Membaca satu laporan suratkhabar tempatan mengenai usaha sebilangan masyarakat negara ini dalam membasmi kemiskinan baru-baru ini adalah amat disanjung. Sesungguhnya dengan adanya usaha sedemikian dapatlah kiranya hasrat KDYMM untuk melihat negara ini bebas daripada isu kemiskinan, kefakiran dan kedaifan. Berita selanjutnya boleh dibaca sepenuhnya di sini.
Namun begitu apabila membaca sepenuhnya laporan yang dibuat ianya telah membuatkan terfikir adakah mereka-mereka yang terlibat dalam kajian itu tahu apa punca sebenar kenapa sebilangan orang di negara ini menjadi miskin dan fakir? Apakah sebilangan orang memang mahu menjadi miskin dan daif? Kenapa perkara ini dibangkitkan?
Menurut laporan yang ada, sebilangan belia-belia yang ditemui dalam kemiskinan mempunyai hasrat yang tinggi untuk berkerja. Jestru itu, para pengkaji berhasrat untuk membantu belia-belia yang berkenaan dengan memberikan peluang kepada mereka dalam meningkatkan kelulusan dan kemahiran mereka. Selain daripada itu bagi warga tua, para pengkaji itu pula bercadang untuk memberikan bantuan kepada warga tua ini dalam memulakan perusahaan ataupun perniagaan.
Jika diteliti daripada laporan dan cadangan yang dibuat oleh para pengkaji tersebut, satu perkara yang sama telah timbul - kesemua mereka-mereka yang miskin ini tidak mempunyai wang! Jikapun ada, aliran kewangan mereka adalah amat terhad. Ya, mereka-mereka yang miskin ini adalah sebenarnya kapih antap!!!!...Mereka-mereka ini memerlukan wang yang mencukupi di dalam tangan mereka untuk mereka keluar dairpada kepumpongan kemiskinan. Itu saja.
Jadinya, apakah dengan meningkatkan kelulusan dan kemahiran ataupun menyuruh mereka-mereka yang miskin ini untuk berniaga ataupun membuat perusahaan mampu memberikan wang yang mencukupi ke dalam tangan mereka? Apakah cadangan yang dikemukan merupakan cadangan yang terbaik?!!
Memandangkan negara adalah sebuah negara monetari berdaulat dan secara faktanya tidak akan pernah kehabisan wang Brunei meskipun sampai hari kiamat, apa kata jika negara:
a. Melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh para perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja swasta?! Bolehkah itu memberikan peluang perkerjaan yang lebih menarik dan memberikan pulangan yang lebih bermakna kepada mereka-mereka yang miskin!!
Memandangkan negara adalah sebuah negara monetari berdaulat dan secara faktanya tidak akan pernah kehabisan wang Brunei meskipun sampai hari kiamat, apa kata jika negara:
a. Melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh para perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja swasta?! Bolehkah itu memberikan peluang perkerjaan yang lebih menarik dan memberikan pulangan yang lebih bermakna kepada mereka-mereka yang miskin!!
b. Memberikan gaji ataupun elaun kepada semua anak-anak di dalam negara ini untuk bersekolah bermula dari peringkat pra hingga ketahap kedoktoran. Bolehkah itu membuatkan setiap ibu-bapa yang miskin untuk memastikan anak-anak mereka akan terus duduk dalam darjah untuk belajar dan seterusnya memperolehi kelulusan dan kemahiran yang dikehendaki oleh negara!!
c. Kepada warga tua, pencen tua mereka yang diterima pada ketika ini dinaikan kepada B$1,000 seorang? Bolehkah itu membuatkan sebilangan warga tua dan emas untuk menikmati hari-hari tua mereka dengan penuh bermaruah (dignity), aman dan selesa!!
Isu kemiskinan di dalam negara tidak akan pandai habis jika sebilangan masyarakat hanya menumpukan perhatian kepada sebab-sebab dan bukan kepada punca asas kemiskinan. Begitu juga halnya jika penyelesaian yang dikemukan hanya tertumpu kepada penyelesaian sebab-sebab kemiskinan. Hakikatnya, orang miskin, fakir, daif adalah kerana mereka tidak mempunyai wang ataupun mempunyai aliran kewangan yang terhad. Cara terbaik untuk menghapuskan kemiskinan, kefakiran dan kedaifan adalah dengan memberikan wang yang diperlukan. Itu saja.
Renung-renungkanlah.........