Mengikut laporan akhbar hari ini, negara kita kini sedang mengalami kekurangan tenaga kerja Thai terutama sekali dalam sektor pembinaan. Di antara punca kekurangan tenaga kerja ini adalah apabila sebilangan para pekerja Thai lebih gemar untuk berkerja di negara China atau Taiwan. Alasan yang diberikan, negara-negara tersebut memberikan gaji yang lebih tinggi daripada berkerja di dalam negara kita. Selain daripada itu jua, kos agensi yang mahal membuatkan kebanyakan perkerja Thai berfikir dua kali untuk berkerja di negara kita. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Dengan pihak Kerajaan kita sedang sibuk membina 17,300 buah rumah menjelang 2014, keperluan tenaga kerja adalah amat tertekan bagi sebilangan syarikat-syarikat pembinaan. Jika kita baca laporan suratkhabar itu lagi, kekurangan tenaga pekerja Thai di dalam sektor pembinaan ini telah ditampong oleh mereka-mereka dari negara-negara seperti Vietnam, Indonesia dan India. Namun begitu, kebanyakan pekerja-pekerja tersebut adalah mereka-mereka yang kurang berkemahiran.
Tapi dalam waktu yang sama, dalam laporan BDKI 2011 terbitan JPKE, negara kita kini mempunyai 5,300 orang penganggur (mereka yang mendaftar dengan Jabatan Buruh). Meskipun dengan jumlah penganggur yang ada, kita masih cendrung untuk mengaji orang luar daripada orang kita. Kita masih rela untuk memberi banyak "keistemewaan" kepada orang luar daripada orang kita. Begitu juga kita lebih suka "mencaci" anak tempatan kita dengan paradigam yang mengatakan orang kita tidak sanggup untuk menjadi buruh kasar, orang kita tidak tahan panas matahari dan sebagainya. Kenapa kita sanggup berbuat demikian?
Jika benar anak tempatan kita tidak sanggup untuk berkerja dalam sektor pembinaan, kenapa ada sebilangan daripada anak tempatan kita yang sanggup untuk berjemur dibawah matahari seharian apabila berkerja dengan BSP. Malahan mereka boleh senyum riang meskipun muka hitam legam. Dan apabila ditemuramah, rata-rata mereka akan berkata dengan megahnya bahawa berkerja dengan BSP adalah cita-cita mereka sejak kecil lagi! Jangantah sebut BSP sahaja, malah ada sebilangan daripada anak tempatan kita sanggup menjadi buruh kasar, meyapu jalanraya, tukang kebun, pembersih dan sebagainya - tak percaya, cuba tanyakan dengan Jabatan Bandaran.
Jadinya, kenapa kita tak ambil anak tempatan kita untuk berkerja disektor pembinaan? Kenapa kita lebih rela dan sanggup untuk mengupah orang Thai, Vietnam, Indonesia dan India daripada anak tempatan kita?
Fikir-fikirlah.........