dalam projek Keningau Integrated Livestock Centre (KILC)? Apa kepandaian ataupun pertukaran teknologi negara terhadap negeri Sabah? Sejak bila negara mempunyai kelebihan dalam hal-hal ternakan ataupun pertanian?!
Apa-apa pun jua, negara boleh sahaja melabur dengan jumlah yang sama di dalam negara sendiri dalam usaha membangun industri pertanian ataupun ternakan tempatan. Pada firasat daging kerbau negara mempunyai rasa yang sama dengan daging kerbau Keningau. Andainya negara membuat pelaburan sedemikian (melabor dalam negara sendiri), negara boleh sahaja meningkatkan keupayaan dan kepasti negara dalam pengeluaran daging lebih-lebih lagi ketika negara sedang hangat mempromosi brand Halalnya. Yang lebih penting lagi, perlaburan itu walaupun kecil boleh sahaja menjana perkerjaan untuk rakyat dan penduduk negara.
Satu paradigma yang agak membingungkan. Negara disarankan untuk merobah struktur polisi agar ianya dapat menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung asing tapi dalam waktu yang sama membuat pelaboran di luar negara. Janganlah kerana kegahirahan untuk mendapatkan wang luar, negara lupa akan keupayan wangnya dalam membuat pelaburan di dalam negara sendiri.
Renung-renungkanlah..........