Suka benar saya membaca laporan terbaharu yang dibuat oleh pihak Oxford Business Group (OBG) mengenai perkembangan perbankan di dalam negara kita. Kita boleh rujuk laporan tersebut di sini. Semuanya bagus-bagus belaka. Malahan sejak OBG membuat laporan mereka terhadap negara kita bermula 2008, belum pernah saya terbaca laporan yang agak negative mengenai negara kita. Rata-rata buku laporan yang saya baca (2008 - 2011) semuanya manis-manis belaka.
Berasakan kepada perkara ini, ianya telah membuatkan saya bertanya kepada diri sendiri, apakah mereka ini betul-betul jujur dalam membuat laporan mereka mengenai suasana perekonomian negara kita? Atau OBG hanya ingin menyamankan hati kita semua? Secara jujurnya, saya kurang pasti. Hanya tuhan sahaja tahu isi hati mereka apabila OBG membuat laporan mereka. Pada pandangan saya, kebanyakan perkara yang dilaporkan bercanggah dengan realiti ekonomi negara kita.
Menurut laporan yang dibuat oleh pihak OBG tahun 2011, pada penghujung tahun 2010 sahaja, pinjaman peribadi masih lagi menguasai aktiviti urusniaga bank-bank di dalam negara kita iaitu pada kadar 64.6 peratus (sekitar B$3.35 billion) daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak bank. Dari jumlah tersebut, satu pertiga pinjaman yang dikeluarkan - B$1.23 billion adalah merupakan pinjaman perumahan dan selebihnya B$2.13 billion sebagai kegunaan peribadi.
Jika data-data yang di atas adalah betul sepertimana yang dilaporkan, bagaimana pihak bank kita yang dilaporkan oleh OBG begitu "yakin" dengan keupayaan mereka untuk mendapatkan keuntungan di masa-masa hadapan dengan dasar-dasar negara kita terutama sekali mengenai pinjaman peribadi? Seperti yang kita maklum, negara kita telah menguatkuasakan peraturan mengenai pinjaman perbadi dan kad kredit yang begitu ketat sehingga pihak bank sendiri melaporkan pertumbuhan perlahan (slowed growth) terutama sekali dalam perbankan retail. Selain daripada itu juga, pertumbuhan jumlah perkerjaan yang agak lembab, membuatkan saya agak bingung dengan kenyataan "keyakinan" yang dilaporkan.
Memandangkan kepayahan pihak bank untuk menambah untung mereka, saya rasa inilah puncanya kebanyakan pihak bank kita begitu agresif sejak kebelakangan ini dalam mempromosi berbagai produk mereka seperti skim pinjman rumah, kad debit, tawaran kad kredit dan sebagainya. Contohnya boleh kita lihat di sini, sini, sini, sini dan banyak lagi.
Bagi pandangan saya, jika pinjaman peribadi masih lagi menguasai sebilangan besar aktiviti urusniaga pihak bank, saya rasa "keyakinan" yang dilaporkan tidak akan bertahan begitu lama. Ini disebabkan jika pihak bank gagal untuk membuat "pinjaman" baru, ini bererti mereka tidak dapat menambah usin mereka seterusnya. Bayangkan sahaja, di mana mereka nak korek duit nak bayar interest atau untung kepada usin simpanan pelanggan mereka?! Belum lagi tu, nak bayar sewa kedai, bayar gaji, bayar lektrik dan sebagainya. Silap-silap ada yang jual seluar dalam ni....hehehe...peace