Banyak orang mempunyai perasaan nostalgik apabila mereka mengenangkan kisah-kisah kehidupan ditahun 50'an, 60'an dan 70'an. Kisah-kisah menarik yang disampaikan oleh datuk nenek terutama sekali mengenai kuasa pembelian mereka membuat kebanyakan orang berharap untuk perkara sedemikian dapat dihidupkan semula pada masa ini.
Tidak dinafikan mempunyai kuasa pembelian seperti zaman datuk nenek adalah satu harapan dan impian semua. Bayangkan sahaja dengan duit B$1 orang dulu boleh sahaja makan direstaurant. Duit sepuloh sen dapat membeli gula-gula sampai 5 biji. Jadinya kenapa perkara sedemikian tidak lagi terjadi ketika ini?
Secara peribadi, perkara tersebut tidak akan kembali lagi kerana banyak faktor yang menghalang ianya terjadi semula. Lagipun, persoalan pertama yang terbit ialah, berapa ramai penduduk di zaman tersebut mempunyai wang B$1 dalam kocek seluarnya. Zaman dulu melihat B$1 bagaikan satu anugerah. Kenapa? Kerana tidak ramai orang yang mempunyai wang sebanyak sedemikian. Tapi kalau duit 5 sen atau 1 sen, adalah perkara lumrah.
Seperkara juga dalam mengupas kisah di atas, kebanyakan orang lupa akan beberapa faktor yang mengubah kuasa pembelian zaman dulu dengan sekarang. Di antara ialah:
- Pertumbuhan Penduduk - Jika dilihat pada tahun 50'an, 60'an dan 70'an, keramaian penduduk negara, kalau diikut kata perambahan, boleh dikira dengan jari. Jumalah penduduk negara pada ketika itu adalah kecil jika dibandingkan dengan sekarang. Kini jumlah penduduk negara ini sudah hampir mencecah setengah juta orang. Setentunya perkara ini memberi tekanan kepada barangan serta kemudahan yang ada kerana banyak mulut perlu diberi makan, tubuh diberi pakai, otak diisi dengan ilmu dan sebagainya. Berpandukan kepada hukuman asas supply and demand, pastinya harga tidak dapat dipertahankan seperti dizaman lampau.
- Innovasi - Setiap tahun bermacam-macam innovasi manuisa dicipta dan digunakan setiap masa. Sebagai contoh kalau zaman dulu hampir semua orang terdapat transisitor radio tapi sekarang hampir setiap rumah mempunyai Astro. Oleh sebab ada orang yang mencipta benda tersebut, maka untuk mendapatkannya, orang terpaksa membayar lebih. Cari tia jika ada orang mahu mencipta sesuatu dan seterusnya memberikan kepada semua secara free of charge. Mana adakan?!!
- Ekspatasi - Selain daripada itu setiap insan di dalam dunia ini mempunyai ekspatasi dalam kehidupan mereka. Rata-rata semua orang berkeinginan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagai contoh zaman dulu darjah 5 sudah boleh menjadi guru tapi sekarang ianya memerlukan sekurang-kurangnya segulung ijazah. Dan di atas usaha untuk mendapatkan kelulusan tersebut, orang mempunyai ekspatasi untuk mendapatkan gaji yang agak lumayan. Begitu juga halnya dengan para penggusaha, mereka mempunyai ekspatasi untuk mendapatkan keuntungan lebih kerana mereka perlu berkerja keras untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang dimahukan.
- Masa - Dari apa yang dihuraikan di atas, masa memainkan peranan besar dalam kuasa pembelian. Seperti yang dikatakan sebelum ini, fitrahnya manusia ialah mempunyai kehidupan yang senang. Ini boleh dilihat dari aktiviti-aktiviti orang pada ketika ini. Sekarang ini, mana ada orang yang mahu mencuci pakaian dengan menyintalnya ditepi sungai. Zaman sekarang orang pakai mesin basuh otomatik. Kenapa? Kerana orang mahu jimatkan masa dan senang. Begitu juga halnya dalam hal seperti perkahwinan. Kalau zaman dulu satu kampong bermucang-mucang untuk mengadakan majlis perkahwinan - dari membuat kem kahwin hingga memasak akan tetapi sekarang orang lebih gemar pakai catering dan kem sewa ataupun sewa dewan. Kerana kenapa? Mahu jimat masa dan senang. Dan untuk jimat masa dan mendapatkan kesenangan orang perlu membayar lebih. Tak percaya, cuba tia order katering atu dengan harga B$1 sekepala untuk 5 jenis makanan!
Jelaslah kepada semua kenapa kisah dulu itu tidak dapat dikembalikan lagi. Meskipun semua orang berkeinginan untuk mendapatkan tapi ianya adalah satu perkara yang agak mustahil. Lainlah halnya jika semua orang mahu meninggalkan astronya dan pakai radio transistor, meninggalkan keritanya dan berjalan kaki sahaja, meninggalkan perkerjaanya sekarang dan mula bercucuk tanam dan memburu, menanggalkan pakaiannya dan mula pakai kain pelikat. Jika itu semua orang lakukan maka zaman nostalgik bolehlah dikembalikan semula.
Sebenarnya kuasa pembelian pada zaman ini adalah meningkat jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang. Sekarang serba-serbinya sudah ada. Kalau dulu hanya ada buku 555 sekarang sudah ada iPad. Kalau dulu kerita tak ada air-con sekarang kerita sudah ada dvd, tv, stereo, rim 21", exhaust besar dan sebagainya. Kalau dulu rumah beratapkan rumbia berdindingkan kajang sekarang rumah beratapkan tile dan berdindingkan batu-bata.
Jadinya apa yang perlu dibuat sekarang adalah untuk meningkatkan lagi kuasa pembelian yang ada dan langkah pertama adalah dengan memahami apa ertinya menjadi sebuah negara monetari berdaulat.
Renung-renungkanlah.........