Isnin, 30 Januari 2012

Penjagaan Kesihatan

Saya amat tertarik dengan laporan yang dibuat dalam Brunei Times hari ini mengenai seruan Menteri Kesihatan, YB Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Hj Adanan bagi semua sektor dan NGO untuk berkerjasama dalam membuat suasana persekitaran sihat dan mempromosi kehidupan sihat kepada rakyat dan penduduk negara ini. Laporan penuh boleh kita baca melalui:


Dalam kesempatan ini, ingin juga saya membuat cadangan dalam pembaikan dan peningkatan tahap kesihatan dikalangan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam.

Cadangan saya adalah untuk mentiadakan sama sekali perkhidmatan kesihatan percuma. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, saya mencadangkan agar semua rakyat dan penduduk negara ini membayar kos rawatan kesihatan mereka! Saya rasa semua akan terkejut dengan cadangan ini dan saya juga percaya semua tidak akan bersetuju dengan cadangan yang saya anjurkan ini. Oleh yang demikian sebelum semua "terkinjat" dengan cadangan ini, biar saya terangkan mengenainya dengan lebih lanjut lagi.

Dalam menggantikan ketiadaan rawatan kesihatan percuma, pihak Kerajaan akan menyediakan "kad kredit kesihatan" kepada setiap rakyat dan penduduk tetap. Kad kredit kesihatan ini akan mempunyai kredit berjumlah B$2500 (atau yang sebanding dengannya) setiap tahun. Kad kredit hanya akan diberikan kepada mereka-mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Setiap kali mereka sakit dan berjumpa doktor dan seterusnya mendapatkan rawatan, kredit yang terdapat dalam kad mereka akan ditolak. Sebarang lebihan kredit yang tidak terpakai dalam tempoh setahun akan dipunyai oleh sipemilik kad tersebut untuk kegunaan peribadinya.

Sekarang bayangkan kebaikan yang akan terbit dari cadangan ini. Antara perkara yang boleh saya fikirkan adalah seperti berikut:

a. Insentif atau ganjaran yang bakal diperolehi melalui lebihan kredit dari kad tersebut akan membuat sipemilik berusaha untuk menjaga taraf kesihatan mereka dengan lebih baik lagi.

b. Rakyat dan penduduk tetap mempunyai pilihan dalam mendapatkan rawatan yang terbaik dengan mengunjungi klinik-klinik kesihatan atau rumah sakit swasta.

c. Taraf penjagaan kesihatan akan meningkat dengan adanya ganjaran yang lumayan kepada mereka-mereka yang memberikan perkhidmatan kesihatan.

d. Kos penjagaan kesihatan kerajaan akan menurun dengan adanya peningkatan kesihatan rakyat dan penduduk negara ini.

Saya percaya dengan adanya insiatif sebegini, isu penjagaan kesihatan dalam negara kita akan dapat dipertingkatkan dan diperbaiki lagi.

Sabtu, 28 Januari 2012

Berbelanja Untuk Kemajuan

Hari ini Brunei Times membuat laporan mengenai "Oil Stabilisation Fund" yang dicadangkan oleh pihak konsultan dari German. Cerita sepenuhnya boleh kita baca di sini:


Membaca dari laporan tersebut membuatkan saya terfikir, kenapa kita tidak mahu berbelanja lebih besar untuk kemajuan dan seterusnya mencapai Wawasan 2035 tanpa terpaksa menunggu tahun 2035?

Dalam nukilan saya dalam blog lama saya - http://brunei2035.blogspot.com/, saya pernah menyuarakan perkara yang sama seperti mana yang dianjurkan oleh pihak konsultan dari negara German itu. Negara perlu melabur dan berbelanja dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.

Akan tetapi kita masih juga dibelenggu dengan kefahamaan yang kurang tepat. Kita masih saja beranggapan yang kita tidak mempunyai kemampuan untuk berbelanja besar. Kita masih juga beranggapan yang kita perlu menjana pendapatan melalui pengeksportan sebelum berbelanja. Dan kita tetap juga beranggapan yang kita perlu perlaburan langsung asing (foreign direct investment) dalam membangun negara kita.

Walhal semua perkara tersebut adalah tidak perlu kerana negara kita adalah sebuah Negara Monitari Berdaulat (Monetarily Sovereign Nation). Sebagai sebuah negara yang monetari berdaulat, kita mempunyai hak yang sama seperti negara-negara yang monetari berdaulat dalam membuat wangnya sendiri. Kita mempunyai kuasa yang sama dalam membuat sebanyak wang yang kita perlukan dalam membangun negara kita.

Secara jujur saya tidak berhasrat untuk bermegah tetapi perkara ini tidak memerlukan konsultan untuk memikirkannya. Kita boleh lihat dan dengar dengan sendiri dan membuat peniliaian tersendiri. Pada hemah saya, untuk negara kita terus berkembang dan mencapai wawasan 2035, Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Perbelanjaan Kerajaan yang hanya sekitar B$5~6 billion pada setiap tahun belum lagi memadai. Ini boleh kita buktikan dengan KDNK negara yang sentiasa berada di bawah 3 peratus setahun.

Perlu kita ingat - "Perkembangan Ekonomi Memerlukan Perkembangan Bekalan Kewangan" (A Growing Economy Require A Growing Supply of Money). Dan sebagai Negara Monitari Berdaulat, Kerajaan kita mempunyai kemampuan untuk menyediakan perbelanjaan yang mencukupi bagi kemajuan negara kita.

Rabu, 25 Januari 2012

Wang dan Inflasi

Semua orang berpendapat bahawa kalau membuat wang yang banyak boleh meyebabkan inflasi. Apakah pendapat tersebut betul? Mari kita selidiki perkara ini.

Setiap tahun negara kita akan menyediakan sejumlah peruntukan sebagai belanjawan negara. Mengikut laporan JPKE - BDKI 2011, pada tahun 2008 perbelanjaan Kerajaan adalah sebanyak B$5.97 billion. Tahun 2009 adalah B$6.63 billion dan tahun 2010 adalah B$6.17 billion. Dalam tempoh 3 tahun sahaja, Kerajaan kita telah berbelanja atau membuat wang sebanyak B$18.77 billion.

Dan sekarang bayangkan segala perbelanjaan Kerajaan kita sebelum 2008. Setentunya, sudah berbillion-billion wang yang telah dibuat oleh kerajaan kita dan dimasukan dalam ekonomi negara! Dengan berbillion wang berada dalam ekonomi negara setentunya negara kita menghadapi kadar inflasi yang teruk. Bukankah begitu?

Namun pada hakikatnya, inflasi negara masih juga berada dibawah kadar 3 peratus setiap tahun. Hairankan? Kenapa inflasi tidak melonjak tinggi? Mungkin wang tersebut hilang. Tapi tak mungkin. Kalau ianya hilang sudah tentu ramai orang akan merusuh kerana kehilangan wang mereka! Tapi kenyataannya tidak.

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, pembuatan wang tidak akan menjadi inflasi KERANA SELAGI WANG YANG DIBUAT ITU BOLEH MEMBELI BARANG ATAU PERKHIDMATAN YANG SEBENAR!!!!

Ternyata tanggapan kita selama ini bahawa membuat wang boleh menyebabkan inflasi adalah salah dan tidak berasas sama sekali. Oleh yang demikian berusahalah untuk memahami perkara yang sebenarnya.

Isnin, 23 Januari 2012

Apabila Kerajaan Berbelanja

Baru-baru ini pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah menganjurkan pesta Regatta di Sungai Brunei bersempena pernukaran nama Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan. 

Sebenarnya bukan perkara itu yang ingin saya bangkitkan akan tetapi ialah inisiatif pihak Kerajaan untuk menganjurkan pesta tersebut. Dalam blog saya yang terdahulu - http://brunei2035.blogspot.com/ , saya telah seringkali menganjurkan agar pihak Kerajaan kita untuk berbelanja.

Dengan adanya pihak Kerajaan berbelanja maka berbagai aktiviti perekonomian akan dapat dijana dan perkara ini dapat dilihat dengan sendirinya. Hasil penganjuran pesta Regatta tersebut, kita telah mendapati banyak pengeusaha tempatan mendapat kehasilannya secara langsung. Ini boleh kita baca melalui laporan akhbar Brunei Times seperti berikut:


Jelaskan kepada kita apabila Kerajaan berbelanja, kebanyakan orang akan mendapat keuntungannya. Maka dengan itu janganlah segan dan silu untuk berbelanja. Lagipun bukankah duit itu free!

Sabtu, 21 Januari 2012

Duit Itu Free

Yup! Abiskita tidak salah membaca tajuk hari ini.

Semua duit dalam dunia ini adalah FREE. Tidak memerlukan apa-apa kecuali sebuah komputer . Tidak percaya? Mari saya terangkan.

Mulai Ogos 1971, semua duit dalam dunia ini adalah matawang FIAT. Satu matawang yang tidak disokong dengan apa-apa jua benda sama ada ianya berharga atau tidak. Matawang fiat hanya disokong dengan kepercayaan atau akikah sebuah kerajaan yang menciptanya. 

Sebagai contoh, duit kita disokong oleh kepercayaan kita terhadap Kerajaan KDYMM. Dan yang membuat ringgit Brunei berharga adalah disebabkan Kerajaan kita telah membuat perundangan negara di mana setiap transaksi pembayaran kepada pihak Kerajaan KDYMM perlulah dalam Ringgit Brunei.

Kalau kita masih sangsi dengan kenyataan di atas, Tuan-tuan dan puan-puan boleh mencuba sendiri. Cuba abiskita bayar cukai jalan (road tax) dengan rupiah atau yen atau RM atau US$ atau Pound Sterling atau mana-mana matawang asing selain dari B$. Apa ianya akan diterima pakai?

Berbalik semula kepada duit free ini. Ketika ini pembuatan duit tidak memerlukan apa-apa kecuali seorang petugas duduk depan komputer dan menekan beberapa kekunci pada papan kekunci dan "enter"...presto...duit sudah tercipta. Lihat saja poster yang saya paparkan di bawah. 
Cuba kita perhatikan sebelah atas kanan gambar di atas. Di sana kita akan dapat membaca seperti berikut "Arahan debit ke atas AC LMMB" atau dalam bahasa Inggeris "Debit instruction on BCMB AC". Semantara itu sebelah atas kiri gambar, kita akan membaca "Arahan kredit ke atas AC LMMB" atau " Credit instruction on BCMB AC". Kepada sesiapa yang faham "double entry accounting" akan lebih faham mengenai konsep debit dan kredit.

Kenyataannya pembuatan duit adalah cuma "Arahan" atau "Instruction". Selagi kita ada mulut untuk bercakap maka selagi itulah arahan boleh diberikan dan duit boleh dibuat. Nah jelaslah kenapa saya berkata duit itu adalah FREE....

Rabu, 18 Januari 2012

Lebihan Belanjawan (Budget Surplus)

Setiap kali JPKE memaklumkan akan lebihan belanjawan kerajaan, hampir semua orang akan memuji mengenainya. Rata-rata orang berkata yang kerajaan pandai dan bijak dalam berbelanja dan menjana pendapatan. Akan tetapi apakah kita tahu bahawa lebihan belanjawan itu bukan apa yang kita sangkakan!

Dari sudut pandangan makroekonomi, lebihan belanjawan kerajaan akan mengakibatkan rakyat dan penduduk tetap dihimpit dengan masalah kewangan besar. Adakah lojik jika sebuah kerajaan mengumpul wangnya sendiri sedangkan wang tersebut dibuat dan dikeluarkan oleh kerajaan itu sendiri? Bayangkan kita mampu membuat wang sendiri dan kemudian bersusah payah pula untuk mengumpulkan wang itu semula! Lainlah halnya jika perkara ini terjadi diperingkat persendirian. Kita terpaksa mengumpul wang terlebih dahulu sebelum kita dapat berbelanja.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut lagi, bayangkan senario ini. Andaikata, sebuah negera didiami dengan dua orang. Seorang menjadi kerajaan dan seorang lagi jadi rakyat.

Jika pihak kerajaan berhajat untuk mempunyai belanjawan terimbang (balanced budget), kerajaan akan berbelanja, contoh B$100 dan mencukai B$100. Pada hakikatnya kita tidak mempunyai simpanan atau dapat mengumpulkan wang.

Jika pihak kerajaan berbelanja deficit (budget deficit) dalam erti kata lain, kerajaan berbelanja B$100 tetapi hanya mencukai B$80, kita sebagai rakyat akan mempunyai simpanan B$20.

Jika kerajaan memburu polisi belanjawan lebihan (budget surplus), kerajaan hanya akan berbelanja B$80 dan mencukai pula B$100, bererti kita sebagai rakyat terpaksa mengeluarkan wang sendiri sebanyak B$20. Dan jika perkara ini berlarutan (tiap-tiap tahun), kita pula akan menghadapi belanjawan deficit.

Bayangkan di mana lagi kita akan mencari wang sedangkan sumber utama kita untuk mendapatkan wang adalah dari pihak kerajaan itu sendiri!

Berdasarkan kepada perkara inilah saya berpendapat kenapa sebilangan rakyat dan peduduk kita dihimpit dengan masalah kewangan. Ini boleh kita dengar dan lihat sendiri apabila Kementerian Kewangan mengumumkan langkah-langkah pengawalan hutang dikalangan rakyat dan penduduk Brunei.

Oleh yang demikian jika pihak kerajaan berkata yang negara mempunyai lebihan belanjawan (surplus budget) jangan terlalu cepat untuk bertepuk tangan.

Fikir-fikirkan lah...

Selasa, 17 Januari 2012

Ringgit Brunei

Tahukah abiskita bahawa wang kertas yang kita pegang dan cari-cari bukan ringgit Brunei yang sebenarnya! Ianya cuma sekeping kertas yang menyatakan bahawa kita memiliki ringgit Brunei. Itu saja. Jika kertas itu menggambarkan nilai B$10, maknanya kita memiliki 10 ringgit Brunei. Perkara ini kita dapat lihat sendiri dengan memperhatikan kata-kata yang tertulis pada kertas tersebut - "Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai."

Ianya cuma notasi perakuanan. "Wang" yang terdapat dalam bank hanya kita ketahui melalui percetakan nombor dalam buku akuan kita. Ianya menyatakan yang kita memiliki sejumlah ringgit Brunei. Pada asanya Ringgit Brunei tidak dapat kita rasa, pegang atau cium.

Perkara ini boleh kita samakan dengan pemilikan sebuah kerita. Contohnya, macam mana kita tahu bahawa kita memiliki kerita? Kita hanya mengetahui yang kita memiliki kerita melalui "Blue Kad" yang dikeluarkan oleh JPD. Tetapi blue kad tersebut bukan kerita dan kita tidak boleh memandu dengannya. Blue kad inilah merupakan bukti yang kukuh bahawa kita memiliki sebuah kerita.

Begitu juga dengan RM, S$, USD, Rupiah, Bath, Yen, Pound, Euro dan sebagainya. Semuanya bukan wang yang sebenarnya. Ianya cuma notasi perakunan.

Jadi apa yang sebenarnya yang kita miliki apabila memegang wang Brunei?

Sebenarnya kita memegang kepercayaan atau akikah Kerajaan KDYMM. Mungkin bunyi tidak seberapa akan tetapi ianya satu yang amat berharga. Dengan adanya kepercayaan atau akikah tersebut, ianya bermakna bahawa:

a. Kerajaan akan menerima matawang Brunei sebagai "pembayaran" kita seperti cukai, bil air, lektirk, saman dan sebagainya.

b. Ia boleh membayar segala hutang dalam matawang Brunei.

c. Ia boleh memaksa si penghutang dalam negara untuk menerima matawang Brunei sebagai penyelesaian hutang.

d. Kerajaan akan sentiasa menyediakan suasana yang kondusif untuk matawang Brunei dalam urusan jual-beli di dalam Negara Brunei Darussalam.

e. Semua matawang Brunei adalah bersaling; lima keping nota B$1 sama dengan satu nota B$5.

Kesimpulannya, matawang Brunei cuma notasi perakunan dan tidak lebih daripada itu.

Sabtu, 14 Januari 2012

Kerja Oh Kerja - Apakah ianya perlu?

Orang berkerja atau berniaga mempunyai satu matalamat dan tujuan iaitu mengumpul wang sebanyak yang boleh.  Akan tetapi apakan terjadi jika tatacara tersebut sudah tidak ada lagi atau lapuk?

Belum lama ini, saya ada terbaca akan satu laporan mengenai kerajaan Jepun berhasrat untuk memperkenalkan robot untuk bercucuk tanam. Kisah selanjut boleh kita baca di sini.


Laporan tersebut telah mengingatkan nukilan saya tahun lepas di dalam blog saya yang terdahulu - http://brunei2035.blogspot.com/2011/09/personal-musing-do-jobs-matter.html. Innovasi dan kepintaran manusia memang tidak ada batasannya. Kita selalu berfikir sesuatu untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita. Sekarang kita sudah ada komputer, robot, iPad, telefon bimbit, GPS, kamera digital dan sebagainya. Semuanya tercipta hasil dari innovasi dan kepintaran kita. 

Persoalannya sekarang apakah kita  sudah bersedia untuk digantikan? Bagaimana pula kedudukan kita nanti jika semua perkerjaan diambil oleh komputer atau diotomatiskan? Apa pihak kerajaan akan menyara kehidupaan kita dari lahir hingga mati?

Fikir-fikirkanlah....

Khamis, 12 Januari 2012

Dilema Buku Teks Sekolah

Dalam blog saya yang lama, saya pernah menyuarakan bagi kerajaan kita untuk memberikan setiap penuntut dengan sebuah iPad. Sila lihat http://brunei2035.blogspot.com/2011/09/ipad-for-all-brunei-students.html

Nampaknya, anjuran saya tersebut mungkin ada bernasnya. Setiap tahun masyarakat Brunei akan menghadapi situasi kekurangan buku-buku teks sekolah. Perkara ini sudah menjadi semacam satu tradisi. Tiada penghujungnya dan tiada penyelesaiannya. Pada hemah saya, walau berbagai alasan pun yang diberikan oleh pihak pembekal, hakikatnya kegagalan tetap kegagalan.


Sehubungan dengan itu sekali lagi saya menganjurkan kepada kerajaan kita untuk memberikan setiap penuntut dengan sebuah iPad. Dengan adanya iPad tersebut masaalah kekurangan buku-buku teks dapat di atasi dengan mudah. Penuntut, ibubapa dan guru akan dapat memuat turun mana-mana matapelajaran yang diperlukan dan segala pembetulan juga dapat dimasukan dengan cepat.

Dengan adanya iPad masalah beban anak-anak sekolah membawa buku-buku yang berat dapat juga dielakan. Selain daripada itu juga masaalah pembaziran dapat dielakan seperti yang dinyatakan oleh pihak pembekal. Dalam masa yang sama, kita dapat meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai pemuliharaan alam sekitar. Bayangkan berapa banyak pokok yang dapat diselamatkan dengan penggunaan e-buku.

Jika abiskita beranggapan yang pemberian iPad ini agak keterlaluan, mungkin kita boleh menempah komputer tablet keluaran India yang berharga US$35.


Dengan keramaian penuntut sebanyak 111,920 orang (BDKI 2011), jumlah perbelanjaan kerajaan dalam memberikan komputer tablet tersebut akan bernilai US$3.9 juta atau B$4.5 juta. 

Apakah kerajaan kita mampu? YA!!! Perbelanjaan kerajaan tidak terikat dengan hasil pendapatan. Kita boleh membuat peruntukan yang secukupnya kerana negara kita adalah sebuah negara berdaulat monitari.

Selasa, 10 Januari 2012

Negara Monitari Berdaulat

Di dalam nukilan saya yang lepas, saya telah menunjukan kepada kita semua bahawa wang negara kita adalah wang FIAT. Kita sudah mengamalkan wang FIAT ini selama 40 tahun. Dengan informasi ini, saya dapat rasakan sebahagian daripada abiskita akan bercakap, kalau wang boleh "dicap" sesuka hati dan sebanyak yang kita mahu, kenapa kerajaan tidak melakukannya?

Satu soalan yang baik. Secara jujurnya saya tidak tahu. Mungkin saja mereka tidak tahu. Namun begitu sebelum kita melompat kegirangan mengenai wang FIAT ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui terlebih dahulu.

Memang pada dasarnya kita boleh membuat wang sebanyak yang kita mahu. Kita mahu 1 trillion? Tak jadi masalah. Nak ribu,ribu,ribu,ribu gillion? No problem!. Tekan saja beberapa kekunci komputer, "presto" wang dapat dibuat. Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Sekarang wang tak perlu "dicap" lagi. Tekan saja komputer kita boleh buat sebanyak wang yang kita mahu. Itulah kuasa wang FIAT. Wang yang tidak memerlukan sebarang sandaran kepada emas atau minyak dan sebagainya.

Akan tetapi semua perkara yang dibuat ada resikonya. Dalam hal membuat wang ini, resikonya adalah inflasi. Jika kita membuat wang yang banyak akan tetapi TIDAK ada satu benda atau perkhidmatan yang sebenar yang boleh kita beli dengan wang tersebut, maka perbuatan itu adalah sia-sia sahaja. Malahan kita akan mengundang inflasi yang diluar kawalan kita - hiperinflasi.

Namun begitu pada hemah saya, negara tidak perlu gundah atau risau mengenainya kerana negara kita masih lagi membangun. Banyak perkara perlu lagi kita bangunkan seperti sekolah, pengangguran, kesihatan dan sebagainya. Negara masih memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk mencapai hasratnya 2035. 

Maka dalam konteks 2035, saya amat berharap agar kerajaan kita akan menaikan belanjawan negara dari B$4~5 billion kepada B$8~10 billion pada peringkat permulaan dan disusuli dengan peningkatan B$3~5 billion setiap tahun kepada belanjawan negara. Insyallah, dengan adanya Doa, Usaha, Inisiatif dan Tawakal (DUIT) kita akan berjaya.

Sabtu, 7 Januari 2012

"Mencap" Wang Brunei

Rata-rata semua orang berpendapat bahawa sesebuah negara tidak boleh "mencap" wang sesukahatinya. Malahan juga kita selalu beranggapan bahawa untuk mencap usin, kita perlu mempunyai sokongan kepada wang yang dicap tersebut. Sokongan yang dimaksudkan adalah berbentuk aset atau benda yang bernilai seperti emas.

Dalam konteks negara kita, Brunei Darussalam, semua orang beranggapan bahawa kerajaan hanya mencap wang apabila negara kita telah menjual atau mengeksport sumber galiannya iaitu minyak dan gas. Tapi tahukah abiskita bahawa tanggapan atau pendapat tersebut adalah salah?

Untuk makluman semua, sistem kewangan dunia pada ketika ini sedang mengamalkan sistem kewangan FIAT. Ini telah berlangsung sejak 15 Ogos 1971. Apa dia sistem kewangan FIAT tersebut?

Wang FIAT adalah wang yang dibuat oleh sebuah negara yang berdaulat tanpa memerlukan sebarang dokongan atau sokongan emas kepada setiap wang yang dihasilkan. Wang FIAT yang dikeluarkan dan digunakan oleh setiap negara di dalam dunia ini hanya didokong oleh akikah atau kepercayaan. Untuk keterangan lanjut abiskita boleh merujuk sesawang IMF seperti berikut: 


Berpandukan dengan keterangan di atas maka jelaslah kepada kita bahawa pada dasarnya negara kita mampu, boleh, untuk mencap wang Brunei sebanyak yang diperlukan.

Maka tuan-tuan dan puan-puan, ubahlah paradigma kita mengenai kewangan. Alasan tiada wang atau tiada bajet atau tidak mampu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.