Hari ini ada laporan akhbar mengenai negara Singapura mengalami pengecutan 1.1 peratus dalam suku kedua KDNK mereka. Mengikut laporan yang dibuat, mengecutan ini berpunca dari kelembaban ekonomi EU. Singapura mempunyai dagangan bersama negara-negara EU sekitar 65 billion Euro. EU adalah rakan niaga dagangan kedua terpenting bagi Singapura. Laporan penuh boleh dibaca di sini.
Seperti yang semua maklum, negara-negara di EU pada ketika ini sedang mengalami kelembaban ekonomi. Dengan hutang negara yang membebankan telah mengugat sebilangan besar ekonomi negara-negara EU seperti Portugal, Ireland, Italy, Greece dan Spain. Ini telah memaksa mereka untuk menjalankan program penjimatan (austerity). Belanjawan negara dipotong, cukai dinaikan, harta kerajaan dilelong dan sebagainya. Ini telah membuatkan keadan menjadi lebih keruh di mana sebilangan besar rakyat dan penduduk mengalami pengangguran dan kemisikinan. Keadaa ini telah memaksa orang-orang EU untuk terus mengikat perut dan tidak mahu berbelanja. Perkara ini boleh dibaca mengenainya di sini, sini, sini, sini, sini.
Tanpa orang mempunyai wang yang mencukupi untuk terus berbelanja maka itulah yang bakal terjadi. Negara Singapura bergantung kepada orang untuk membeli barang jualannya agar ekonominya dapat terus berkembang. Akan tetapi jika tidak ada orang yang mampu membeli maka terjadilah pengecutan KDNK. Bukan sahaja negara Singapura mengalami kemerosotan ekonomi malahan negara-negara yang bergantung kepada pengeksportan juga turut merasa bahangnya seperti China, India, Brazil, Korea Selatan dan sebagainya. Rujuk di sini, sini, sini
Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini untuk mendapatkan ekonomi yang terus berkembang ianya memerlukan perkembangan kewangan yang seiring kerana ekonomi itu adalah mengenai urusan jual dan beli - ada orang menjual dan ada orang membeli. Tanpa itu tiada ekonomi. Begitu juga halnya dengan KDNK. Perkembangan KDNK bergantung sepenuhnya kepada aktiviti jual beli. Tanpa aktiviti jual beli yang sihat maka kita akan melihat terbantut atau penurunan dalam KDNK. Dan segala urusan jual beli itu ianya bergantung sepenuhnya kepada pengaliran wang yang cukup. Tanpa wang tiada siapa yang memahu menjual atau membeli.
Sejak sekian lama pertumbuhan KDNK negara agak merundung dan kebanykan orang telah mengakuinya. Akan tetapi tiada siapa yang mahu membuat sesuatu mengenainya. Apa yang didengar adalah sebaliknya. Tahun-tahun dicakapkan mengenai hutang rakyat yang tertunggak kepada Kerajaan, pengkukuhan kewangan negara, meningkatan eksport, penswastaan, mengungkit subsidi dan sebagainya. Tapi tidak ada orang yang pernah mempersoalkan jika rakyat dan penduduk itu mempunyai wang yang mencukupi di dalam tangan mereka untuk membuat urusan jual beli dan seterusnya memangkin pertumbuhan ekonomi negara!
Oleh yang demikian jika negara mahu mempunyai ekonomi yang sihat dan berdaya saing, negara perlu yakin kepada matawangnya sendiri. Gunakanlah sepenuhnya kelebihan negara sebagai sebuah negara monetari berdaulat. Ingatlah ekonomi itu bergantung kepada urusan jual beli dan untuk mendapatkan urusan jual beli, ianya memerlukan orang mempunyai wang yang mencukupi di dalam tangannya. Perlu semua sedar bahawa membuat wang itu tidak memerlukan emas, minyak, gas ataupun benda-benda yang berharga sebagai sandaran wang negara. Malahan wang negara tidak akan pandai habis meskipun sampai hari kiamat.
Fikir-fikirlah.........
Oleh yang demikian jika negara mahu mempunyai ekonomi yang sihat dan berdaya saing, negara perlu yakin kepada matawangnya sendiri. Gunakanlah sepenuhnya kelebihan negara sebagai sebuah negara monetari berdaulat. Ingatlah ekonomi itu bergantung kepada urusan jual beli dan untuk mendapatkan urusan jual beli, ianya memerlukan orang mempunyai wang yang mencukupi di dalam tangannya. Perlu semua sedar bahawa membuat wang itu tidak memerlukan emas, minyak, gas ataupun benda-benda yang berharga sebagai sandaran wang negara. Malahan wang negara tidak akan pandai habis meskipun sampai hari kiamat.
Fikir-fikirlah.........