Khamis, 27 September 2012

Sangat Suka

Membaca satu berita hari ini di dalam suratkhabar tempatan, membuatkan hati ini tersangat suka. Manakan tidak, ada orang luar yang mahu menerima duit Brunei dan sebagai imbalannya, orang luar ini sanggup untuk membina sebuah jambatan merentangi Sungai Brunei. Mengikut laporan yang dibuat, orang luar ini amat berharap jika mereka dipilih untuk membuat jambatan tersebut. Perkara ini boleh dibaca di sini.

Bayangkan sahaja negara akan mendapatkan satu aset yang sebenar - jambatan yang mana akan membawa bermacam-macam kesenangan kepada rakyat dan penduduk di negara ini, manakala sipembuat jambatan itu pula akan menerima wang fiat Brunei sebagai tanda terima kasih negara. Hebatkan, ada orang berkarih kan datang ke Brunei gara-gara mempunyai keinginan untuk mengumpul wang Brunei.

Yang lebih hebatnya mengenai semua ini adalah negara tak perlu buat apa-apa. Cuma tekan sahaja beberapa kunci di atas papan kekunci komputer, wang boleh dibuat dan berpindah tangan dengan sekelip mata. Pokoknya, negara tidak akan melihat orang cuba untuk memasukan wang kertas ke dalam komputer untuk dihantar ke luar negara. Orang ramai tidak akan melihat, kerita kebal G4S berderet-deret di lapangan terbang untuk menghantar wang ke luar negara. Tekan saja beb!

Alangkah baiknya jika semua orang faham akan perkara ini. Jika mereka mengetahuinya kelebihan membuat wang melalui komputer, pasti negara akan mempunyai LRT yang serba canggih. Negara akan mampu menrealisasikan Masterplan BSB tanpa sebarang sunggutan mengenai kewangan. Negara boleh sahaja membina akuarium negara sebagai tarikan pelancongan tanpa perlu terkial-kial mencari wang. Oh, alangkah moleknya jika semua orang yakin dengan matawang negara.

Renung-renungkanlah.............