Ketua IMF, Christine Lagarde |
Baru-baru ini, pihak IMF telah mengeluarkan forecast atau jangkaan mereka mengenai pertumbuhan ekonomi dunia. Menurut laporan yang dibaca, IMF telah memotong jangkaan mereka mengenai pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun ini dari 3.5 peratus pada bulan Julai 2012 kepada 3.3 peratus. Sebelum ini pada bulan April, IMF telah menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 3.5 peratus di mana sebelum itu lagi pada bulan Januari 2012, IMF menjangkakan pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus. Semua jangkaan ini boleh dirujuk di sini dan sini.
Tapi tahukan semua bahawa semua jangkaan IMF tersebut SELALUNYA salah! Perkara ini bukan sekali, malah sekian lamanya kesemua jangkaan IMF tersebut adalah salah dan sentiasa berubah-ubah. Tak percaya? Abiskita boleh membaca kenyataan di atas atau mengoggle dan baca segala laporan yang IMF keluarkan selama ini. Yang sarunya, setiap kali jangkaan dibuat ianya masih juga digunapakai oleh setengah pihak. Yang hairan bin ajaibnya juga, pihak IMF masih juga tidak segan silu untuk mengeluarkannya. Macam tidak berdosa saja.
Selain daripada itu juga setiap kali IMF mengeluarkan jangkaan mereka, berbagai saranan dan rekomendasi ataupun langkah-langkah pembaikan turut diberikan bagi meluruskan kepada dunia. Dan apa yang diperhatikan, setiap kali itu juga saran tersebut gagal untuk memperbetulkan jangkaan IMF yang akan datang. Apanya perambahan orang Brunei,...balik-balik jua salahnya. Bukankah itu satu perkerjaan atau usaha yang sia-sia dan bodoh?!!.
Tapi apa-apa pun jua, satu perkara yang BETUL dan BENAR ialah segala kenyataan dan saran serta langkah-langkah yang perlu diambil yang dikeluarkan oleh IMF selama ini, adalah SALAH dan ianya tidak menepati akan realiti kehidupan. Saran-saran yang dianjurkan oleh IMF seperti penjimatan (austerity), pengurangan subsidi ataupun kebajikan, reformasi kewangan dan sebagainya tidak membawa sebarang kemajuan ataupun peningkatkan kepada ekonomi yang sebenar. Sebaliknya ianya telah mengakibatkan banyak penderitaan kepada sebilangan penduduk dunia. Lihat sahaja negara-negara yang mengikuti saran dan program IMF.
Jika diperhatikan IMF
adalah sebuah badan dunia yang mempunyai tanggungjawab terutama sekali
dalam memberi tunjuk arah perjalanan ekonomi. Sudah setentunya mana-mana
negara di dalam dunia ini akan merujuk kepada IMF dalam
menentukan hala tuju perkembangan ekonomi mereka. Lagi pun keahlian
untuk ikut dalam IMF adalah berbayar. Setentunya khidmat yang diberikan
oleh pihak IMF mestilah berbaloi dengan yuran yang dibayar. Akan tetapi
jika jangkaan yang dikeluarkan itu sentiasa salah, apakah ianya
berbaloi? Macam mana sebuah negara membuat perancangan mereka jika
data-data yang dikeluarkan oleh IMF sentiasa bercanggah dan salah?!!
Renung-renungkanlah.....
Renung-renungkanlah.....