Sabtu, 27 Oktober 2012

Fakir Dan Miskin, Kenapa?

Membaca satu laporan suratkhabar tempatan mengenai usaha sebilangan masyarakat negara ini dalam membasmi kemiskinan baru-baru ini adalah amat disanjung. Sesungguhnya dengan adanya usaha sedemikian dapatlah kiranya hasrat KDYMM untuk melihat negara ini bebas daripada isu kemiskinan, kefakiran dan kedaifan. Berita selanjutnya boleh dibaca sepenuhnya di sini.

Namun begitu apabila membaca sepenuhnya laporan yang dibuat ianya telah membuatkan terfikir adakah mereka-mereka yang terlibat dalam kajian itu tahu apa punca sebenar kenapa sebilangan orang di negara ini menjadi miskin dan fakir? Apakah sebilangan orang memang mahu menjadi miskin dan daif? Kenapa perkara ini dibangkitkan?

Menurut laporan yang ada, sebilangan belia-belia yang ditemui dalam kemiskinan mempunyai hasrat yang tinggi untuk berkerja. Jestru itu, para pengkaji berhasrat untuk membantu belia-belia yang berkenaan dengan memberikan peluang kepada mereka dalam meningkatkan kelulusan dan kemahiran mereka. Selain daripada itu bagi warga tua, para pengkaji itu pula bercadang untuk memberikan bantuan kepada warga tua ini dalam memulakan perusahaan ataupun perniagaan.

Jika diteliti daripada laporan dan cadangan yang dibuat oleh para pengkaji tersebut, satu perkara yang sama  telah timbul - kesemua mereka-mereka yang miskin ini tidak mempunyai wang! Jikapun ada, aliran kewangan mereka adalah amat terhad. Ya, mereka-mereka yang miskin ini adalah sebenarnya kapih antap!!!!...Mereka-mereka ini memerlukan wang yang mencukupi di dalam tangan mereka untuk mereka keluar dairpada kepumpongan kemiskinan. Itu saja.

Jadinya, apakah dengan meningkatkan kelulusan dan kemahiran ataupun menyuruh mereka-mereka yang miskin ini untuk berniaga ataupun membuat perusahaan mampu memberikan wang yang mencukupi ke dalam tangan mereka? Apakah cadangan yang dikemukan merupakan cadangan yang terbaik?!!

Memandangkan negara adalah sebuah negara monetari berdaulat dan secara faktanya tidak akan pernah kehabisan wang Brunei meskipun sampai hari kiamat, apa kata jika negara:

a.  Melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh para perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja swasta?! Bolehkah itu memberikan peluang perkerjaan yang lebih menarik dan memberikan pulangan yang lebih bermakna kepada mereka-mereka yang miskin!!

b.  Memberikan gaji ataupun elaun kepada semua anak-anak di dalam negara ini untuk bersekolah bermula dari peringkat pra hingga ketahap kedoktoran. Bolehkah itu membuatkan setiap ibu-bapa yang miskin untuk memastikan anak-anak mereka akan terus duduk dalam darjah untuk belajar dan seterusnya memperolehi kelulusan dan kemahiran yang dikehendaki oleh negara!!

c.  Kepada warga tua, pencen tua mereka yang diterima pada ketika ini dinaikan kepada B$1,000 seorang? Bolehkah itu membuatkan sebilangan warga tua dan emas untuk menikmati hari-hari tua mereka dengan penuh bermaruah (dignity), aman dan selesa!!

Isu kemiskinan di dalam negara tidak akan pandai habis jika sebilangan masyarakat hanya menumpukan perhatian kepada sebab-sebab dan bukan kepada punca asas kemiskinan. Begitu juga halnya jika penyelesaian yang dikemukan hanya tertumpu kepada penyelesaian sebab-sebab kemiskinan. Hakikatnya, orang miskin, fakir, daif adalah kerana mereka tidak mempunyai wang ataupun mempunyai aliran kewangan yang terhad. Cara terbaik untuk menghapuskan kemiskinan, kefakiran dan kedaifan adalah dengan memberikan wang yang diperlukan. Itu saja.

Renung-renungkanlah.........

Jumaat, 19 Oktober 2012

Pelaburan Langsung Asing

Berapa hari yang lepas, negara telah menganjurkan satu bengkel mengenai statistik pelaburan langsung asing atau lebih dikenali dengan Regional workshop on Foreign Direct Investment Statistic (FDIS). Dalam pembukaan resmi bengkel tersebut, salah seorang pegawai kanan kerajaan telah berkata mengenai keperluan negara-negara ASEAN mengambil langkah-langkah penting dalam merobah struktur polisi agar rantau di sini mampu menarik lebih banyak lagi pelaburan asing. Laporan selanjutnya boleh dibaca di sini.

Satu saranan yang agak menarik. Tapi yang lebih menarik perhatian ialah Kenapa dengan wang bangsa sendiri?. Apa kurangnya wang sendiri kalau dibandingkan dengan wang asing? Kenapa wang sendiri tidak dapat dilaborkan di dalam negara? Inilah soalan yang selalu bermain dalam fikiran.

Mungkin sebilangan para pembaca akan mengatakan dengan adanya pelaburan asing, negara boleh sahaja mendapatkan teknologi atau kepandaian asing yang mungkin tidak terdapat di dalam negara. Dalam erti kata yang lain, sebuah negara boleh sahaja mendapat ganjaran melalui technology transfer ataupun know-how dengan adanya pelaburan langsung asing.

Jika perkara itu benar, jadinya kenapa negara melabur B$21 juta  di negeri Sabah baru-baru ini dalam projek Keningau Integrated Livestock Centre (KILC)? Apa kepandaian ataupun pertukaran teknologi negara terhadap negeri Sabah? Sejak bila negara mempunyai kelebihan dalam hal-hal ternakan ataupun pertanian?!

Apa-apa pun jua, negara boleh sahaja melabur dengan jumlah yang sama di dalam negara sendiri dalam usaha membangun industri pertanian ataupun ternakan tempatan. Pada firasat daging kerbau negara mempunyai rasa yang sama dengan daging kerbau Keningau. Andainya negara membuat pelaburan sedemikian (melabor dalam negara sendiri), negara boleh sahaja meningkatkan keupayaan dan kepasti negara dalam pengeluaran daging lebih-lebih lagi ketika negara sedang hangat mempromosi brand Halalnya. Yang lebih penting lagi, perlaburan itu walaupun kecil boleh sahaja menjana perkerjaan  untuk rakyat dan penduduk negara.

Satu paradigma yang agak membingungkan. Negara disarankan untuk merobah struktur polisi agar ianya dapat menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung asing tapi dalam waktu yang sama membuat pelaboran di luar negara. Janganlah kerana kegahirahan untuk mendapatkan wang luar, negara lupa akan keupayan wangnya dalam membuat pelaburan di dalam negara sendiri.

Renung-renungkanlah..........

Khamis, 18 Oktober 2012

Jaminan Keselamatan Makanan

Menurut laporan akhbar kelmarin, negara memerlukan jaminan keselamatan makanan jangka panjang. Perkara ini disentuh oleh Timbalan SUT MIPR semasa pembukaan resmi Bengkel Applikasi Bio Teknologi di Brunei Darussalam. Menurut beliau lagi negara perlu ada strategi jangka panjang dalam membangun Bio Teknologi Pertanian Kebangsaan (National Agriculture Bio-technology) agar keupayaan dan kapasiti negara dalam sara diri pertaniaan dan pembuatan makanan  itu dapat bertahan lama. Laporan penuh dapat di baca di sini.

Dalam membaca laporan tersebut terlintas di dalam pemikiran apakah terjadi jika negara berbuat seperti berikut?

1.  Mengadakan Pertanian Kontrak. Sebagai contoh jika negara mengumumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk barang siapa mahu menanam lada hidup, negara akan membalinya dengan harga B$10 sekilo? Bolehkah itu membantu negara dalam menjamin adanya lada hidup di dalam negara secara jangka panjang?

Atau

2.  Negara meningkatkan subsidi baja, racun, banih dalam membantu para petani negara meningkatkan hasil pengeluaran pertanian mereka seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara maju pada ketika ini?

Atau 

3.  Negara melaburkan wangnya dalam sektor pertanian seperti mana negara melabor diluar negara seperti stesen lembu di Australia?

Rasanya jika negara mengambil langkah-langkah di atas, isu jaminan makanan negara tidak akan timbul. Malah ianya boleh sahaja membuatkan negara menjadi pengeluar barang makanan yang terkemuka di rantau ini. Pokoknya negara mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk berbuat apa saja jika ia mahu kerana negara adalah sebuah negara monetari berdaulat.

Renung-renungkanlah........

Rabu, 17 Oktober 2012

Bibiran

Sebelum ini ada dicoretkan mengenai kisah ekonomi UK di mana dasar-dasar ekonomi yang telah diambil gagal untuk memangkin ataupun menjana pertumbuhan ekonomi yang dikehendaki. Untuk membaca ulasan selanjutnya sila rujuk di sini. Nampaknya apa yang dicoretkan itu telah "disahkan" dengan satu laporan akhbar hari ini. Laporan tersebut telah mengesahkan bahawa segala pemotongan belanjawan dan juga peningkatan cukai telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi UK. Perkara ini boleh dirujuk di sini.

Jelaslah, apa yang telah menjadi bibiran selama ini telah menunjukan kesahihannya. Bukan sekali atau dua perkara ini bangkitkan, malah sudah beberapa kali laporan akhbar yang dipaparkan menunjukan bahawa pengurangan ataupun "karitkan" duit itu tidak akan pernah membawa sebarang impak seperti mana yang dihasratkan. Malahan sebaliknya yang bakal terjadi. Jestru itu yakinlah dengan matawang negara untuk membangun negara, agama dan bangsa. A growing economy needs a growing supply of money....maka rebutlah peluang yang telah diberikan.

Selasa, 16 Oktober 2012

Si Matussin Jua Akhirnya.....

Dua tajuk akhbar yang menarik perhatian dan perlu menjadi renungan para pembaca semua.

IMF: We got effect of austerity wrong
Tuesday, October 09, 2012

The IMF has admitted it completely underestimated the effects of austerity on the Irish economy and believed the tax increases and spending cuts would not have cost so many jobs.

The revelation comes in three pages of academic analysis tucked away in the body’s annual report being released in Tokyo today where the IMF and the World Bank are holding their annual congress...
 
Tuesday, October 16, 2012
 
MOST instances of domestic violence in Brunei are the result of money woes, said Assistant Superintendent of Police (ASP) Mariyani Hj Abdul Wahab (pic).

"(The) number one cause of domestic violence in Brunei is financial difficulty,' the head of the Royal Brunei Police Force's Women and Child Abuse Investigations Unit said at the 32nd Asian and Pacific Conference of Correctional Administrators recently.......

Ahad, 14 Oktober 2012

Wang Dan Inflasi - Adakah Ianya Kurafat Atau Yang Benar?

Sudah sekian lama blog ini mencoretkan berbagai rencana mengenai perjalanan ekonomi negara. Selain daripada itu berbagai fakta dan data telah diberikan dalam mengkukuhkan perhujaan yang dibuat lebih-lebih lagi dalam isu pembuatan wang atupun duit. Namun begitu apa yang telah didapati masih juga terdapat sebilangan orang yang mempunyai tangapan bahawa pembuatan wang seperti mana yang ditulis dalam blog ini boleh sahaja menyebabkan inflasi kepada negara. Yang hebatnya tangapan sedemikian tidak bersandarkan dengan apa-apa fakta ataupun data tapi cuma bersandarkan dengan firasat ataupun naluri.

Sejujurnya tanggapan mengenai pembuatan wang boleh membawa inflasi itu adalah salah. Bukan cara sedemikian inflasi itu boleh terjadi. Tak perlu melangkah jauh, lihat sahaja persekitaran negara pada ketika ini, tanpa pengeluaran wang yang banyak pun oleh pihak Kerajaan, inflasi masih boleh sahaja terjadi. Sana-sini orang merunggut mengenai kenaikan harga yang berlaku hampir setiap masa.

Melalui prespektif ekonomi, Kurafat mengenai "pertumbuhan wang ==> inflasi" ini berdasarkan kepada formula persamaan pertukaran (equation of exchange), iaitu:

MV = Py  yang mana,

M - adalah bekalan wang,
V - halaju wang (atau bilangan purata setiap kali wang dibelanjakan dan digunakan),
P - purata harga barangan dan perkhidmatan, dan
y - kuantiti jumlah semua barangan dan perkhidmatan yang dijual pada tempoh masa yang dimaksudkan.

Sebagai contoh, jika terdapat 100 barangan dan perkhidmatan yang dijual dengan harga B$10 setiap satu (secara purata), ini bermakna sejumlah B$1000 - nilai transaksi telah berlaku. Oleh itu, jika terdapat 200 keping wang satu  ringgit dalam ekonomi tersebut, bererti setiap keping wang kertas tersebut telah digunakan sebanyak 5 kali ("halaju" wang, atau berapa cepat ianya telah dibelanjakan setiap kali).

MV = Py

200 x 5 = 10 x 100

Adalah penting untuk difahami di sini bahawa apa yang telah dipaparkan di atas tidak sedikitpun menjadi kontroversi. Setiap pakar ekonomi bersetuju dengan formula asas MV = Py tersebut. Percangahan hanya timbul apabila beberapa andaian tambahan (additional assumptions) dibuat mengenai sifat setiap komponen yang ada dalam formula tersebut. Sebagai contoh, kalau dilihat melalui perspektif "pertumbuhan wang ==> inflasi" (seperti mana sangkaan kebanyakan orang) - andaian telah dibuat kepada setiap komponen yang terdapat dalam formula itu seperti berikut:

M - Wang mudah ditakrifkan dan dikenalpasti dan hanya bank pusat sahja yang boleh mengawal bekalan, di mana ianya boleh dilakukan dengan secara autonomi dan ketepatan.

V - halaju wang itu berkaitan dengan tabiat manusia dan struktur sistem kewangan. Oleh itu, ia agak berterusan (relatively constant).

P - suasana ekonomi yang begitu kompetitif sehingga tidak ada firma mahupun pekerja mempunyai kebebasan untuk menukar apa yang mereka boleh mengenakan bayaran untuk barangan dan perkhidmatan mereka tanpa adanya perubahan kepada kuasa asas yang memandu bekalan dan permintaan dalam pasaran mereka.

y - Ekonomi dengan secara automatiknya cenderung kepada full employment dan dengan itu y (jumlah barangan dan perkhidmatan yang sedia ada) adalah besar pada bila-bila masa sahaja yang diberikan (meskipun ianya hanya akan tumbuh dari masa ke masa).

Sekarang mari lihat sekali lagi contoh matematik tadi:

MV = Py

200 x 5 = 10 x 100

Pertimbangkan akan segala andaian yang telah dibuat mengenai setiap komponen yang ada dalam formula tersebut. P tidak boleh menukar dengan sendirinya, y sudah pun sebesar mana ia mungkin berpandukan kepada teknologi  dan sumber semasa, dan V adalah malar (constant). Hanya M sahaja yang boleh berubah dalam jangka yang pendek dan secara logiknya ianya boleh dianggap sebagai titik permulaan bagi sebarang turun naik (fluctuation) yang bakal diperkenalkan. Tambahan pula, mengikut andaian awal, hanya bank pusat atau dalam kes negara kita, AMBD sahaja mempunyai kuasa untuk (sebagai contoh) menggandakan bekalan wang dengan sesuka hati.

Sekarang apa yang berlaku jika M digandakan dari 200 kepada 400?

MV = Py

400 x 5> 10 x 100

Jelas di sini terdapat masalah di mana formula matematik itu tidak lagi seimbang. Jadinya untuk menyelesaikan permasalahan sedemikian salah satu daripada tiga komponen di dalam formula tersebut  perlu berubah (diandaikan M tidak dikembalikan semula ke 200):

1. y boleh meningkat kepada 200, tetapi tidak dapat kerana ia sudah berada ditahap maksimum seperti andaian yang dibuat diatas;

2. V boleh jatuh kepada 2.5, tetapi ia adalah malar (constant) seperti andaian yang dibuat di atas;

3. Jadinya secara lojiknya hanya P sahaja yang boleh meningkat kepada 20 untuk mengimbangi kembali formula tersebut.

MV = Py

400 x 5 = 20 x 100

Kesaksamaan lagi!

Dalam erti kata yang lain tanggapan "pertumbuhan wang ==> inflasi" itu adalah betul - harga mesti naik!!! Mari semak semula kenapa P secara lojiknya menjadi begitu.

V dan y telah diandaikan sebagai malar (constant). Menururt Milton Friedman dalam bukunya The Optimum Quantity of Money, y adalah malar pada tahap yang dikaitkan dengan kadar pengangguran semula jadi (natural rate of unemployment), manakala V secara tidak langsung berkaitan dengan permintaan agen untuk wang tunai. Apabila ada orang mahu untuk memegang lebih banyak wang, V, kadar di mana mereka menghabiskan wang tunai tersebut, secara semula jadinya akan jatuh, dan begitu juga sebaliknya. Akan tetapi, menurut Friedman, beliau menyatakan bahawa V adalah malar jestru itu begitu juga permintaan untuk wang tunai.

Oleh yang demikian, apabila AMBD menaikkan bekalan wang tunai dari 200 kepada 400, ini bermakna bahawa orang ramai akan memegang lebihan wang tunai daripada apa yang mereka inginkan dalam portfolio mereka. Di sini, pihak Kerajaan telah mewujudkan satu keadaan di mana bekalan wang (baru dibuat)  telah melebihi dari permintaan (masih pada tahap asal).

Jestru itu bagi mereka yang mempunyai tanggapan "pertumbuhan wang ==> inflasi", kelakuan Kerajaan itu (menambah wang) akan membuatkan orang membuang lebihan wang tunai tersebut dengan cara membelanjakannya. Mereka berharap untuk membeli lebih banyak lagi barangan dan perkhidmatan akan tetapi secara agregatnya, ianya tidak wujud - mereka hanya membida harga mereka sendiri: pertumbuhan wang membawa kepada inflasi.

Itulah pandangan standard mengenai "pertumbuhan wang ==> inflasi". Ianya boleh dijadikan sebagai satu ceramah yang menarik dalam kuliah kelas makro. Tetapi masalahnya ialah selepas ceramah tersebut, orang hanya akan ingat bahawa:

meningkatkan M ==> peningkatan P

Apa kebanyakan orang lupa ialah segala andaian yang telah dibuat dalam formula matematik tersebut dan terutama sekali dalam mencapai jawapan meningkatkan M ==> peningkatan P tersebut!!!!!

Ambil y sebagai contoh. Seseorang boleh melihat dengan suasana disekelilingnya di mana pengangguran masih terdapat di sana sini. (Nota: Secara official kadar pengangguran dalam negara adalah 3.7 peratus). Oleh itu, memandangkan senario tersebut:

MV = Py

400 x 5> 10 x 100

Tidak ada sebab mengapa peningkatan M tidak boleh membawa peningkatan kepada y. Jika diperhatikan peningkatan dalam perbelanjaan boleh menyebabkan usahawan berusaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka untuk memenuhi permintaan baru. Sebagai contoh boleh dirujuk seperti di sini. Jadinya:

MV = Py

400 x 5 = 10 x 200

Disamping itu, tidak semestinya V (halaju wang) itu MESTI malar (constant). Dalam suasana ekonomi yang lembab, orang ramai akan lebih cenderung untuk memegang (meyimpan) wang tunai mereka dari terus-menerus berbelanja seperti yang dilaporakan di sini. Oleh itu, jika diandaikan bahawa AMBD melaksanakan dasar sedemikian (membuat lebih banyak wang) dalam suasan yang dimaksudkan, formula matematik boleh sahaja menjadi:

MV = Py

400 x 2.5 = 10 x 100

Ataupun ia boleh menjadi beberapa gabungan seperti peningkatan dalam y dan kejatuhan dalam V. Perhatikan bagaimana proses pembuatan andaian awal kepada pendekatan ini di mana ianya lebih realistik daripada andaian peningkatan dalam M membawa kepada peningkatan dalam P, terutama sekali dalam suasana kelembaban ekonomi.

Sebenarnya terdapat masalah dengan tangapan "pertumbuhan wang ==> inflasi" ini. Mari ingati semula andaian asal bagi M:

M - Adalah wang mudah ditakrifkan dan dikenalpasti dan hanya bank pusat boleh mengawal bekalan M di mana ianya boleh dilakukan dengan secara autonomi dan ketepatan. Tapi apakah "wang" dalam sistem kewangan modern yang berasaskan kredit? Adakah ianya kertas atau polymer yang dibawa dalam poket atau catatan elektronik 1 dan 0 dalam bank akuan ataupun baki yang tertinggal dalam kad kredit atau ianya akaun semasa dan simpanan?

Selain daripada itu pihak sektor kewangan boleh membuat dan memusnahkan wang tanpa perlu adanya campur tangan secara langsung dari pihak bank pusat. Setiap kali pinjaman dibuat, setiap kali itu juga jumlah wang akan meningkat dan apabila pinjaman dibayar balik ataupun adanya default, maka jumlah bekalan wang akan mengecut. Sama seperti pihak Kerajaan, pihak bank juga membuat wang dari thin air. Sesungguhnya pihak sektor persendirian mempunyai kuasa yang lebih dalam pengawalan M jika dibandingkan dengan pihak Kerajaan.

Begitu juga halnya dengan komponen-komponen lain seperti V dan y dimana ianya boleh sahaja berubah mengikut kehendak semasa. Jadinya, tangapan "pertumbuhan wang ==> inflasi" tidak semestinya menjadi kurafat kepada sebilangan orang. Sesungguhnya berbagai faktor lain yang boleh menyebabkan inflasi dan pembuatan wang bukanlah punca sebenarnya.

Renung-renungkanlah..............

Rabu, 10 Oktober 2012

IMF - Nujum Pak Belalang Moden

Ketua IMF, Christine Lagarde
Baru-baru ini, pihak IMF telah mengeluarkan forecast atau jangkaan mereka mengenai pertumbuhan ekonomi dunia. Menurut laporan yang dibaca, IMF telah memotong jangkaan mereka mengenai pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun ini dari 3.5 peratus pada bulan Julai 2012 kepada 3.3 peratus. Sebelum ini pada bulan April, IMF telah menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 3.5 peratus di mana sebelum itu lagi pada bulan Januari 2012, IMF menjangkakan pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus. Semua jangkaan ini boleh dirujuk di sini dan sini.

Tapi tahukan semua bahawa semua jangkaan IMF tersebut SELALUNYA salah! Perkara ini bukan sekali, malah sekian lamanya kesemua jangkaan IMF tersebut adalah salah dan sentiasa berubah-ubah. Tak percaya? Abiskita boleh membaca kenyataan di atas atau mengoggle dan baca segala laporan yang IMF keluarkan selama ini. Yang sarunya, setiap kali jangkaan dibuat ianya masih juga digunapakai oleh setengah pihak. Yang hairan bin ajaibnya juga, pihak IMF masih juga tidak segan silu untuk mengeluarkannya. Macam tidak berdosa saja.

Selain daripada itu juga setiap kali IMF mengeluarkan jangkaan mereka, berbagai saranan dan rekomendasi ataupun langkah-langkah pembaikan turut diberikan bagi meluruskan kepada dunia. Dan apa yang diperhatikan, setiap kali itu juga saran tersebut gagal untuk memperbetulkan jangkaan IMF yang akan datang. Apanya perambahan orang Brunei,...balik-balik jua salahnya. Bukankah itu satu perkerjaan atau usaha yang sia-sia dan bodoh?!!.

Tapi apa-apa pun jua, satu perkara yang BETUL dan BENAR ialah segala kenyataan dan saran serta langkah-langkah yang perlu diambil yang dikeluarkan oleh IMF selama ini, adalah SALAH dan ianya tidak menepati akan realiti kehidupan. Saran-saran yang dianjurkan oleh IMF seperti penjimatan (austerity), pengurangan subsidi ataupun kebajikan, reformasi kewangan dan sebagainya tidak membawa sebarang kemajuan ataupun peningkatkan kepada ekonomi yang sebenar. Sebaliknya ianya telah mengakibatkan banyak penderitaan kepada sebilangan penduduk dunia. Lihat sahaja negara-negara yang mengikuti saran dan program IMF.

Jika diperhatikan IMF adalah sebuah badan dunia yang mempunyai tanggungjawab terutama sekali dalam memberi tunjuk arah perjalanan ekonomi. Sudah setentunya mana-mana negara di dalam dunia ini akan merujuk kepada IMF dalam menentukan hala tuju perkembangan ekonomi mereka. Lagi pun keahlian untuk ikut dalam IMF adalah berbayar. Setentunya khidmat yang diberikan oleh pihak IMF mestilah berbaloi dengan yuran yang dibayar. Akan tetapi jika jangkaan yang dikeluarkan itu sentiasa salah, apakah ianya berbaloi? Macam mana sebuah negara membuat perancangan mereka jika data-data yang dikeluarkan oleh IMF sentiasa bercanggah dan salah?!!

Renung-renungkanlah.....

Isnin, 8 Oktober 2012

Pada Zaman Dulu Kan...

Banyak orang mempunyai perasaan nostalgik apabila mereka mengenangkan kisah-kisah kehidupan ditahun 50'an, 60'an dan 70'an. Kisah-kisah menarik yang disampaikan oleh datuk nenek terutama sekali mengenai kuasa pembelian mereka membuat kebanyakan orang berharap untuk perkara sedemikian dapat dihidupkan semula pada masa ini.

Tidak dinafikan mempunyai kuasa pembelian seperti zaman datuk nenek adalah satu harapan dan impian semua. Bayangkan sahaja dengan duit B$1 orang dulu boleh sahaja makan direstaurant. Duit sepuloh sen dapat membeli gula-gula sampai 5 biji. Jadinya kenapa perkara sedemikian tidak lagi terjadi ketika ini?

Secara peribadi, perkara tersebut tidak akan kembali lagi kerana banyak faktor yang menghalang ianya terjadi semula. Lagipun, persoalan pertama yang terbit ialah, berapa ramai penduduk di zaman tersebut mempunyai wang B$1 dalam kocek seluarnya. Zaman dulu melihat B$1 bagaikan satu anugerah. Kenapa? Kerana tidak ramai orang yang mempunyai wang sebanyak sedemikian. Tapi kalau duit 5 sen atau 1 sen, adalah perkara lumrah.

Seperkara juga dalam mengupas kisah di atas, kebanyakan orang lupa akan beberapa faktor yang mengubah kuasa pembelian zaman dulu dengan sekarang. Di antara ialah:
  • Pertumbuhan Penduduk - Jika dilihat pada tahun 50'an, 60'an dan 70'an, keramaian penduduk negara, kalau diikut kata perambahan, boleh dikira dengan jari. Jumalah penduduk negara pada ketika itu adalah kecil jika dibandingkan dengan sekarang. Kini jumlah penduduk negara ini sudah hampir mencecah setengah juta orang. Setentunya perkara ini memberi tekanan kepada barangan serta kemudahan yang ada kerana banyak mulut perlu diberi makan, tubuh diberi pakai, otak diisi dengan ilmu dan sebagainya. Berpandukan kepada hukuman asas supply and demand, pastinya harga tidak dapat dipertahankan seperti dizaman lampau.
  • Innovasi - Setiap tahun bermacam-macam innovasi manuisa dicipta dan digunakan setiap masa. Sebagai contoh kalau zaman dulu hampir semua orang terdapat transisitor radio tapi sekarang hampir setiap rumah mempunyai Astro. Oleh sebab ada orang yang mencipta benda tersebut, maka untuk mendapatkannya, orang terpaksa membayar lebih. Cari tia jika ada orang mahu mencipta sesuatu dan seterusnya memberikan kepada semua secara free of charge. Mana adakan?!! 
  • Ekspatasi - Selain daripada itu setiap insan di dalam dunia ini mempunyai ekspatasi dalam kehidupan mereka. Rata-rata semua orang berkeinginan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagai contoh zaman dulu darjah 5 sudah boleh menjadi guru tapi sekarang ianya memerlukan sekurang-kurangnya segulung ijazah. Dan di atas usaha untuk mendapatkan kelulusan tersebut, orang mempunyai ekspatasi untuk mendapatkan gaji yang agak lumayan. Begitu juga halnya dengan para penggusaha, mereka mempunyai ekspatasi untuk mendapatkan keuntungan lebih kerana mereka perlu berkerja keras untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang dimahukan.
  • Masa - Dari apa yang dihuraikan di atas, masa memainkan peranan besar dalam kuasa pembelian. Seperti yang dikatakan sebelum ini, fitrahnya manusia ialah mempunyai kehidupan yang senang. Ini boleh dilihat dari aktiviti-aktiviti orang pada ketika ini. Sekarang ini, mana ada orang yang mahu mencuci pakaian dengan menyintalnya ditepi sungai. Zaman sekarang orang pakai mesin basuh otomatik. Kenapa? Kerana orang mahu jimatkan masa dan senang. Begitu juga halnya dalam hal seperti perkahwinan. Kalau zaman dulu satu kampong bermucang-mucang untuk mengadakan majlis perkahwinan - dari membuat kem kahwin hingga memasak akan tetapi sekarang orang lebih gemar pakai catering dan kem sewa ataupun sewa dewan. Kerana kenapa? Mahu jimat masa dan senang. Dan untuk jimat masa dan mendapatkan kesenangan orang perlu membayar lebih. Tak percaya, cuba tia order katering atu dengan harga B$1 sekepala untuk 5 jenis makanan!
Jelaslah kepada semua kenapa kisah dulu itu tidak dapat dikembalikan lagi. Meskipun semua orang berkeinginan untuk mendapatkan tapi ianya adalah satu perkara yang agak mustahil. Lainlah halnya jika semua orang mahu meninggalkan astronya dan pakai radio transistor, meninggalkan keritanya dan berjalan kaki sahaja, meninggalkan perkerjaanya sekarang dan mula bercucuk tanam dan memburu, menanggalkan pakaiannya dan mula pakai kain pelikat. Jika itu semua orang lakukan maka zaman nostalgik bolehlah dikembalikan semula.

Sebenarnya kuasa pembelian pada zaman ini adalah meningkat jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang. Sekarang serba-serbinya sudah ada. Kalau dulu hanya ada buku 555 sekarang sudah ada iPad. Kalau dulu kerita tak ada air-con sekarang kerita sudah ada dvd, tv, stereo, rim 21", exhaust besar dan sebagainya. Kalau dulu rumah beratapkan rumbia berdindingkan kajang sekarang rumah beratapkan tile dan berdindingkan batu-bata.

Jadinya apa yang perlu dibuat sekarang adalah untuk meningkatkan lagi kuasa pembelian yang ada dan langkah pertama adalah dengan memahami apa ertinya menjadi sebuah negara monetari berdaulat.

Renung-renungkanlah.........

Jumaat, 5 Oktober 2012

Bangga???

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi AMBD telah menyatakan bahawa aset bank di negara ini telah meningkat kepada 70 peratus sejak tahun 2000. Sektor kewangan negara telah mampu mengekalkan pertumbuhan sejak bertahun-tahun dengan permodalan yang tinggi, kecairan dan keuntungkan yang memuaskan. Perkara ini boleh di rujuk di sini dan sini.

Satu kenyataan yang boleh dibanggakan. 

Tapi dalam waktu yang sama beberapa ramaikah rakyat dan penduduk negara ini telah berjaya meningkatkan aset mereka sebanyak 70 peratus sejak tahun 2000?

Renung-renungkanlah........

Rabu, 3 Oktober 2012

Ole..Ole..KDNK

1%... Itulah tajuk laporan suratkhabar tempatan mengenai kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua 2012. Berita sepenuhnya boleh dirujuk di sini.

Jika diperhatikan pada setiap laporan KDNK negara yang dikeluarkan oleh pihak JPKE, memang tidak dapat dinafikan bahawa negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang positif. Namun begitu apa yang dilihat selama ini ialah kadar pertumbuhan ekonomi tersebut tidak selari dengan kadar pertumbuhan yang dikehendaki iaitu 6 peratus setiap tahun seperti yang terkandung dalam Wawasan 2035.

Sesungguhnya perkara mengenai pertumbuhan ekonomi negara ini sudah pun diagak akan pencapaiannya seperti mana yang pernah tercoret di dalam blog selama ini. Pada pandangan selagi sebilangan orang masih mempunyai tanggapan bahawa kewangan negara sama seperti kewangan isi rumah maka selagi itulah kadar pertumbuhan ekonomi negara dicapai seperti mana yang dilaporkan oleh pihak JPKE.

Akurlah bahawa untuk mendapatkan kadar KDNK yang dihasratkan, kadar pertumbuhan wang juga perlu meningkat seiring. Perbelanjaan 5 ~ 6 billion setiap tahun sudah tidak lagi memadai dan mencukupi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara kepada 6 peratus setiap tahun. Ini telah dibuktikan dengan laporan KDNK yang dikeluarkan selama ini dan juga kenyatan yang dibuat oleh Pengerusi BEDB baru-baru ini.

Jestru itu, negara perlu mengubah haluan strategi untuk mendapatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang dihajati dan sebagai langkah pertama adalah dicadangkan untuk negara memahami apa dia sebuah negara monetari berdaulat.

Renung-renungkanlah...........

Selasa, 2 Oktober 2012

Bangau Oh Bangau

Dua cerita yang agak menarik perhatian terpapar di dalam suratkhabar tempatan. Kedua cerita ini mengisahkan kejadian kelembaban ekonomi dunia yang sedang melanda. Cerita pertama mengisahkan angka pengangguran di zone Euro, di mana menurut laporan yang ada pada ketika ini sejumlah 25.5 juta orang sedang menganggur. Perkara ini boleh dibaca selanjutnya di sini.

Dalam waktu yang sama, para pengusaha Asia kini sedang menghadapi kelembaban dalam pengeksportan hasil barangan mereka. Menurut laporan yang ada, kelembaban ini berpunca kepada permintaan yang berkurangan dari negara-negara Europa dan US. Berita selanjutnya boleh di baca di sini.

Bayangkan sahaja 25.5 juta orang tidak mempunyai perkerjaan di negara-negara Europa. Itu baru negara EU, sementara itu pula, US kini mempunyai 12.5 juta orang yang menganggur. Secara kasar, kedua-dua benua ini mempunyai 38 juta orang yang tidak mempunyai perkerjaan. Tidak perlu menjadi Albert Einstein untuk memikirkan kenapa eksport negara-negara Asia kini merundung.

Tapi dalam semua perkara ini, masih juga orang berpendapat bahawa perkara ini boleh diatasi dengan melakukan penghematan berbelanja. Tak percaya?! Baca sahaja laporan ini, ini, ini, ini. Siumankah tu? Jestru itu apabila membaca laporan yang dibuat ianya sama seperti lagu Bangau Oh Bangau. Jika bandingkan lagu tersebut dengan apa yang sedang berlaku di dunia ini, seorang akan nampak betapa ceteknya pemikiran sebilangan manusia yang ada.

Perkara di atas boleh sahaja di atasi jika para penganggur tersebut diberikan jaminan perkerjaan ataupun wang yang mencukupi untuk mereka berbelanja. Sesungguhnya negara berdaulat mempunyai kuasa untuk membuat wang dan berbelanja demi menjana pertumbuhan ekonomi yang mantap. Tidak perlu mengharapkan wang asing (pelaburan asing) dalam membangun negara kerana matawang negara juga yang digunapakai dalam membayar tender negara, memberi gaji, membeli barangan dan bukannya wang negara asing.

Perlu diketahui sebuah negara monitari berdaulat, tidak akan pernah kehabisan wang negara. Sejak 15 Ogos 1971, pembuatan wang negara tidak lagi berasaskan kepada emas ataupun hasil jualan minyak dan gas. Zaman sekarang, hanya perlu tekan sahaja papan kekunci komputer untuk membuat wang sebanyak mana yang diperlukan dan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan.

Renung-renungkanlah...........