Besok sebilangan daripada rakyat dan penduduk negara akan menerima durian runtuh - pengeluaran simpanan Elaun Sara Hidup (ESH). Kebanyakan orang pengeluaran ESH ini bersama dividennya sekali adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Penantian bagi kebanykan orang pasti akan berakhir pada hari esok, insyallah.
Apa-apa pun jua, pengeluaran ESH oleh pihak Kerajaan, memperkokohkan lagi segala coretan yang terdapat di dalam blog ini. Antaranya ialah bahawa Kerajaan yang berdaulat dan mempunyai matawangnya sendiri boleh:
- Membuat wang pada bila-bila masa dan seberapa banyak yang perlu.
- Membuat wang dengan hanya perlu menekan beberapa kekunci papan komputer - mengkreditkan akuan si penerima ESH.
- Membuat wang tanpa perlu menunggu hasil cukai ataupun eksport negara.
- Membayarkan hutang rakyat dan penduduk dengan menekan beberapa kekunci komputer - mendebit akaun si penghutang.
- Berbelanja besar tanpa mengugat kedudukan kewangan negara.
Selain daripada itu juga pengeluaran ESH ini menunjukan kepada semua bahawa pembuatan wang itu tidak seharusnya memerlukan pencetakan wang kertas seperti mana yang difikiran oleh kebanyakan orang. Begitu juga halnya, pengeluaran ESH ini tidak akan membawa kadar inflasi diluar kawalan negara seperti mana yang selalu diramal oleh kebanyakan orang.
Keluarnya ESH ini, suasana perekonomian domestik sudah pastinya mencatatkan perkembangan yang positif. Dengan adanya wang lebih dalam saku ataupun dompet ianya membolehkan sebilangan rakyat dan penduduk untuk membeli segala hasil pengeluaran dalaman dan luaran negara. Kalau beberapa bulan yang lepas tidak mampu untuk membeli Samsung SIII, maka esok ianya akan bertukar tangan. Pokoknya kebanyakan tauke-tauke kedai mempunyai senyuman yang sangat-sangat manis kerana melihat rakyat dan penduduk berbelanja lebih terutama sekali dengan kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal.
Dalam kesempatan ini diucapkan selamat berbelanja kepada mereka-mereka yang menerima ESH dan kepada mereka-mereka yang lain doakan sahaja agar Kerajaan membuka minda mereka mengenai apa ertinya menjadi sebuah negara monetari berdaulat.